[ Bismillah Wal Hamdulillah ]
Esok 5 mei , tarikh mengundi .
Terpanggil saya untuk menulis berkaitan politik . ini
gara-gara setelah saya melihat video flashmob berdarah di Ipoh. Isk isk . perasaan
untuk menulis itu makin membuak-buak . tinggal beberapa minit sahaja lagi
tempoh berkempen akan berakhir dan esok bakal menjadi penentu pentadbiran baru
Malaysia .
PRU kali ini saya lihat , media sosial lebih memainkan
peranan berbanding media massa seperti tv 1,2,3,3suku mahupun 10 suku . :p .
belum kira utusan meloya , berita hairan dan yang seangkatan dengannya . terasa
terbakar hati , jiwa dan raga membaca berita dan cerita di dalamnya . sungguh
auta !
Saya tak mahu mengulas panjang . saya pun bukanlah layak
mengundi . ya , siapalah saya . saya redha bila ada orang yang lantang bersuara
“alahh,cakap lebat je buat apa ! . bila tanya , tak layak mengundi . senyap dah
lah !” . ya , anda benar . siapalah saya . tetapi setidak-tidaknya ,sebagai
rakyat , saya ada pilihan saya juga . dan saya rasa pada umur sebegini , saya
mampu untuk menilai yang mana hak dan yang batil . sayang seribu kali sayang ,
kalau dah ada hak mengundi , tapi masih dibutakan dengan berita dan cerita yang sememangnya terbukti fitnah . menolak parti Islam , seolah-olah agama itu tiada hak dalam politik negara .malah lebih bahaya bila mana ada yang merasa jika kerajaan sekarang kalah , maka akan kebulurlah anak beranak mereka nanti . heh , kebodohan apakah ini ? alamak , ter’emo’ pulak sudahh . luls .
saya lebih cenderung dengan kempen yang komited dan istiqamah dengan akhlak dan cara berkempen yang matang.oh ya , saya hormati pilihan dan stand anda sebagai pengundi bagi pihak yang berlainan dengan pilihan saya . no harm , no foul . :D
saya lebih cenderung dengan kempen yang komited dan istiqamah dengan akhlak dan cara berkempen yang matang.oh ya , saya hormati pilihan dan stand anda sebagai pengundi bagi pihak yang berlainan dengan pilihan saya . no harm , no foul . :D
Sebagai rakyat yang tidak punyai kuasa undi, saya hanya
mampu berdoa , agar undi-undi rakyat yang tulus ikhlas inginkan perubahan
kepada kerajaan yang lebih berkebajikan dan tidak menindas rakyat tidak dimanipulasi
oleh tangan-tangan sang penganiaya .
Sungguh , setiap kali berdoa , seakan hati ini merintih dan
sayu mengharapkan agar Allah memberikan kemenangan kepada yang hak , dan
jatuhkan yang batil . saya yakin pada kekuasaan Allah melebihi segalanya . moga Allah suburkan Malaysia dengan Islam , dan Allah memberi kemenangan kepada Islam !
Cukuplah Allah untuk menolong kami, dan Allah sebaik-baik Pengurus
(yang terserah kepadaNya segala urusan kami).
Selamat mengundi rakyat Malaysia !
*no worries kalau anda mahu katakan saya pembangkang tak
reti bersyukur dengan apa kerajaan dah bagi atau apa . sebab saya tahu , rezeki
itu di tangan Allah . kepada Allah saja layak diberi pujian syukur .
Alhamdulillah !