Saturday, December 31
hujung
eeh , sudah 31 disember 2011 . dah kat penghujung tahun 2011 dah rupenyer . Allah !
tak perasan waktu , sampai entry spesel untuk besday sendiri pon tak tulis . hehuuu . perlu ke ? oohh
0h , 2011 bakal berakhir . so ? *ade aku kisah* -boboi . haha
umur aku baru je masok 20 tahun . tatkala aku baru nak join geng umur 20 , mereka yang lebih 'awal' dah pon nak masok umur 21 . hoho
dan aku sangat bersyukur Allah masih memanjangkan umur . memberi ruang dan peluang untuk menambahkan amalan , sebab , aku sedar , amalan tak banyak . aduhh .
dan tatkala aku sedang berkira-kira umurku 20 , lantas teringat pada liya . hidup arwah Allah pinjamkan 19 tahun je , tak sempat merasa umur mencecah 20 tahun ...
dan aku sedar , pabila umur mencecah 20 , aku rasa aku perlu jadi lebih matang . PERLU KE ? adeh . bab nie ,susah sikit . insyaAllah boleh kot . huehue :3
okay , sayonara 2011 .
#kadang-kadang aku pelik kenapa kita lebih mengagungkan kedatangan tahun masihi berbanding hijrah . ohh . -.-
-sometimesijustwondering
Tuesday, December 6
kerana kita peminjam ~
[ Bismillah Wal Hamdulillah ]
Tiba-tiba rasa ingin menulis .
Baru-baru nie , terkejut dengan pemergian seorang kenalan se-MEP waktu di INTEC dulu .
Perginya tiba-tiba . tak sampai 5 hari berita tentang penyakit dialaminya tersebar, terima pula berita pemergian arwah selama-lamanya . memilukan .
Tapi ,siapa tahu kuasa Allah . dia yang mengatur segalanya . pasrah sahaja .
Lantas bibit-bibit pemergian dua sahabatku sebelum ini berlegar di minda . Allah ! . siapa sangka .
Allah pinjamkan buat mereka 19 tahun dan 20 tahun untuk merasa indahnya dunia ciptaan Allah . tapi , kerana kita adalah peminjam , meminjam segala-galanya dari Allah . maka Allah lah yang lebih berhak menamatkan kontrak pinjaman tersebut bila tiba waktunya . Allahu Allah !
Wahai manusia , cukuplah mati itu sebagai peringatan !
al-fatihah buat mereka : Allahyarhamah Afdhaliyah Hilwa Ibrahim, Allahyarhamah Fatin Fasihah Hanafi, Allahyarham Ilham Ellani Jamal . moga syurga tempat mereka . amin ~
Friday, November 25
shibshib
[ Bismillah Wal Hamdulillah ]
Mesir bergolak . adehh . ujian . sabar banyak’’ naa . ramai berkumpul di tahrir . nak buat visa pon sesak . adehh . but , one fact I just knew about condition at tahrir that made me laughed a lot .
An Arabic man asked me . “ do you know what is the famous line being shouted right now at tahrir square ?”
“no , I don’t know ” .
“ you really don’t know ? ”.
“wallahi . ana mish ‘arfah ” .
“haha . you know shibshib ? “
“yes , slipper right ?”
“ aywah . the famous line they shouted at tahrir now , dilwa’ti is “I lost my slipper” . you know this ?”
Hahahahahahaha . memang aku gelak habis laa . aku ingatkan orang yang kumpul kat tahrir tue ada jerit cam ayat-ayat kasi semangat ke ape ke . haha . sekali , “weh , selipar aku hilang !” haha .
ye la dengan keadaan berasak-asak penuh sekalian manusia kat sana haa . guane ? . adehh . tak mustahil selipar pon boleh hilang .
actually , the conversation was in arabic amiyyah languange . tapi malas aku nak tulis ape aku cakap . tunggang langgang bahasa aku . malu rase nak tulis . huuu ~
[ lorh , nie ha seliparnyer ]
p / s : mesir dah nak pilihanraya . tapinya , uni aku tak cuti pon . sobs. sobs. sobs ~
p/s 2 : pada orang tersayang , tak kira la kat malaysia ke kat mana la pon , jangan risau naa . doakan keselamatan den dan rakan'' . huuu ~
Thursday, November 17
till jannah ^^
Tuesday, November 15
entah bila-bila entah
[ Bismillah Wal Hamdulillah ]
adeh . adeh . adeh . mengeluh ~
MATANG .
aku rase aku belom sampai tahap nie . adeh . bilalah nak capai tahap tue ? adehh .
banyak bukti kukuh yang menunjukkan aku belom matang . tapi nie diorang la yang cakap . eh , ye ke ?
