Saturday, March 24

sungguh

sungguh resahku mencuit hati
ingin sekali mengetahui
rahsia di sebalik "tiada apa"

senyumnya menutup rahsia
gelaknya menyimpan rasa
tunduknya mendiamkan diri
sepi dari berbicara
sengaja disimpan rahsia
kemas tersemat
biar mereka sahaja yang merasainya
biar mereka sahaja yang tahu ceritanya

cabaran duniawi
peritnya ditahan memakan hati
penyembuhnya dijamin di akhirat nanti

aku akur
aku pujuk diri
aku biarkan diam itu berkuasa tatkala ini
agar bisa diam itu menyembuh diri
mengubati luka-luka


Allahu Allah . kuatkan hati-hati kami .

" aku pujuk diri untuk diam , dan aku latih diri ini qiam "