Tuesday, November 15

entah bila-bila entah

[ Bismillah Wal Hamdulillah ]

adeh . adeh . adeh . mengeluh ~

MATANG .

aku rase aku belom sampai tahap nie . adeh . bilalah nak capai tahap tue ? adehh .

banyak bukti kukuh yang menunjukkan aku belom matang . tapi nie diorang la yang cakap . eh , ye ke ?

“guane aok nie yaa,abah tengok asyik maen teddy bear je haa . abah pon cam tak berapa nak percaya aok nie nak jadi doctor dah nanti . haha (sambil gelak)”–abah

“aik,**** nyer sweater ade gambar monyet ea?aish.tak matang la **** nie . haha (sambil gelak) –hamba Allah 1

“tukar la gambar profile ko , asyik letak gambar kartun je . haish , bile la ko nie nak matang?” –hamba Allah 2

3 bukti cukup dah rasanya nak tulis kat sini . kang kalo aku tulis lebih-lebih kang , sayu pulak hati aku nie . haha

dan nie adelah alasan aku terhadap situasi2 di atas :

1 – teddy bear comel . baidewey , aku tak de la maen teddy bear beriya bagai ape .

2 – pada aku sweater tue nampak comel . tak salah kan ? err . haha

3 – aku memang tak letak gambar aku sebijik sorang kat profile pic laman’’ sosial nie . haha . letak gambar kartun pon okay ape ? haha

dari luar mungkin aku nampak kebudak-budakan , childish and what so ever , tapi aku rasa pemikiran aku tak de la tak matang . KOT . haha .

okay , lepas nie aku try la jadi matang . umur dah nak masok 20 dah haa . segan la weh kalo still nampak tak matang . haha !

jom la buat kempen matang ! haha . *err , perlu ke ? adehh*

p / s : ramai orang sudah merancang jalan2 waktu winter . adeh . malas nak pikir .

p / s : tak lama dah nak mid year exam . ohho ! -____-

Friday, November 11

#justsaying

[ Bismillah Wal Hamdulillah ]


raan kasi . hehe
maka bertambahlah sekor lagi koleksi aku . miahaha

aku taw korang kata aku tak matang . errr . fine . tak pe la . aku redha .
haha -.-''

btw , tak terlambat untuk aku ucap . selamat hari raya aidiladha . happy korban .
agak lambat , tapi it's better than never right ? haha :)
maaf zahir batin .

raya nie aku tak banyak amik gambar , so takde sangatlah koleksi unta apatah lagi khoruf untuk korang tatap . soliii . huu . len kali ye ! haha . kalo nak sangat tengok unta real , sila google . hee :)

esok kelas dah start semula . hoho
okay , chOw ~

p /s : aimi ajak pergi dreampark , suruh kitorang bawak die pulak kali nie . adehh . lemah aku dengar bile dia eager nak naik roller coaster . adehhh -.-''

Tuesday, November 1

kejakunan -.-"

bismillah wal hamdulillah

first time aku buat post kat blog nie tanpa menggunakan khidmat laptop aku . hehe . "aik,abes tue aku guna ape ea?" . heee .

rahsia ! *sumpah tak leh bla*

"kau bajet kau majula alyaa woi ?! "

haha. alhamdulillah . tetibe aku rase cam aku dah maju setapak dua . haha

maaf , aku masih dibelenggu kejakunan . HAHA *.*

p /s : jakun . jakun . jakun -.

Friday, October 21

menipu dosa , nanti masok api neraka :)

[ Bismillah Wal Hamdulillah ]

“ siakap senohong gelama ikan duri , bercakap bohong lama-lama mencuri "

Al-kisah . maka , tersebutlah kisah . satu hari aku ke kelas . menaiki tramco berganti metro . mungkin perjalananku agak jauh , tapi itulah pengorbanan ilmu . acecececehhh .

Maka , nak dijadikan cerita , waktu aku naik metro tue , kebetulan agak sesak sedikit . harapan untuk duduk senang lenang di tempat duduk agak tipis . tapi tak pe . aku redha je . dah biasa . kebetulan aku berdiri di hadapan seorang budak lelaki , umurnya mungkin dalam lingkungan 5-6 tahun . kalau tak silap . dia duduk bersebelahan dengan mak die . tebal mata maknya bercelak . sekali senyum manis gayanya . entah macam mana , aku saja je jelir lidah kat budak laki tu . ala , tapi tak de la aku jelir beriya sangat ke apa . aku jelir sikit je sambil buat muka separa comel . salah ke ? hee . biasa la kan . niat nak bergurau . sekali budak tue boleh pulak report kat mak die . cisdel betol ! . boleh pulak dia report kat mak die tue . ngeng ! . sambil bercakap dalam bahasa arab agak laju dan susah nak didengari dek hingar bingarnya suasana sekeliling , aku hanya memahami mimik muka dan gaya jelirnya sahaja . haha ! . waktu mak dia pandang aku , terus aku senyum lebar , memaniskan muka lebih manis dari gula apatah lagi susu krimer pekat f&n . dalam hati aku mengutuk keras tindakan budak tue . cisdel betol ! naseb baik la mak die senyum sambil gelak-gelak . paham akan niatku yang sebenar . sekadar mengusik dan bergurau . but , I admit it . salah aku jugak . jelir-jelir . cubalah gurau cara lain ke apa ke . nie jelir . haishh . khilaf . hee J

