[ Bismillah Wal Hamdulillah ]
Maaf , post kali nie agak beremosi . maaf , saya sedang BENGANG ! huishh .
Grrr ~ okay , FINE ! lepas nie saya tak
Maaf , post ini beremosi . :l
[ Bismillah Wal Hamdulillah ]
Maaf , post kali nie agak beremosi . maaf , saya sedang BENGANG ! huishh .
Grrr ~ okay , FINE ! lepas nie saya tak
Maaf , post ini beremosi . :l
[ Bismillah Wal Hamdulillah]
Selsema . kifarah dosa ~. Allah uji sikit kesihatan manusia yang selalu alpa akan nikmat sihat di dunia.
Selsema dan aku , ouh , bagai pinang dibelah dua. . ouh tidak ! no , no . entah , aku nie pelik sikit . selalu selsema secara tiba – tiba . dan akan teruk sekiranya diiringi bersama bersin yang kerap . aww ~ . malah lebih teruk sekiranya mata aku terasa gatal . adeyh . sore throat juga akan turut join bergantung kepada keadaan . nak kata aku allergic bab – bab makan makanan laut , alhamdulillah tak . tak tahu lah kenapa . adelah sebabnyer tu . nanti akan aku check . hoho .
Paling teruk pernah aku kena selsema , tahun lepas . paling horror sepanjang hidup aku kot . hoho . waktu tue on da way nak ke terengganu . ikut kelantan . on da way , waktu tue baru sampai kat merapoh . adeyh . dah start bersin – bersin . tak lama lepas tue , dah start berair dah hidung . mulalah cecair ,bendalir jernih mula mengalir dalam hidung . adeyh . and the result , memang teroklah waktu tue . terpaksa ke farmasi berdekatan dan membeli sebotol vitamin c dan ubat selsema . hoho . so , flu , please be kind to me . I’m begging you *sambil mata berkaca* . hoho .
sehingga saat ini , aku masih lagi bersin - bersin . ouhho .~~~~
Agenda Sambutan Maulud Nabi Peringkat Kampung Kuala Keloi 2011 J
2.30 petang start berkumpul di perkarangan felcra .
then pukul 3 petang dah start berarak .
dalam 3.15 petang dah sampai kat pekarangan masjid .
3.30 petang ceramah bermula , oleh Ustaz Samhari Alias . ustaz nie dulu belajar kat Universiti Azhar Mesir . skarang mengajar kat SEMESTA . eerk , cam pernah dengar nama sekolah nie . weh , sekolah aku laa ! haha .
dalam pukul 5.00 petang cam tue habis ceramah , terus solat asar berjemaah . then , ade jamuan ringan sikit . dan bersurai ~~
Banyak intipati yang aku dapat dari ceramah tue .
p / s : sori . lambat update dalam blog pasal sambutan maulud nie ! baru jumpa cable usb henset .hoho . kepada yang menunggu . mianhe ! hehe J
here, enjoy the pics .sorry ,saya tak de dslr . kalo sape - sape yang baek hati tue , blanje la sebijik ! hehe . bole amek gambar cantek2 !
[ Bismillah Wal Hamdulillah ]
Alhamdulillah . baru terima bushro (berita gembira) . hehe . tambang tiket pulang ke mesir akan ditanggung sepenuhnya oleh yayasan pahang . hamdallah . orang nak belanja , tak
p / s : enset SE aku merajok . touch screen nya bermasalah . hadoy ~
[ Bismillah Wal Hamdulillah ]
SALAM MAULIDUR RASUL !
sanah helwa ya rasulullah J
jom meriahkan maulud rasulullah dengan banyakkan selawat ke atasnya . sollu ‘ala nabi J . esok ada sambutan maulud kat kampung aku nie . jom sama – sama join .
harap semua ambil iktibar dengan perjuangan rasulullah , betapa sukarnya perjalanan dakwah baginda , namun Allah tidak pernah membiarkan kesulitan dalam dakwah kekasihnya . mari , berkasih – kasih dengan kekasih Allah . mari hidupkan dan terus suburkan sunnah rasulullah .
mari kawan – kawan kita semarakkan maulud rasulullah dengan selawat . jom !