“guane aok nie yaa,abah tengok asyik maen teddy bear je haa . abah pon cam tak berapa nak percaya aok nie nak jadi doctor dah nanti . haha (sambil gelak)”–abah
“aik,**** nyer sweater ade gambar monyet ea?aish.tak matang la **** nie . haha (sambil gelak) –hamba Allah 1
“tukar la gambar profile ko , asyik letak gambar kartun je . haish , bile la ko nie nak matang?” –hamba Allah 2
3 bukti cukup dah rasanya nak tulis kat sini . kang kalo aku tulis lebih-lebih kang , sayu pulak hati aku nie . haha
dan nie adelah alasan aku terhadap situasi2 di atas :
1 – teddy bear comel . baidewey , aku tak de la maen teddy bear beriya bagai ape .
2 – pada aku sweater tue nampak comel . tak salah
3 – aku memang tak letak gambar aku sebijik sorang kat profile pic laman’’ sosial nie . haha . letak gambar kartun pon okay ape ? haha
dari luar mungkin aku nampak kebudak-budakan , childish and what so ever , tapi aku rasa pemikiran aku tak de la tak matang . KOT . haha .
okay , lepas nie aku try la jadi matang . umur dah nak masok 20 dah haa . segan la weh kalo still nampak tak matang . haha !
jom la buat kempen matang ! haha . *err , perlu ke ? adehh*
p / s : ramai orang sudah merancang jalan2 waktu winter . adeh . malas nak pikir .
p / s : tak lama dah nak mid year exam . ohho ! -____-
Friday, November 11
#justsaying
Tuesday, November 1
kejakunan -.-"
Friday, October 21
menipu dosa , nanti masok api neraka :)
Al-kisah . maka , tersebutlah kisah . satu hari aku ke kelas . menaiki tramco berganti metro . mungkin perjalananku agak jauh , tapi itulah pengorbanan ilmu . acecececehhh .
Maka , nak dijadikan cerita , waktu aku naik metro tue , kebetulan agak sesak sedikit . harapan untuk duduk senang lenang di tempat duduk agak tipis . tapi tak pe . aku redha je . dah biasa . kebetulan aku berdiri di hadapan seorang budak lelaki , umurnya mungkin dalam lingkungan 5-6 tahun . kalau tak silap . dia duduk bersebelahan dengan mak die . tebal mata maknya bercelak . sekali senyum manis gayanya . entah macam mana , aku saja je jelir lidah kat budak laki tu . ala , tapi tak de la aku jelir beriya sangat ke apa . aku jelir sikit je sambil buat muka separa comel . salah ke ? hee . biasa la
But , one thing yang aku sedar , budak-budak takkan menipu . mereka akan cerita perkara sebenar . kerana mereka budak-budak . masih kecil . tapi , harus diingat , tak semestinya mereka akan terus menerus jujur . sebab tue , mak ayah kena pastikan , anak-anak mereka tidak pandai menipu sedari kecil lagi . kelak bakal menjadi pencuri . biar tak pandai menipu , tapi pandai berilmu J #justsaying
p /s : teringat zaman budak-budak dulu . kawan-kawan selalu cakap "tak baek la menipu , nanti masok api neraka ! " . hee . ^^,
Wednesday, October 5
#justsaying
Tuesday, October 4
genap
Saturday, October 1
tak rugi jadi hamba ilmu
Tuesday, September 27
jangan la segan :)
Monday, September 26
013 ...
Saturday, September 24
nak tak nak , kena jugak ...
Monday, September 19
eksaited terlampau -.-
macam-macam untuk satu macam
Sunday, September 11
mahasiswa selangor di mesir meninggal dunia
Thursday, September 8
6% tax for prepaid -.-
Wednesday, September 7
tak kenal maka tak cinta
Tuesday, September 6
makhluk tak mahu padam .
