Saturday, May 4

selamat mengundi !

[ Bismillah Wal Hamdulillah ]

Esok 5 mei , tarikh mengundi .

Terpanggil saya untuk menulis berkaitan politik . ini gara-gara setelah saya melihat video flashmob berdarah di Ipoh. Isk isk . perasaan untuk menulis itu makin membuak-buak . tinggal beberapa minit sahaja lagi tempoh berkempen akan berakhir dan esok bakal menjadi penentu pentadbiran baru Malaysia .

PRU kali ini saya lihat , media sosial lebih memainkan peranan berbanding media massa seperti tv 1,2,3,3suku mahupun 10 suku . :p . belum kira utusan meloya , berita hairan dan yang seangkatan dengannya . terasa terbakar hati , jiwa dan raga membaca berita dan cerita di dalamnya . sungguh auta !

Saya tak mahu mengulas panjang . saya pun bukanlah layak mengundi . ya , siapalah saya . saya redha bila ada orang yang lantang bersuara “alahh,cakap lebat je buat apa ! . bila tanya , tak layak mengundi . senyap dah lah !” . ya , anda benar . siapalah saya . tetapi setidak-tidaknya ,sebagai rakyat , saya ada pilihan saya juga . dan saya rasa pada umur sebegini , saya mampu untuk menilai yang mana hak dan yang batil . sayang seribu kali sayang , kalau dah ada hak mengundi , tapi masih dibutakan dengan berita dan cerita yang sememangnya terbukti fitnah . menolak parti Islam , seolah-olah agama itu tiada hak dalam politik negara .malah lebih bahaya bila mana ada yang merasa jika kerajaan sekarang kalah , maka akan kebulurlah anak beranak mereka nanti . heh , kebodohan apakah ini ? alamak , ter’emo’ pulak sudahh . luls .
saya lebih cenderung dengan kempen yang komited dan istiqamah dengan akhlak dan cara berkempen yang matang.oh ya , saya hormati pilihan dan stand anda sebagai pengundi bagi pihak yang berlainan dengan pilihan saya . no harm , no foul . :D

Sebagai rakyat yang tidak punyai kuasa undi, saya hanya mampu berdoa , agar undi-undi rakyat yang tulus ikhlas inginkan perubahan kepada kerajaan yang lebih berkebajikan dan tidak menindas rakyat tidak dimanipulasi oleh tangan-tangan sang penganiaya .

Sungguh , setiap kali berdoa , seakan hati ini merintih dan sayu mengharapkan agar Allah memberikan kemenangan kepada yang hak , dan jatuhkan yang batil . saya yakin pada kekuasaan Allah melebihi segalanya . moga Allah suburkan Malaysia dengan Islam , dan Allah memberi kemenangan kepada Islam !

Cukuplah Allah untuk menolong kami, dan Allah sebaik-baik Pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami).

Selamat mengundi rakyat Malaysia !

*no worries kalau anda mahu katakan saya pembangkang tak reti bersyukur dengan apa kerajaan dah bagi atau apa . sebab saya tahu , rezeki itu di tangan Allah . kepada Allah saja layak diberi pujian syukur . Alhamdulillah !  


#inikalilah #UBAHPRU13

Saturday, April 13

.

[ Bismillah Wal Hamdulillah ]

Masa sekolah rendah , selalu tengok berita . dan mesti ada berita ekonomi . indeks  jatuh,naik , tunggang terbalik . satu frasa pun saya tak faham . itu zaman dulu , zaman tengok berita dan percaya 100 peratus pada berita tersebut . zaman sekarang tak dah (terutama berita tv3) . luls .


Saya tak minat sangat bab ekonomi . mata wang negara-negara lain pun saya tak tahu . waktu kecil dahulu abah selalu buat kuiz cepu cemas . tanya saya dan abang-abang .

Memang cemas , sebab soalan yang abah tanya semuanya soalan ilmu pengetahuan am . dan saya memang fail. Ibu negara , perdana menteri dan juga mata wang . biasanya saya akan mengelak untuk menjawab dengan alasan “yaa tak belajar lagi” . luls .