p / s : baru balek makan - makan di luar . ouh , sedapnyer . hehe ~
[ Bismillah Wal Hamdulillah ]
Semalam genap 134 hari dah leeya pergi . dah lebih 4 bulan dia pergi , almost 5 months dah . rasa macam baru lagi . hrm , tapi seperit dan sesedih mana aku rasa , aku pasti ahli keluarga dia lebih merasa perit dan sedih nya atas pemergian dia . Allah lebih sayangkan dia . selalu aku ingatkan hati aku sebegitu , berat dan susah aku nak percaya dulu . puas aku tenangkan hati aku . setiap kali aku bacakan yaasiin untuk liya , sebak aku . kadang – kadang lepas je siap baca yaasiin aku duduk sebentar . Nangis puas – puas dulu , then baru sambung kerja aku yang lain semula . bukan mudah aku nak lupakan dia , dan aku takkan pernah lupakan dia . kalau sebeginilah yang aku rasakan , aku faham perasaan mereka yang lebih – lebih lagi menyayangi dia , yang selalu berada dengan dia , yang membesarkan dia , yang berkongsi hidup dengan dia selama 19 tahun dia hidup . semalam , aku terbaca status kakak dia , tersentap sekejap aku . rindu bertaut . waktu aku dalam flight balek haritue , terlintas kat hati aku teringin sangat nak pergi pusara liya . nak sangat lawat dia . walaupun bukan lagi secara lahiriah . tapi , sekarang aku pon agak sibuk sikit . kekangan waktu dan kemudahan agak menyekat hasrat aku . nak drive sendiri sampai ke jengka , for sure abah tak bagi . ye la , lagipon aku dah lame tak drive . kompem kaku kejap . hrmm ~
For the first time , kelmarin , aku mimpikan liya . sebelum nie aku tak pernah pon mimpikan dia . jelez aku bila ade kawan – kawan aku yang lain kata diorang selalu mimpikan liya . tapi , alhamdulillah , kelmarin terubat sikit rindu aku pada liya . sebelum aku tidur malam tue , aku ade terjumpa gambar liya . aku tatap puas – puas . dalam gambar tue , liya pakai baju suki . baju kurung warna oren hitam . gambar tue , gambar waktu dia kat dalam kelas dia . dalam mimpi aku tue , aku mimpi aku masok dalam kelas dia , kebetulan meja yang dia duduk dekat depan sekali dalam kelas . dia duduk bertiga sebaris . aku masok dalam kelas , aku terpaku sekejap . dia pandang aku , dia senyum , tapi dia tak cakap sepatah pon . agak lama aku kaku , aku balas senyum dia balek dan pergi duduk kat tempat duduk sape entah . dia pakai baju yang sama macam dalam gambar tue . huhu . liya , rindu kat kau ~
p / s : esok maulud nabi . jom ramai – ramai selawat . baidewey , banner hasil buatan tangan angah dah siap . hehe J
[Bismillah Wal Hamdulillah]
Pelik ? ouh , ape kes ? . erm . pelik sebentar . semalam dok balas - balas komen kat status sorang junior aku nie haa . junior waktu kat seri raub dulu . huhu . kitorang memang rapat jugak laa . selalu dok lepak – lepak dalam bilik cerita itu cerita ini . lagipun dia anak sedara pada cikgu sains aku dulu . cikgu tue memang kamceng sungguh la ngan aku ! memang rapat sangat – sangat ! . tiba – tiba semalam dia kata kalo boleh dia nak sangat jumpa aku . sebentar , aku jadi musykil . kenape ye ? hrmm . mungkin dia RINDU kot . seketika cuma aku rasa cam HOT pulak ! miahahaha . mula – mula dia tulis kat ruangan komen status dia . tapi bila aku bukak fb tadi , aku terima mesej darinya . siap bagi nombor talipon lagi . sungguh , dia ingin ketemu . huhu . hrm . insyaAllah jika ada kelapangan kita bertemu ye J . nanti kalo rajin akak turun kuantan . hoho . akak gitu ! J
P / s : semua pelajar mesir perlu menghantar maklumat pada kpt . hrm , tapi baru dapat rumors kata tak perlu hantar .ouh , kenape ye ? hrm . pelik . pelik ~
