Wednesday, April 4

biar

[Bismillah Wal Hamdulillah]

amarah itu tusukan syaitan . sungguh ..

manusia lebih mudah membuat kesimpulan sendiri dari meneliti terlebih dahulu.Walaupun perkara jahat atau buruk , kadangkala dianggap biasa . walaupun zahirnya , sudah nampak kelibat dosa .

manusia lebih mudah menuduh dari bertanya akan duduk letak sesuatu perkara . kadangkala lebih baik kita berdiam diri dari membuat kesimpulan sendiri . bimbang-bimbang tersimpul mati pula akan diri .

aku tidak minta lebih , cukup seminit sahaja , mari sama-sama kita letakkan diri kita sendiri dalam keadaan orang lain sebelum sedap-sedap membuat andaian . kalau rasa susah nak letakkan diri kita dalam keadaan orang lain , maka ada baiknya senyapkan diri sahaja . Senyap , biar sunyi . biar tak bising . biar tak ada orang yang sedar . biar .. biar .. biar. dan terkadang biar kita tak faham sesuatu perkara . mungkin itu lebih baik . bahasa mudahnya : jangan mudah menduh orang lain .

Benarlah kata Eman Manan , “biar tak faham , jangan salah faham”

memang sukar membuktikan kebenaran sekalipun kita tidak bersalah . dan amatlah menyedihkan sekiranya kita yang dianggap bersalah padahal tidak tercalit pula kesalahan itu pada kita . benar , memang sukar ~

may Allah bless and rewards us ~