Terbaru , dalam SC kami berbincang perihal ekonomi . segala sudut ekonomi kami bongkarkan.segala kisah kami ceritakan . masing-masing tambah pengetahuan .

KHALIFAH UMAR

Kagum dengan pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz , cicit kepada Saidina Umar Al-Khattab

Sistem ekonomi zaman pemerintahannya sangat mantap ! harta rakyat tidak digunakan sewenang-wenangnya . Hatta ketika anaknya datang untuk berbincang perihal keluarga sekalipun , ditutupnya lampu pejabat ketika itu . kerana beliau tahu lampu yang menyala itu dibiaya dengan wang rakyat sendiri.

Sistem ekonomi zaman Khalifah Umar diterapkan unsur Islam sehingga ke akar umbi .  Dan ketika zaman pemerintahan beliau , sungguh tiada seorang pun yang layak menerima bantuan zakat .Gaji beliau sendiri hanya sekadar 200 dinar . Gaji pekerjanya pula 500 dinar .

Nampak tak beza kat situ ?

Kita juga boleh jadi ahli ekonomi yang berjaya . Individu seperti anda juga mempunyai empayar ekonomi sendiri bukan ? Maksud saya , duit sendiri lah . Uruskan kewangan perbelanjaan sendiri .


HARTA – ORANG MISKIN DAN ANAK YATIM

Kisah ni mentor saya yang kongsi dalam SC .

Seorang pemilik syarikat terkemuka hampir dilanda bankrupsi . Perniagaan terjejas . tiada siapa yang membeli barangan syarikat . Ada satu cadangan diutarakan agar duit yang ada dalam syarikat mereka sekarang diberikan kepada orang-orang  miskin .

Eh , dah nak bankrupt pon nak bagi lagi duit kat orang lain ? pffftt . double bankrupt la macam tu !

Magisnya , setelah diberikan kepada orang-orang miskin sungguh perniagaan mereka kembali maju .

Duit yang diberikan kepada orang miskin tersebut digunakan mereka untuk membeli barang-barang keluaran syarikat mereka . secara mudahnya , perniagaan mereka kembali maju dengan larisnya barangan produk .

Hikmah .


HARTA KITA , EKONOMI KITA


“ Harta kita yang sebenar adalah harta yang kita infakkan “

Berlubang kejap jantung dengar statement  ni .Malu sendiri . Nampak sangat saya tak berharta .

Saya tak cakap kat orang lain . Saya cakap kat cermin depan saya ni .

Hebat kawal perbelanjaan sampai duit berbukit-bukit pun tak jadi jugak , kalau tak pernah sedekah . ye dak ?

Sedekah semua duit sampai memudaratkan diri pon tak kena juga .

“Dan orang-orang yang apabila membelanjakan harta mereka tidak berlebih-lebihan dan tidak pula bakhil dan adalah perbelanjaan itu di tengah-tengah antara yang demikian.”
(al-Furqaan 67)

Harus ada imbangan . Baru nampak ideal . gitewww !

Nak kuasai ekonomi dunia , kawal dulu ekonomi sendiri 

 “aku tengok kau ni tak de lah jenis shopping sangat pon . makan pun masak sendiri je . tapi duit tak pernah jugak cukup nak simpan”

“aku sedekah banyak bro!”


Pehhh . Lejen !

Thursday, January 31

tilam lama tukar baru

[ Bismillah Wal Hamdulillah ]



“Tilam , tilam . Tilam lama tukar baru”

Mendengar bunyi lori tilam tersebut . bergegas mak Jemah mengangkut tilam lama dari dalam rumahnya ke luar .

Ditahannya lori tilam ‘Tilam Lama Tukar Baru’ tersebut .

“Mak cik nak tukor tilam ni buleh ?”

“Boleh maa , tapi mak cik kena tambah sikit maa duit kalau maw tilam balu”

“lorh , mat pulok ? . kata tilam lama tukor baru . tukor je la , mat pulok kena bayor duit pulok ?”