Monday, September 5
saja
Monday, August 29
happy eid
[ Bismillah Wal Hamdulillah ]
Monday, August 22
oh , nasib baik tak ! -.-
Wednesday, August 17
ho . ho . ho . HORLICKS !
Tuesday, August 16
tak perasan
Friday, August 12
sejadah
[ Bismillah Wal HamdulillaH ]
“assalamualaikum” . perlahan sahaja salam diberi . langkah Sarip diatur penuh sopan tatkala memasuki ruangan solat . langkah disusun terus menuju ke rak sejadah . penuh lipatan sejadah tersusun kemas di situ . matanya ligat bergerak ke atas ke bawah . mencari di mana sejadah yang satu . sejadah yang sudah kerap digunanya semenjak dua menjak berterawih di rumah Allah itu . sejadah ‘made in turkey’ itu memang menjadi pilihannya . walaupun itu adalah sejadah wakaf , namun semenjak dua menjak berterawih di masjid itu memang sejadah itu yang ditujunya buat pengalas dahi bersujud di hadapan sang Khaliq yang satu . pada hematnya , itulah sejadah paling sedap , paling selesa , paling best dia pernah gunakan . sejadah berwarna hijau tua bercorak bentuk kubah . tenang jika melihatnya . ditambah pula dengan kelembutan sejadah tersebut . uih , kalau disembabkan muka sujud di atas sejadah tersebut , terasa keselesaan yang amat . sesekali terasa sedang sujud di atas permaidani mewah . uihh , selesa tak terkata . silap-silap kalau mengantuk sangat waktu terawih , mahu tertidur sejenak . tak sempat nak witir ! . namun , hari ini sejadah itu tiada ! “alamak , mana pulak hilang sejadah ni ! aiseh !” , tiba-tiba hatinya mengeluh . namun Sarip tak putus asa . kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya . ala-ala ‘spy baba’ , terus dicarinya sejadah ‘made in turkey’ itu . badannya sedikit dipusing , memerhati penuh teliti dua baris saf yang tak berapa nak penuh lagi . masjid kecil , biasa la . satu saf pon hanya mampu memuatkan 15 ke 16 orang . matanya tetap tajam bak mata helang . di”scan”nya satu persatu sejadah yang sudah terhampar di hadapan beberapa makmum yang sedang setia menanti azan berkumandang . Berahim Ketum yang sedang berzikir ditenung tajam . terkejut juga Berahim Ketum dibuatnya . namun , cepat-cepat Sarip melemparkan senyuman . senyuman dibalas Berahim . Berahim , dulu dikenali sebagai Berahim Ketum dek kerana dia pernah menjual daun ketum .namun demikian , sesetengah pembelinya salah menggunakan ketum tersebut . tapi sekarang dia sudah insaf . tiada lagi daun ketum yang dijualnya , namun nama Ketum masih lagi lekat padanya . kini , rumah Allah yang kecil itu sering menjadi rumah keduanya . arghh , berbalik semula kepada Sarip tadi . jauh benar aku menyimpang . puas matanya melilau mencari sejadah itu malangnya , sejadah itu tiada ! . padahal semalam dialah yang menggunakan sejadah tersebut dan melipatnya . malah dia jugalah yang meletakkannya semula di rak tersebut . diletaknya sejadah itu sedikit bawah berbanding sejadah lain . dihempapnya beberapa sejadah yang lain di atas sejadah ‘kesayangan’ tersebut . ala-ala camouflage gitu , kononnya nak menghidarkan sejadah lembut itu dari pandangan jemaah lain . aleh-aleh hari ini , tatkala ini , sejadah tu pulak yang lesap ! alahai kesiannya dia .
p / s : tak kisahlah sejadah tue sedap ke tak sedap ke , bukan itu yang menjadi ukuran penting solat . tapi khusyu’ . pada dia , sabar ye . esok ada la balik sejadah tu . heee ~
Monday, August 8
talam bukan sebarang talam ^^,
Friday, August 5
tease ~
Monday, August 1
kau pergi ~
Wednesday, July 20
semoga selamat semuanya :)
Saturday, July 16
sukar rupanya ~
Friday, July 1
ucapan tak berbalas ~
Saturday, June 18
you're my man :)
Friday, June 17
tembikai ~
Ouh , sudah lama tidak menaip . blog terbiar seperti tidak bertuan . hoho .
