Tuesday, August 7

baitul 'atiq

[ Bismillah Wal Hamdulillah ]


baru ku tahu bagaimana rasanya seronok kunjungan itu . Allahu Akbar !

segala puji bagi Allah yang mempermudahkan segala urusan kami . :)

Friday, July 20

ramadhan is here !

[Bismillah Wal Hamdulillah ]

Salam ramadhan kareem ~
Ahlan ya ramadhan . segala puji dan syukur untuk Allah yang masih lagi memanjangkan usia untuk sampai ke ramadhan kali ini .

Panjang umur insyaAllah aku bakal berangkat ke haramain ahad ini . amin .moga Allah mudahkan semuanya . usai buat umrah , insyaAllah baru aku balik malaysia . yeahh ! nantikan kepulangan dakuuuuu . *bajet jerit satu malaya dengar.heh*

Mesir start puasa hari ni (jumaat 20hb) . balik terawih malam tadi aku terus mesej abah . ucap selamat sambut ramadhan . tengah nak taip tu , sayu je rasa hati . alahai . nyaris tak mengalir air mata . sungguh , aku tak kebal . rindu weh . tambah-tambah pulak bulan puasa ni . alahai .

Semalam tengah-tengah syok terawih , tiba-tiba blackout ! Allah . Allah baru tarik sikit je nikmat . alahai . nasib baik semangat aku kebal . walaupun tahap panas kat Mesir ni tak kira pagi , petang , siang , malam : maintain PANAS . *tapi neraka lagi panas :)* walaupun dah berpeluh habis satu badan . tapi semangat terawih nak sambut ramadhan tu lagi kuat . Alhamdulillah ;)

Dulu waktu kecik-kecik , kalau ada antara aku atau abang-abang aku yang tak puasa , waktu orang lain bukak puasa , yang tak puasa kena duduk bawah meja . tu kira amaran la pada kitorang adik beradik sebagai hukuman kalau tak puasa . itu didikan abah mama aku supaya anak diorang ni puasa . haa ,ambik kau ! korang rasa aku pernah kena tak bukak puasa bawah meja tu ? haha . dulu waktu aku kecik-kecik aku ni takde lah jahat mana , nakal tu mungkinlah kot . haha . but , still maintain cute . errk ? euuwwww ~.~’’ .

Dah la , tak maw dah citer pasal kenangan puasa bagai . aku homesick ni . kang aku nanges kang baru tahu . huuuuuuuu . sobss T.T

Nothing to say , nothing to tell , just want to wish pada semua umat Islam : SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN KAREEM . moga Allah limpahkan barakahNya . jom sama-sama tambah amalan banyak-banyak . jom !

Sungguh bulan Ramadhan itu bulan kebajikan . pahala berganda . bulan kemapunan , doa diterima :)

till then , tata ^.^

hey , see this video . nampak rock tapi sungguh mesejnya sampai . guitarist dia pakai baju tshirt gambar Tok Guru Nik Aziz ! cool ! :)



Thursday, July 12

untitled

[ Bismillah Wal Hamdulillah ]

orang semua dah start balik malaysia . huarghh T.T
tak pe , tak lama lagi aku menyusul . hoyeh !

waktu exam bukan main rasa nak tengok citer je keje . rasa nak tido puas-puas . main game sampai beat highest record . dan rasa nak buat macam-macam aktiviti yang seangkatan dengannya . tapi siap habis exam , tak de la pulak rasa nak tengok citer ke nak main game ke ape . kalo tak , waktu tengah nak study , waktu tu la rasa nak pergi tengok citer bagai . okay , itu namanya nafsu . setan kacau . biasa laa -.-

dah laa . aku tak maw tulis panjang-panjang .
lagipun memang takde benda pun nak tulis . haha
aku rasa nak join kucing kat bawah nie jugak kot . haha .


till then , tata !

p /s : gua tengah rindu tahap maksima dah ni ! macam mana nak buat ni ?! argghh T.T


Wednesday, June 27

rasa macam nak ...

[Bismillah Wal Hamdulillah ]

Tiada motif post kali ini ditulis . macam mana boleh wujud post ni , tuan punya blog pun tak tahu . HAHA

Okay , memandangkan masih lagi dalam fatrah exam , maka agak malas sedikit jari jemari mahu menaip-naip . tapi disebabkan jari jemari sedikit gatal mahu menari-nari di atas keyboard maka , berjayalah aku menaip barang sepatah dua dalam blog ini . acehhh . *padahal takde motip pun aku nak tulis ape*

Waktu exam macam gini lah Allah uji sejauh mana kita berharap dan bertawakkal pada Dia . Allahu Allah .

