Friday, February 24

:)

[ Bismillah Wal Hamdulillah ]

*********************
Kerusi kayu keras ,tempat setia menyambut kehadiran para pencari ilmu dalam dewan itu . lantas ku duduk . setengah jam awal aku masuk ke dalam dewan . sengaja masuk awal . 10 minit sebelum kuliah berlangsung , sempat aku lelapkan sebentar mata . sengaja . setidak-tidaknya mungkin aku tidak akan mengantuk ketika kuliah bermula . MUNGKIN . ye , mungkin tak mengantuk . tapi mungkin juga tersengguk .
*Perghh . intro dah macam penulis novel daa . haha*
Entah mengapa hari ni , kelas bermula agak lewat dari waktu yang dijadualkan . melarikan setengah jam yang sepatutnya dipenuhi dengan curahan ilmu yang pelbagai . entah apa pula ragam si alat teknologi di depan sana . lantas aku bersandar , sedikit mengeluh . mengeluh kelas lambat bermula ? oh . jarang aku begini . adakah perubahan melanda diri ? kusut . kusut ..
Lantas aku bersandar . melepaskan sedikit keluhan . “aduh , mana nak cari Quran terjemahan ea?” . lantas pertanyaan itu ku luahkan . tidak terlalu kuat . tapi cukup untuk menarik perhatian rakan sebelahku , dan juga rakan di sebelahnya juga . juga rakan yang duduk di barisan belakangku . kepalaku sedikit tertoleh ke belakang tatkala seseorang menjawab “nak cari quran terjemahan ke? Ade je rasanya kot . nanti kita bagitaw balik” . “kalo ade , nak warna ape” . tanyanya lanjut . “warna oren ade tak ? . kalo ade boleh gak” . spontanku jawab . mungkin agak demand . tapi sebenarnya , warna apa-apa pon tak kisah . ye dak ? yang penting rajin baca sudahh . jangan beli je lawa kemain , kek nyer baca nyer jarang lalu . haa , dah aku terkeluar bahasa ibunda aku dah haa . haiyoo !
******************
Amacam , dah baca cerita kat atas ? agak-agaknya aku ada tak potensi nak jadi penulis cerita ? huahuahua . okay , tipu . dah
Sebenarnya , aku nak cakap . yang aku SANGAT TERHARU pada WAWA ! hoho . sebab beliau telah membelikan saya sebuah al-Quran berwarna OREN ! ye OREN ! hoho .al kisah , quran aku tertinggal kat raub nun . hoho . macam mana lah aku boleh tertinggal ? aiyoo . sungguh daku terharu sebab beliau kasi quran tue free-free je !.tidak cukup dengan itu , MA’THURAT nyer juga turut berwarna OREN ! hoho . serius ! terharu weh ! huuu :) asalnya aku mintak beliau tolong surveykan je . dan kalo die beli , aku akan bayar balik kat die . tapi , beliau menolak dengan baik . “tak payah la bayar.amik je lah” .

Dan aku mohon agar Allah kurniakan kebaikan berlipat ganda kepadanya . dan moga , bacaanku menggunakan Quran itu juga merupakan salah satu pahala yang terus mengalir buatnya . shukran ! dan moga , Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan kurniaanNya pada hamba yang sentiasa bersedekah ke arah kebaikan yang bermanfaat bagi mereka yang lain .

Wallahu’alam ~