Maklum la , masih lagi dalam fatrah exam . huuu . agak tension sedikit . hoho . biasa la . examje memang stress . even exam untuk ujian memandu pon stress . bila waktu-waktu exam ni , sindrom stress sangat mudah kelihatan . contohnya , boleh menyanyi lagu korea atau jepun dengan fluently , padahal tak paham pon apa maksod lirik nya . hoho .
Okay , arini tidak berniat untuk membebel atau apa .sekadar ingin berkongsi sedikit maklumat . hoho .
Adakah anda tahu dan kenal tembikai ? ye ! tembikai , yang ada bermacam-macam warna . erk , macam-macam ke ? setahu aku ada kuning dengan merah je . haha . kalau di mesir ni , waktu musim panas adalah waktu di mana buah tembikai ni mudah didapati . kat mana-mana je . berlonggok dan bertimbun je kat tepi jalan tue . siap boleh buat binaan piramid kecil lagi . hoho . yang tak boleh bla tu , kalo beli tembikai kat tempat yang longgok banyak-banyak ni , probability untuk dapat plastik untuk bubuh buah tembikai ni adalah kurang . so , kena la bawak buah tembikai nie bulat-bulat je . tak de plastik apa pon . hoho .
Okay , bukan nak promosi tembikai atau apa . Cuma nak kongsi sesuatu . perasan atau tak , tembikai ni banyak ada di mesir ni waktu musim panas . kalau waktu musim sejuk pulak , banyak strawberry dan sebagainya . tapi kalau kat Malaysia , setiap masa ada je tembikai . huishh , sedap ! . hoho . okay , pernah tak terlintas kat fikiran korang , apa hikmahnya tembikai pada musim panas . basically and logically , tembikai memang ada banyak air . yang mana kalau kita makan , for at least akan dapat menghilangkan rasa dahaga . betul tak ? . okay , betul . aku terima hipotesis ini . hoho .
Tapi bila aku terpandang tembikai dan makan tembikai , aku teringat pada satu info yang aku baru tahu bila doctor kat u aku cerita . tembikai ada high value of K+ (potassium) . yang mana K+ nie membantu aldosterone (one type of hormone , which is important in Na and water retention) by excretion of K+. so it will keep the ECFV (extracellular volume ) high with Na+ and water . so tak de la badan kita rasa dehydrate . sebab ECFV dalam badan kita tinggi di ‘maintain’ kan oleh Na+ and water . hoho . okay , this info is related to physiology . arggh . physio lagi . =.=
Senang katanya , tembikai ni ada waktu musim panas , bukan dijadikan oleh Allah sebab suka-suka atau apa . tapi disebabkan ada hikmah dan kepentingannya tersendiri . kadang-kadang kita tak tahu pon kan . sebab tu la Allah jadikan pelbagai ilmu atas muka bumi , supaya manusia berusaha mencari ilmu dan memanfaatkannya . :)
Okay , itu je la nak cerita . sekian , harap maklum .
p / s : next paper will be histology . wish me luck !
Friday, June 3
siapa maw kurma ? mari sini !! ;)
[ Bismillah Wal Hamdulillah ]
Mari – mari . yang jauh mari rapat yang dekat mari rapat . mari , mari , mari .