Tetiba aku teringat haritu abang aku ada ajar satu doa ni . doa penenang hati tak bagi gemuruh nak exam . sebab aku cuak yang amat sangat , maka abang aku yang caring ni ajarlah kat adik dia yang cuak cam aku ni satu doa . supaya hilang lah cuak . tapi entah macam mana , aku rasa betul dah doa yang abang aku ajar hari tu . sebab seingat aku hujung doa yang dia ajar dan yang aku baca macam sama je . ghupenyer , sekali aku baca doa hilang gentar melawan musuh daaa !. bila aku baca balik doa yang aku biasa baca tu kat abang aku , mengekek dia gelak . “tu doa lawan musuh nak pergi berperang lah! Hahaha”. gulp . dah tersalah ajaran la pulak aku ikot ha . dan aku juga tergelak mengenangkan betapa malu-malu ayam aku sebentar dengan abang aku . huahuahua .

Btw, it doesn’t matter how you recite your doa to Allah , because He knows everything inside your heart , what exactly you want from Him . it doesn’t matter in what languanges you say your doa , as long as you know and you really understand what you want . because He knows us better :)

Ada dua lagi paper , dua kali lagi oral untuk dua lagi subjek . pheww . mohon doakan untuk aku yang sedang berjuang ni . jangan tanya macam mana paper sebelum ni . shhhhh . *susah weh* sobsss . hanya mampu bertawakkal ‘ala Allah . ~.~

Berbalik pada tajuk post yang takde motip ni , sebenarnya aku rasa macam nak ….aku nak rasa macam … aku macam nak rasa … aku macam rasa nak .. arhh ! susah betul la nak tulis kat sini . aku hantar mesej je la kat korang boleh tak ? KAHKAHKAH .

upcoming next paper , Microb . doakan saya ye uolls ! sungguh , aku mohon doa kalian :)

till then , tata . :)

Friday, May 18

teachers , please be happy [ HAPPY TEACHER'S DAY :)]

[ Bismillah Wal Hamdulillah ]

berburu ke padang datar,

dapat rusa berbelang kaki,

berguru kepalang ajar,

bagai bunga kembang tak jadi .

Guru ibarat pelita , membakar diri menerangi gelap gelita .

Guru ibarat kuih tepung pelita , sedap dimakan di mana sahaja .

Hoho . maaf , gurau . jangan saman saya pulak cikgu-cikgu bahasa melayu di luar sana . bercanda sahaja . hamba budak baru belajar , kalau salah janganlah marah . hehe .

Dulu aku ada jugak tanam cita-cita nak jadi guru nak jadi cikgu ni . ye la . dulu waktu kecik-kecik orang yang paling aku admire adalah cikgu . waktu tu aku rasa semangat nak jadi cikgu membuak-buak dalam diri . waktu tu tak pikir pon nak jadi doktor , engineer bagai . punyalah besar impak kerjaya cikgu ni ! fuhh . sebab tu tak hairanlah kalau cikgu ada hari yang spesel . doktor tak de ke spesel day ? errk tak payah nak banyak songeh lah ! .

Ramai kawan-kawan aku yang tak lama lagi akan jadi cikgu , secara rasmi . teacher-to-be . abang aku pun sama gak . aku jeles dengan kerjaya cikgu ni . mengajar orang besar pahala . mengajar insan dari zero to hero ! pehh ! mendidik manusia dari jahil kepada berilmu . dari tak reti mengeja sampai reti tulis karangan cerpen bagai . dari tak kenal huruf sampai pandai mencarut . errk ? ni salah guna ajaran ni ! dari tak kenal nombor sampai hebat membilang . pastue , ilmu yang diajar tu diguna pulak oleh si anak murid sampai ke mati . berpanjangan pahala mengajar orang . tambah pulak yang mengajar mengaji . dari kenal ‘alif ba ta’ sampai khatam quran . Allah ! betullah kerjaya pendidik ni kerjaya yang murni . bukan aku kata kerja lain tu tak murni tak dapat pahala ke apa , ni aku nak cakap betapa besarnya jasa guru-guru yang mengajar ni haa . yang kerja lain tu janganlah touching sedu sedan bagai pulak . heh !

Kalau nak cerita kenangan dengan cikgu-cikgu dulu , mak aihh . memang seminggu tak habis cerita lah weh . silap-silap muqadimah pon tak menyempat . cerita dari tadika , masuk sekolah rendah , masuk pulak sekolah menengah and so on . fuhh . panjang weh cerita ! aku tahu . korang pun ada cerita korang sendiri . ye dak ? tapi untuk pengetahuan korang , dulu waktu aku sekolah dulu , aku budak baik . eh , ye ke ? agaknya la kot .. paling jahat pon aku pernah buat … buat tak tahu kot .