Orang kata sabar itu manis . orang kata sabar itu separuh daripada iman . memang betul . tapi , apa yang terjadi sepanjang waktu rusuhan haritu memang betul – betul menguji keimanan dan kesabaran . habis je paper biochem , malam tue dah dengar rumors pasal rusuhan . sebenarnyer sebelum habis exam lagi rusuhan dah berlaku , sampaikan ade yang meniggal dunia dek kerana rusuhan tue , mungkin bergaduh kot . Cuma malam hari habis exam biochem tue aku keluar ke area sabi’e teman kawan aku sorang nie nak pergi makan - makan dengan sedara die yang lain , senang kata family gathering la , so aku temankan lah die nak pergi makan – makan tue . naik je teksi waktu nak pergi tue , ustaz yang jadi mushrif kitorang merangkap sedara kawan aku nie , die berborak laa dengan pak cik teksi tue . borak – borak , Tanya laa kenape nak buat rusuhan apa semua . hrmm , dengar je la diorang berborak nak menyampuk memang tak reti tak pasal – pasal pulak tersampuk nanti . so , it is better to keep quiet and shut your mouth . just listen , listen and listen . asalnya rakyat mesir bengang dengan kenaikan harga barang yang sangat mendadak . maw tak nyer , ade sesetengah kedai menjual gula seberat sekilo dengan harga 7 genih ! pergh , maw tak berapi rakyat mesir . bukan setakat rakyat mesir , rakyat lain pon bising jugak . how come nak survive hidop weh , tuan presiden husni mubarak weh ? ingat semua orang ade kilang cop duit ke , haa ? ditanya juga , manalah taw dek kerana semangat orang Tunisia yang berjaya menggulingkan kerajaan turut mendorong rakyat mesir untuk menjatuhkan husni si keparat . pak cik tue berkata , mungkin juga semangat Tunisia itu mendorong . Cuma waktu tue tak ambil pusing sangat . malas nak layan . mula – mula ingatkan benda biasa je , yela rusuhan biasa – biasa je . tup2 , malam tue dapat mesej katanya ada demonstrasi kat area ‘asyir . dekat masjid salam . haa, mula ketar ! . haish , lebih teruk dan sadis lagi , bila line telefon dengan internet terputus . pergh , rasa cam ape je ! mula – mula memang rasa cam nak hempas je henset . lebih pelik lagi bila hari tue , first time aku tengok orang arab tak pegang enset . kalo tak duduk bergayut je la . haha . ye la , line tak de , buat ape nak guna enset . dah la nak talipon family tak lepas , haish ! balik rumah , jumpa sorang jiran aku nie , budak medic gak la , die kata harga sayur naik mendadak ! die beli sayur tiga jenis jer tapi harga die , mak aiihh ! 59 genih ! padahal setiap satu sayur tue die beli sekilo je pun .so, total up semua baru 3 kilo . tapi harganya , mak aiihh kalah harga beras ! . pergh . sabar je la . nak tak nak die kate kena la beli gak , kalo tak , nak makan ape . dalam keterpaksaan melayang duit 59 genih tue . huissh . tak cukup dengan tue , perintah berkurung pulak keluar . nak keluar rumah dari pukul berapa sampai pukul berapa je . haish .terseksa jap hidup . senang cerita , sepanjang tempoh rusuhan dan perintah berkurung nie keluar , kitorang (ahli –ahli beet) terpaksa duduk dalam rumah . bosan , memang bosan . absolutely ! .tapi nak buat macam maner , kalo nak keluar rasa cam cari nahas je . haish . so , terpaksa laa kami ucapkan “jumpa lagi” pada si matahari . only after beberapa hari kitorang keluar rumah , itupun nak ke pejabat pahang untuk ambil elaun . itupun sekejap je . jakun sekejap dibuatnyer , sebab lama tak nampak pemandangan kat luar . hoho . selepas beberapa hari , kitorang dapat berita yang keadaan jadi lebih teruk . tak de ape yang bermain dalam kepala otak aku , selain BALIK MALAYSIA ! yeah ! haha . waktu tue baru laa sedar dan terbit sekejap rasa syukur . rasa syukur kerana dikurniakan sebuah negara yang aman dan damai . wee ~ . setiap hari yang dilalui sepanjang tempoh perintah berkurung , aku rasa cam lambat je . hari – hari yang berlalu dihabiskan dengan membuat marathon menonton berbagai – bagai cerita . cerita hantu , lawak , haishh macam – macam lagi la . nak bukak buku memang tak de perasaan la waktu tue . ye la , baru habis exam , so mind set memang tak yah bukak buku la .haish , ape punya mind set daa . haha . jujur aku cakap , sepanjang tempoh benda nie berlaku , aku memang dah tak up-to-date dengan hari dan tarikh . sampai kan satu masa aku lupa hari tu hari apa . yang aku fikir , Cuma balik , balik ,balik , balik Malaysia je . waktu nie , macam- macam rumors keluar . kata pelajar Malaysia akan dihantar balik naik kapal tudm la ,naik kapal laut la . hadoyy , dan lah berkulat dulu naik kapal laut nak sampai Malaysia . teringat pulak kata –kata pegawai YP , ustaz fareed . “semua orang nak jadi hero , nak keluarkan kenyataan masing – masing”. Ye la , mana tak nyer , macam – macam cerita keluar . pelajar – pelajar akan dihantar ke negara jiran dulu la sebelum balik Malaysia . pelajar – pelajar kena guna duit sendiri la . ape la . entah macam- macam lagi la . sampaikan tak taw nak percaya berita yang mana satu . waktu tu aku rasa cam nak lempang je semua orang . tetiba je kan ? ! . haha . ye la semua nak keluarkan statement . cam die taw semua . haish ! pas tue bagi janji dan harapan palsu je .bengang doe ! last – last nasib baik balek Malaysia . hehe . tambang free kot . hoho . but , at last . Kitorang balik Malaysia . hehe . bersyukur sangat – sangat . tapi sebelum pulang ke malaysia , kitorang perlu dievakuasi dulu ke Jeddah , after that baru akan dibawa pulang ke Malaysia . bayangkan kitorang tersekat berapa lama entah kat airport Jeddah tue . ye la , tak pernah – pernah dibuat orang dapat arrival visa . tapi dah terdesak sangat sampaikan PM sendiri terpaksa berhubung dengan Raja Abdullah untuk kasi pelepasan masuk rakyat Malaysia nie . aku antara orang last yang dapat passport semula walaupun aku adalah antara yang pertama yang menghantar passport . haishh , nasib , nasib . duduk di Jeddah agak mendera perasaan . bukan tak selesa atau apa , layanan memang best , makan memang cukup , Cuma hati ini nak sangat pulang . risaukan family yang risaukan diri ini . alhamdulillah , aku tergolong dalam kalangan group atau trip first . so , antara yang agak awal jugak laa sampai ke Jeddah dan Malaysia . well, first in first out ! hehe . sape yang dievakuasi ke Jeddah dulu , maka mereka akan dihantar pulang ke Malaysia dulu . naik first flight balek Malaysia ! . wow , seronok betol ! sumpah gua cakap ! dah la duduk kat aras atas (airbus dua tingkat) , sebentar cuma aku jakun sekejap . duduk di kawasan belakang sahaja dari kokpit pilot . wow ! teruja sekejap . jakun dibuatnyer ! . tambah pula PM dan TPM yang menyambut , tapi aku lagi gembira waktu balik haritue sebab FAMILY aku yang sambut dan jemput . hehe . tanpa mereka siapalah saya .wee ~ . landing pula kat arrival hall kalangan v.i.p . wow ! beruntung diri ini kurasakan . bagai perwira pulang dari medan berperang . disambut diarak bagai gemilang . pergh ! haha . btw , di kesempatan ini , di laman blog yang biasa dan tak seberapa ini , ingin aku rakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang bekerja keras dalam proses evakuasi ini . tiada langsung unsur politik di sini , kerana ini adalah misi kemanusiaan . terima kasih banyak – banyak . semoga Allah merhamati kalian semua . may Allah bless and rewards you all . sebenarnyer macam – macam lagi nak cerita dan coretkan , tapi rasanya semua orang tahu apa cerita sebenar . malas nak ulang panjang berjela . yang penting , alhamdulillah sudah selamat sampai . kepada rakan – rakan (gen 9 , warga pahang dan semuanye lah) dan yang lain yang masih lagi terkandas di Jeddah , sabarlah . kerana sabar itu manis . wait your turn , and you will fly back to Malaysia . sebentar , aku ingin meminjam tagline airasia , NOW EVERYONE CAN FLY . hoho . J
p / s : ouh , indahnya MALAYSIA ! J