Ya , di sini . saya ingin mempromosikan kurma . ya , kurma ! kenapa kena beli ? ouh , manalah taw nak bagi hadiah atau buah tangan buat mereka-mereka yang tersayang nun di tanah air . atau sebagai kegunaan sendiri atau sebagainya yang anda rasa memang anda memerlukannya , beli saja ! hee ;)
Okay , here are the details :
~ Kurma coklat : LE 14.00 (500 gram )
~ Kurma badam : LE 14.50 (450 gram)
~ Kurma ekskelusif : LE 14.00 (24 biji)
Jika ada persoalan yang timbul di fikiran anda seperti “perlu ke aku beli kurma nie ea ?” , atau “rasa-rasanya patut ke aku beli kurma siwa ini ?” . ouh , jawapannya , sudah tentu “YA , aku patut beli” . hehe . okay , ape lagi , tempah la . tempah je kat saya . hihi . for those yang dah ade nombor telepon den , boleh la call je terus , tak pon ym pon bole . hoho . okay , enjoy your shopping ;)
p / s : daesung eksiden . uhhhuu . :( *takde kaitan dengan promosi kurma nie* ) . huuuu ~~
Friday, May 27
silap
[Bismillah Wal Hamdulillah]
Ouhh , lama sudah tidak menulis . agak sibuk dengan beberapa siri exam . baru semalam habis praktikal anatomy . tawakkaltu ‘ala Allah . tak nak komen apa-apa . serahkan semuanya pada kuasa Allah ~
Kali ini , tiada tajuk tetap . tiada apa yang mahu dicoretkan . Haa , Cuma nak kongsi satu menda nie .*tetibe* . pernah tak korang tengok satu video nie . pasal seorang ahli silap mata yang buat silap ketika membuat aksi silap matanya . hingga membawa kepada kematian . mungkin mata ahli silap mata nie tersilap hingga silap aksi silap matanya . ouh , pening dah aku baca ayat nie . *_*
Okay , nie aku bagi link dia . korang tengok la . jangan sampai pening sudah la . kalau ada yang muntah ijau dan sebagainya , tolong jangan salahkan daku . huu . tengok , tengok jugak , iktibar jangan lupa kutip sekali . ;) iktibar yang boleh dapat dari video nie , walau sehebat mana pon kita nie , kita tak de lah hebat sangat , sebab ada kuasa yang lebih hebat , kuasa siapa lagi kalau bukan kuasa Dia , kuasa Allah ;) . selain itu (skema betol ayat aku) , jomlah sama-sama kita berdoa agar Allah mengakhiri nafas hidup kita dalam keadaan husnul khotimah , bukan su’ul khotimah . na’uzubillahiminzalik .
p / s : happy birthday pada dia . maaf , i just can whisper it in my heart . sorry , for not wishing you . may be forever . ;(
Wednesday, May 18
chuka haeyo ;)
[Bismillah Wal Hamdulillah]
sudah lama tidak menulis . ouh , blog bersawang . what a blog ! aahh ! . maaf , wahai belog , saya agak malas belakangan ini . huh .
“ alan masuk intec hari nie,buat foundation nak ke
Awal pagi lagi aku dah dapat mesej dari abah . sebelum bertolak nak amek exam praktikal histo . lantas terus ku balas mesej tersebut .
Chuka haeyo , alan ;) . tahniah sebab dapat tawaran belajar kat
Ingat lagi waktu dulu-dulu , waktu kanak-kanak zaman kecik-kecik dulu . ade sekali tue family mak ngah datang rumah dari kedah . si alan nie boleh pulak demand , “nak ayaQ oghen !” (nak air oren) , mintanya pada mamaku . ye la budak kecik
p / s : SELAMAT HARI GURU pada semua guru-guru ! heee . maaf la lambat wish . hee ;) . terutama guru matematik itu ! ;)
Thursday, May 12
hari-hari buatnya ;))
Sunday, May 1
chop . chop . chop ;)
Tuesday, April 26
maaf ~
[ Bismillah Wal Hamdulillah ]
Supposed to be , semalam aku nak tulis menda nie , tapi tetiba baru nak connect broadband , keluar pulak notification “ CONNECTION TERMINATED” . haiseh , tak bole online la ! hoho . so , kena la pergi renew dekat etisalat tercinta tue . aigoo .
Tak de menda nak tulis , Cuma pagi semalam , waktu aku nak online tapi tak bole nak online tue , aku pergi la menggodam laptop aku nie sekejap , ingat nak delete menda – menda yang menyemak , dokumen entah ape – ape . tetiba terjumpa satu folder nie , name AFDHALIYAH HILWA . folder nie , semua aku simpan gambar – gambar arwah liya . aku tak de banyak amek gambar same ngan liya dulu – dulu . sebab aku memang tak suka amek - amek gambar nie , senang kata aku nie tak de la photogenic sangat waktu kat sekolah dulu . haha . teringat liya pernah kata kat aku , “chemah , ko nie tak nak amek gambar ke ngan aku ke? haishh , pelik betol . kenape la ko tak nak amek gambar ? . ko takut ngan kamera ke ape ? nanti camner la ko nak amek gambar kawen? haiii.” . tuelah ayat liya . aku ingat lagi sampai sekarang . haha . kes nyer sebab waktu tue kena amek gambar dorm kapten untuk dinner . grr . malas betol aku . tapi disebabkan menda tue wajib , so amek je la . hoho . tapi gambar tue aku tak de plak simpan . so pade maner – maner budak kejora yang ade , nanti kasi la ye . hoho
Waktu aku bukak folder gambar liya tue , satu – satu aku tengok . aku tatap lama – lama . aku tak jumpe pon satu gambar liya muke die sedih . semua happy je . sebab aku taw die memang jenis happy-go-lucky . dah lebih enam bulan dah liya pergi . tapi aku still tak bole nak lupekan liya . lumrah . biasala . ade sekali tue , sebab aku rindu sangat kat liya , waktu aku bukak smartvoip , then aku call semua budak – budak nie , sorang pon tak angkat , cisdel betol . huhu . then , lepas tak de sorang pon angkat call aku (sobs ..sobs .. ) aku nyaris – nyaris nak tercall nombor liya . Allah !