But , one thing yang aku sedar , budak-budak takkan menipu . mereka akan cerita perkara sebenar . kerana mereka budak-budak . masih kecil . tapi , harus diingat , tak semestinya mereka akan terus menerus jujur . sebab tue , mak ayah kena pastikan , anak-anak mereka tidak pandai menipu sedari kecil lagi . kelak bakal menjadi pencuri . biar tak pandai menipu , tapi pandai berilmu J #justsaying

p /s : teringat zaman budak-budak dulu . kawan-kawan selalu cakap "tak baek la menipu , nanti masok api neraka ! " . hee . ^^,

Wednesday, October 5

#justsaying

[ Bismillah Wal HaMdulillaH ]

banyak kali disoal .
soalannya sama .
sama seperti dulu .
dan jawapannya sama .
masih sama seperti dulu .
mungkin jawapannya bakal berubah .
nanti . ya , nanti .
kalau kau sabar menunggu .
pasti kau tidak terus dibelenggu buntu .

sometimes its easier to say you don't care,than to explain all the reasons why you do

:: oh hidup . hidup . hidup ::

~itrysohardtoshutthefeelingsoutbutiamgettingconfused

Tuesday, October 4

genap

[ Bismillah Wal HamdulillAh ]

hari ini . :: 04 .10.11 ::

genap setahun dia pergi . jauh ke alam sana .

dia hilang di pandangan mata , tapi tidak di pandangan hati .

dia pergi jauh bukan sengaja , tapi dijemput illahi .

dia satu saja dalam hati . tiada tiga apatah dua .

masih aku ingat . dia menderita untuk beberapa ketika sebelum pergi selamanya .

masih aku ingat pesan sahabat ku sewaktu aku masih berkabung menangisi pemergiannya .
"biarlah dia pergi , dah lama dia derita"

aku akur . akur dengan kuasa Allah , tiada tandingan tiada lawan .

di waktu ini , setahun yang lalu . aku menangis tak henti-henti . terkilan dengan pemergian dia .

susah nak terima pada mulanya , tapi akhirnya aku rela .

aku semat dalam hati " sesedih-sedih aku , sedih lagi ahli keluarga dia" .

dan tika ini . aku hanya mampu berdoa pada Rabb moga dipermudahkan urusannya di sana .

ketahuilah , sesungguhnya aku juga bakal menjejaki mu di sana . kerana kita semua manusia . pasti akan dijemputNya .

liya , sudah ditakdirkan kau pergi dulu . Allah lebih menyayangi dirimu . aku pasrah .

"ya Allah tempatkan dia di tempat yang mulia , tempat yang dikau janjikan nikmat untuk hambaMu yang solehah"
amin

:: this small section on my desk , specially for you ::


maaf jika aku menangis . kerana aku juga manusia biasa . punyai perasaan itu . sedih , rindu ... pada dia ~.~

~imissyousomuchliya


Saturday, October 1

tak rugi jadi hamba ilmu

[ Bismillah Wal HamDulillAh ]

esok 2 hb oktober 2011 . 02102011. wah cantek gak tarikh nie . boleh buat tarikh kawen . miahaha . okeh . dah dah ngarut

esok kelas gua bakal start . yehha .

adakah aku eksaited ? atau suka sangat ? atau malas ? atau aku tak suka ? atau atau atau atau

entah . aku pon tak tahu . suka rasanya . heee

ye la . lagipon , selagi kelas tak start , melongo la aku dok kat rumah nie sorang'' . boring woo . sobs . sobs . sobs

sudah tiba masanya masa untuk menjadi hamba kepada ilmu . mari ! jangan malas . kalau tak dihambakan oleh ilmu , mana mungkin kita bakal mengatasi kebodohan . kalau tak dihambakan oleh ilmu , mana entah hidup bakal dituju . :)

biar jadi hamba kepada ilmu , dari jadi pengikut kepada malas .

tak rugi kalau menimba ilmu kerana Allah . jom belajar kawan'' :)
semoga semua urusan menimba ilmu dipermudahkan olehNya . amin ^^,

till then , salam