Zaman waktu sekolah dulu , macam-macam cikgu kita jumpa . ada cikgu yang garang , ada cikgu yang baik , ada cikgu yang lemah lembut , ada cikgu yang suka merotan , ada macam-macamlah cikgu . kan ? kan ? tapi macam-macam jenis cikgu tu lah yang mengajar kita semua macam-macam benda dalam hidup ni . jadi tak hairanlah kalau korang dulu pon pernah kena rotan,cubit, denda ke apa kan ? tipulah kalau korang kata korang tak pernah kena sebarang hukuman seperti yang dinyatakan di atas . kalau korang tak pernah merasa kena cubit ke denda ke apa waktu sekolah dulu , rugilah korang weh ! EPIC kot ! aku yang kira baik ni pon pernah kena cubit taw ? . erkk , baik ke kalau dah sampai kena cubit tu ? errk ~ . tapi aku tahu , cikgu ni tak akan hukum kita kalau kita tak buat salah . dan dengan hukuman tu lah yang sebenarnya akan membuatkan kita ni lebih beringat supaya tak buat lagi silap atau salah macam tu . sebab tu , kalau nak tegur manusia ni , tegur waktu dia masih boleh dilentur . melentur buluh biarlah dari rebungnya . tegur waktu muda , dah tua susah dah nak lentur . silap-silap lentur karang terpukul kat muka sendiri pulak . susah !

Eh , panjang pulak aku berceloteh . asalnya , aku nak ucap SELAMAT HARI GURU je , tapi terpanjanglah pulak ucapan hamba kali ni , nak buat macam mana , dah ini blog hamba , suka hati hambalah kan ? kan ? haha .

Okay , dengar sini . dengar sini . ehem ehem *clear throat*

Dengan ini , saya ALYAA MAJID dengan penuh rasa rendah diri dan rendah hati ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru-guru yang pernah mengajar saya dari TADIKA PAMAH KULAT ,SK PAMAH KULAT,SMK SERI RAUB,SMS TENGKU ABDULLAH,INTEC,CAIRO UNIVERSITY sama ada secara langsung ataupun tidak langsung . tidak lupa juga kepada bakal guru , guru sebenar , guru part time , guru tusyen , guru besar mahupun guru kecil apatah lagi guru sekolah memandu . SELAMAT HARI GURU . sungguh , jasa kalian sentiasa saya kenang , dan moga Allah membalas segala kebaikan kalian semua . amin !

Dan sememangnya , the greatest teachers in my life , are my parents . no doubt J

Sungguh tatkala setiap kali sambutan hari guru , sungguh aku teringatkan dia .semangatnya dia ingin menjadi guru . tapi Allah lebih sayangkan dia . tak ape liya, Allah tahu niatmu . dia juga teacher-to-be . tapi masa tak mengizinkan . moga tenang kau di sana . Al-fatihah Liya ~

p / s : eh , aku tengah dalam fatrah exam practical ni , mohon doa ! ^^,

till then , tata ! *_*

Friday, April 27

ringan di mulut , berat di mizan

[ Bismillah Wal Hamdulillah ]

" SUBHANALLAH WA BIHAMDIHI "

sungguh ucapan ini RINGAN di mulut , tapi BERAT di mizan .
bakal menjadi pemberat pahala di neraca timbangan kelak .

jika lagu duniawi mudah dilazimi di mulut , mengapa tidak zikir ukhrawi disemai di bibir ?

Allah itu mengingati dan memerhati setiap hambaNya tanpa syarat , inikan pula kita perlu bersyarat untuk mengingatiNya .

mari , amalkan ;)


Friday, April 20

dunia dunia


[ Bismillah Wal Hamdulillah ]

Dunia memang kejam
Kejam bagi mereka yang teraniaya
Tapi adil bagi mereka yang menganiaya

Dunia memang kejam
Bila mana manusia tiada timbang tara
Bila yang batil bertakhta
Yang hak menjadi hamba

Namun sekejam-kejam dunia
Akhirat jua maha adil
Semua bakal dihisab
Tiada lindung tiada hijab

Sungguh benar
Janji yang Khaliq itu pasti

Jangan takut jangan gundah
Hilangkan resah kerna bukan kau bersalah
Tapi kau teraniaya
Dan butanya dia kerana dunia

Sungguh Allah itu bersama yang teraniaya !

“Sesiapa yang menyeksa sesuatu yang bernyawa, lalu tidak bertaubat, nescaya Allah menyeksanya pada Hari Kiamat”
(Hadits riwayat Ahmad)