Dan baru aku perasan semenjak dua menjak nie , kadang – kadang aku terlupa nak sedekahkan al-fatihah untuk liya . lupe nak doakan die kat sane . lupe nak bacakan yaasin untuk die . Allah ! . maaf liya . liya , aku rindu kat ko ;( . maaf sebab aku selalu terlupa kat ko . maaf , maaf , maaf .
Yang patah tumbuh , yang hilang berganti . tapi , aku rasa aku takkan jumpa orang yang boleh gantikan ko , yang macam ko , sebab ko sorang je AFDHALIYAH HILWA yang aku sayang . sumpah , aku rindukan ko ! ;(
p / s : ashraf muslim dah bertunang . ramai betol aku tengok pompuan kat fb kechewa . hoho xoxo
Friday, April 22
sabar + syukur = iman
Thursday, March 31
berterima kasihlah kepada Allah ^^
First of all , alhamdulillah ! segala puji bagi Allah atas setiap rezeki kurniaanNya . kadang2 tak sedar pon . ya Allah ! . memang manusia sentiasa membuat khilaf -___- .
Al kisah , balek dari kelas tadi , menaiki tramco . baru je naik dan bagi salam , then duduk . then , terus la korek2 beg nak ambil duit , nak bayar tambang . tiba – tiba disapa oleh penumpang sebelah . kedua – duanya perempuan arab . memakai niQab . tertutup seluruh auratnya . hanya nampak dua biji mata. Seketika sejuk mata memandang . pesan salah seorang dari mereka kepadaku , “tak payah keluarkan duit , tambang kamu , saya bayar ” . uih , mula – mula terkejut gak , cam tak caye pon ade . biar betol nie ! . “ simpan duit tue , tak pe ”. Pergh ! waktu tue satu perkataan terpacul keluar dari mulut aku . shukran ! . ucapan itu ku khabarkan padanya . lantas dia menjawab , “ berterima kasihlah kepada Allah “ , sambil jari telunjuknya menuding ke atas . merujuk kepada pengawas sekalian alam di atas sana . ya Allah , seketika aku terlupa nak berterima kasih kepada pemberi rezeki nun di atas sana . shukran ya Rabb :) . sepanjang perjalanan aku tersenyum seorang diri . terfikir betapa nikmat dan beruntungnya kurniaan dan nikmat Allah . di dalam hati , tak henti – henti aku ucapkan alhamdulillah ! ^^ . sebelom turun , sempat aku berikan sedikit kacang kepada kedua – dua wanita arab tersebut , kacang tue pemberian sahabat aku waktu on da way balek sama – sama ngan die tadi . mula – mula nak bagi kat budak rumah aku , tapi rasa cam nak gak bagi kat perempuan arab tue . huhu . ma3lesh la ye . huhu
Sunday, March 20
off , bye :(
esok balek weh ! haduss -__-
Friday, March 18
i'll be back
Tuesday, March 8
selamat pulang rakan - rakan :)
Monday, March 7
balek mesir weh !
Thursday, March 3
cerita pedo'oh :)
Cerita ni berkesoh kat saloh sebuoh sekoloh kat
Murid : Selamat pagi, cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Faham, cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab kami seorang yang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Kami dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)
dirembat secara asli dari I LOVE PAHANG
p / s : pedo'oh itu adalah TIPU . hehe . ( bahasa orang pahang )