[ Bismillah Wal Hamdulillah ]
berburu ke
dapat rusa berbelang kaki,
berguru kepalang ajar,
bagai bunga kembang tak jadi .
Guru ibarat pelita , membakar diri menerangi gelap gelita .
Guru ibarat kuih tepung pelita , sedap dimakan di mana sahaja .
Hoho . maaf , gurau . jangan saman saya pulak cikgu-cikgu bahasa melayu di luar
Dulu aku ada jugak tanam cita-cita nak jadi guru nak jadi cikgu ni . ye la . dulu waktu kecik-kecik orang yang paling aku admire adalah cikgu . waktu tu aku rasa semangat nak jadi cikgu membuak-buak dalam diri . waktu tu tak pikir pon nak jadi doktor , engineer bagai . punyalah besar impak kerjaya cikgu ni ! fuhh . sebab tu tak hairanlah kalau cikgu ada hari yang spesel . doktor tak de ke spesel day ? errk tak payah nak banyak songeh lah ! .
Ramai kawan-kawan aku yang tak lama lagi akan jadi cikgu , secara rasmi . teacher-to-be . abang aku pun sama gak . aku jeles dengan kerjaya cikgu ni . mengajar orang besar pahala . mengajar insan dari zero to hero ! pehh ! mendidik manusia dari jahil kepada berilmu . dari tak reti mengeja sampai reti tulis karangan cerpen bagai . dari tak kenal huruf sampai pandai mencarut . errk ? ni salah guna ajaran ni ! dari tak kenal nombor sampai hebat membilang . pastue , ilmu yang diajar tu diguna pulak oleh si anak murid sampai ke mati . berpanjangan pahala mengajar orang . tambah pulak yang mengajar mengaji . dari kenal ‘alif ba ta’ sampai khatam quran . Allah ! betullah kerjaya pendidik ni kerjaya yang murni . bukan aku kata kerja lain tu tak murni tak dapat pahala ke apa , ni aku nak cakap betapa besarnya jasa guru-guru yang mengajar ni haa . yang kerja lain tu janganlah touching sedu sedan bagai pulak . heh !
Kalau nak cerita kenangan dengan cikgu-cikgu dulu , mak aihh . memang seminggu tak habis cerita lah weh . silap-silap muqadimah pon tak menyempat . cerita dari tadika , masuk sekolah rendah , masuk pulak sekolah menengah and so on . fuhh . panjang weh cerita ! aku tahu . korang pun ada cerita korang sendiri . ye dak ? tapi untuk pengetahuan korang , dulu waktu aku sekolah dulu , aku budak baik . eh , ye ke ? agaknya la kot .. paling jahat pon aku pernah buat … buat tak tahu kot .
Zaman waktu sekolah dulu , macam-macam cikgu kita jumpa . ada cikgu yang garang , ada cikgu yang baik , ada cikgu yang lemah lembut , ada cikgu yang suka merotan , ada macam-macamlah cikgu .
Eh , panjang pulak aku berceloteh . asalnya , aku nak ucap SELAMAT HARI GURU je , tapi terpanjanglah pulak ucapan hamba kali ni , nak buat macam mana , dah ini blog hamba , suka hati hambalah kan ?
Okay , dengar sini . dengar sini . ehem ehem *clear throat*
Dengan ini , saya ALYAA MAJID dengan penuh rasa rendah diri dan rendah hati ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru-guru yang pernah mengajar saya dari TADIKA PAMAH KULAT ,SK PAMAH KULAT,SMK SERI RAUB,SMS TENGKU ABDULLAH,INTEC,CAIRO UNIVERSITY sama ada secara langsung ataupun tidak langsung . tidak lupa juga kepada bakal guru , guru sebenar , guru part time , guru tusyen , guru besar mahupun guru kecil apatah lagi guru sekolah memandu . SELAMAT HARI GURU . sungguh , jasa kalian sentiasa saya kenang , dan moga Allah membalas segala kebaikan kalian semua . amin !
Dan sememangnya , the greatest teachers in my life , are my parents . no doubt J
Sungguh tatkala setiap kali sambutan hari guru , sungguh aku teringatkan dia .semangatnya dia ingin menjadi guru . tapi Allah lebih sayangkan dia . tak ape liya, Allah tahu niatmu . dia juga teacher-to-be . tapi masa tak mengizinkan . moga tenang kau di
p / s : eh , aku tengah dalam fatrah exam practical ni , mohon doa ! ^^,
till then , tata ! *_*