Saturday, December 31
hujung
eeh , sudah 31 disember 2011 . dah kat penghujung tahun 2011 dah rupenyer . Allah !
tak perasan waktu , sampai entry spesel untuk besday sendiri pon tak tulis . hehuuu . perlu ke ? oohh
0h , 2011 bakal berakhir . so ? *ade aku kisah* -boboi . haha
umur aku baru je masok 20 tahun . tatkala aku baru nak join geng umur 20 , mereka yang lebih 'awal' dah pon nak masok umur 21 . hoho
dan aku sangat bersyukur Allah masih memanjangkan umur . memberi ruang dan peluang untuk menambahkan amalan , sebab , aku sedar , amalan tak banyak . aduhh .
dan tatkala aku sedang berkira-kira umurku 20 , lantas teringat pada liya . hidup arwah Allah pinjamkan 19 tahun je , tak sempat merasa umur mencecah 20 tahun ...
dan aku sedar , pabila umur mencecah 20 , aku rasa aku perlu jadi lebih matang . PERLU KE ? adeh . bab nie ,susah sikit . insyaAllah boleh kot . huehue :3
okay , sayonara 2011 .
#kadang-kadang aku pelik kenapa kita lebih mengagungkan kedatangan tahun masihi berbanding hijrah . ohh . -.-
-sometimesijustwondering
Tuesday, December 6
kerana kita peminjam ~
[ Bismillah Wal Hamdulillah ]
Tiba-tiba rasa ingin menulis .
Baru-baru nie , terkejut dengan pemergian seorang kenalan se-MEP waktu di INTEC dulu .
Perginya tiba-tiba . tak sampai 5 hari berita tentang penyakit dialaminya tersebar, terima pula berita pemergian arwah selama-lamanya . memilukan .
Tapi ,siapa tahu kuasa Allah . dia yang mengatur segalanya . pasrah sahaja .
Lantas bibit-bibit pemergian dua sahabatku sebelum ini berlegar di minda . Allah ! . siapa sangka .
Allah pinjamkan buat mereka 19 tahun dan 20 tahun untuk merasa indahnya dunia ciptaan Allah . tapi , kerana kita adalah peminjam , meminjam segala-galanya dari Allah . maka Allah lah yang lebih berhak menamatkan kontrak pinjaman tersebut bila tiba waktunya . Allahu Allah !
Wahai manusia , cukuplah mati itu sebagai peringatan !
al-fatihah buat mereka : Allahyarhamah Afdhaliyah Hilwa Ibrahim, Allahyarhamah Fatin Fasihah Hanafi, Allahyarham Ilham Ellani Jamal . moga syurga tempat mereka . amin ~