Musim panas memang musim yang agak mencabar . 
Atas meja study Din sentiasa ada sebotol air besar dan
sebotol krim kulit  .
Air untuk mengelakkan dehidrasi ,krim pulak untuk
mengelakkan kulit kering . 
Suatu petang , Sani duduk melepak di bilik Din , dibeleknya
botol krim tersebut .
“ Amboi , menjaga kulit betul kau” , usik Sani 
Bukan menjaga kulit , tapi musim panas di sini memang agak
mencabar . Panas bukan main . Baru panas dunia beb ! . Dehidrasi , kulit kering
, macam-macam .
Laju tangan Sani mencapai botol krim kulit tersebut .
Dipicitnya sedikit , tapi tak tahu nak disapu ke mana . pantas dicalit krim
tersebut ke siku Din . 
“Nah , kasi putih sikit siku tu , takde la buruk siku” ,kata Sani.
“Memang tak buruk . Tapi kalau aku siku muka kau, mahu buruk”
“Kasar naa” . 
