[ Bismillah
Wal Hamdulillah ]
Masa sekolah
rendah , selalu tengok berita . dan mesti ada berita ekonomi . indeks jatuh,naik , tunggang terbalik . satu frasa
pun saya tak faham . itu zaman dulu , zaman tengok berita dan percaya 100
peratus pada berita tersebut . zaman sekarang tak dah (terutama berita tv3) .
luls .
Saya tak
minat sangat bab ekonomi . mata wang negara-negara lain pun saya tak tahu .
waktu kecil dahulu abah selalu buat kuiz cepu cemas . tanya saya dan
abang-abang .
Memang cemas
, sebab soalan yang abah tanya semuanya soalan ilmu pengetahuan am . dan saya
memang fail. Ibu negara , perdana menteri dan juga mata wang . biasanya saya
akan mengelak untuk menjawab dengan alasan “yaa tak belajar lagi” . luls .
Terbaru ,
dalam SC kami berbincang perihal ekonomi . segala sudut ekonomi kami bongkarkan.segala kisah kami ceritakan . masing-masing tambah pengetahuan .
KHALIFAH
UMAR
Kagum dengan
pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz , cicit kepada Saidina Umar Al-Khattab
Sistem ekonomi
zaman pemerintahannya sangat mantap ! harta rakyat tidak digunakan
sewenang-wenangnya . Hatta ketika anaknya datang untuk berbincang perihal
keluarga sekalipun , ditutupnya lampu pejabat ketika itu . kerana beliau tahu
lampu yang menyala itu dibiaya dengan wang rakyat sendiri.
Sistem ekonomi
zaman Khalifah Umar diterapkan unsur Islam sehingga ke akar umbi . Dan ketika zaman pemerintahan beliau , sungguh
tiada seorang pun yang layak menerima bantuan zakat .Gaji beliau sendiri hanya
sekadar 200 dinar . Gaji pekerjanya pula 500 dinar .
Nampak tak
beza kat situ ?
Kita juga
boleh jadi ahli ekonomi yang berjaya . Individu seperti anda juga mempunyai
empayar ekonomi sendiri bukan ? Maksud saya , duit sendiri lah . Uruskan
kewangan perbelanjaan sendiri .
HARTA –
ORANG MISKIN DAN ANAK YATIM
Kisah ni
mentor saya yang kongsi dalam SC .
Seorang pemilik
syarikat terkemuka hampir dilanda bankrupsi . Perniagaan terjejas . tiada siapa
yang membeli barangan syarikat . Ada satu cadangan diutarakan agar duit yang
ada dalam syarikat mereka sekarang diberikan kepada orang-orang miskin .
Eh , dah nak
bankrupt pon nak bagi lagi duit kat orang lain ? pffftt . double bankrupt la
macam tu !
Magisnya ,
setelah diberikan kepada orang-orang miskin sungguh perniagaan mereka kembali
maju .
Duit yang
diberikan kepada orang miskin tersebut digunakan mereka untuk membeli
barang-barang keluaran syarikat mereka . secara mudahnya , perniagaan mereka
kembali maju dengan larisnya barangan produk .
Hikmah .
HARTA KITA ,
EKONOMI KITA
“ Harta kita
yang sebenar adalah harta yang kita infakkan “
Berlubang kejap
jantung dengar statement ni .Malu
sendiri . Nampak sangat saya tak berharta .
Saya tak
cakap kat orang lain . Saya cakap kat cermin depan saya ni .
Hebat kawal
perbelanjaan sampai duit berbukit-bukit pun tak jadi jugak , kalau tak pernah
sedekah . ye dak ?
Sedekah
semua duit sampai memudaratkan diri pon tak kena juga .
“Dan orang-orang yang
apabila membelanjakan harta mereka tidak berlebih-lebihan dan tidak pula bakhil
dan adalah perbelanjaan itu di tengah-tengah antara yang demikian.”
(al-Furqaan 67)
Harus ada
imbangan . Baru nampak ideal . gitewww !
Nak kuasai
ekonomi dunia , kawal dulu ekonomi sendiri
“aku tengok kau ni tak de lah jenis shopping
sangat pon . makan pun masak sendiri je . tapi duit tak pernah jugak cukup nak
simpan”
“aku sedekah
banyak bro!”
Pehhh .
Lejen !