[ Bismillah Wal Hamdulillah ]
hari semalam . balik dari somewhere . naik teksi . dengan mereka . yup , sahabat-sahabat saya .
dalam teksi . borak-borak . okay , borak-borak sekali dengan pakcik teksi .
borak itu , borak ini . hoho
sambil berborak tentang macam menda entah [ aku tak berapa nak ingat ] , tetibe tercakap kat pak cik tue yang kitorang semua dalam fatrah imtihan sekarang . *motif?* haha . lantas aku terus berpesan pada pak cik teksi tue , "UD'UNI" (doakan kami) . pak cik tue jawab "AYWAH.INSYAALLAH.UD'UNI ASTAJIBLAKUM" balasnya sambil senyum menampakkan barisan giginya sambil tergelak tanda mahu bergurau . HAHA ! adehh . ingatkan nak bagi kata-kata semangat . sekali die sambung pulak ayat tue . hoho .
lantas terdetik kecil dalam hatiku . sekuat mana pun kita berusaha , segagah mana pun kita bekerja . tak kan ada nilai dan makna kejayaan kalau tak berdoa . pada siapa nak berdoa , kalau bukan pada Allah .
dan TuhanMu berfirman "Berdoalah kepadaKu , nescaya akanKu perkenankan bagimu . Sesungguhnya orang yang sombong tidak mahu menyembahKu akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina . " {40:60}
teringat pesan hamba itu tatkala aku mohon doa darinya sebab takut nak exam. "ye.ye.doa selalu.tapi usahanya pon kenalah jugak!" :)
doa . doa . doa . doa tanpa usaha sia-sia . usaha tanpa doa tiada makna .
suka nak ingatkan pada kawan-kawan lain yang dalam fatrah exam juga , mari jaga hati ! *peringatan buat diri sendiri jugak . hee *
p / s : masih dalam fatrah exam . satu paper berbaki sebelum bercuti . :)