Oh , mak cik !

*mat = kenapa (raub language)

Wednesday, November 14

jalan


[Bismillah Wal Hamdulillah ]



“Kita tumpang diorang balik sekali je lah . Nanti kita berhenti lah kat area yang dekat-dekat tempat yang kita nak pergi ni” ajak sahabat saya . “Rasanya diorang ikut jalan yang sama jugak kan menghala ke situ ?” tambah beliau lagi .

“Hrmm . okay jugak tu . alang-alang dah jalan sama” . idea beliau saya terima .

Hasrat menumpang kenderaan mereka kami suarakan kepada salah seorang kakak yang menguruskan kenderaan tersebut .

Setelah diberitahu kepada pak cik arab pemandu coaster , lega sedikit rasa hati . “Masyi” ucapnya setuju .

Keluar sahaja dari area parking di airport , coaster bergerak menuju susur keluar . Tol sudah dibayar . Lepas sahaja dari tol , ada tiga cabang jalan ,kiri satu , kanan satu , jalan lurus satu. biasanya jalan lurus di hadapan yang bakal kami lalui kalau mahu ke Madinat Nasr – destinasi yang dituju .

Entah macam mana pulak , jalan lurus dihadapan kami ditutup separuh . kren besar menghalang lebih separuh jalan . kerja mencuci lampu jalan sedang giat dilakukan .

Hampir 30 saat juga coaster berhenti di tengah jalan . mungkin pak cik coaster memikirkan kemampuan coaster beliau untuk melepasi jalan tersebut . tidak mahu mengambil risiko , niat melalui jalan lurus dihadapan dilupakan . walaupun jalan tersebut nyata lebih dekat dan cepat menuju ke destinasi , tetapi dek kerana halangan di hadapan , niat dimatikan .

Coaster berundur sedikit . stering coaster dipusing beberapa kali . perlahan-lahan coaster bergerak menyusur masuk ke simpang kiri . jalan yang bakal kami lalui ini agak jauh . dan kami perlu ikut jalan lain untuk sampai ke destinasi . dan , jalan yang bakal kami tempuh ini juga , tidak akan melalui tempat di mana kami ingin berhenti tadi . hrmm .

Nasib kami . nak buat macam mana . Lain yang kami harap , lain pulak yang jadi .

Dan , buat seketika , saya terfikir . hidup kita pun macam tu juga .

Banyak jalan yang ada , banyak pilihan depan mata . Kita ada pilihan jalan masing-masing . tapi , siapa yang tahu rintangan dan dugaan sepanjang dalam jalan tu ?

Kita dah pilih jalan yang paling mudah,cepat dan selamat untuk sampai ke destinasi masing-masing , tapi siapa tahu kalau-kalau jalan yang dipilih itu bukan jalan yang paling dan TERselamat untuk sampai ke destinasi yang dituju . siapa yang tahu ?

Awalnya saya pun rasa tak puas hati juga . waktu-waktu macam itulah ada orang nak halang jalanlah , nak buat kerjalah apa semua . dan , nak tak nak , jalan lain pula yang perlu kami ambil . jalan bukan dari pilihan kami . tapi ternyata perancangan Allah itu Maha bijaksana . Dia saja bagi kita ikut jalan jauh , luas pemandangan . lebih masa untuk berzikir memuji Sang Pencipta melihat agungnya bumi dicipta .

Tapi , akhirnya , destinasi dituju tetap sama . jalannya sahaja berbeza . tapi ,akhirnya semua selamat sampai . hrmm , siapa tahu kan ?

Btw , selamat menyambut tahun baru Hijrah . salam awal muharram
Masuk tahun baru , umur bertambah , tahun bertambah , tinggi menambah tak ? erkk  :)

Monday, September 24

tunggu tunggu sahajalah


ah tak perlu ambil pusing
nanti kepala pening
biar mereka bising 
walau sakit telinga berdesing

soalan bertubi
jawapannya hanya baris gigi
tersenyum tersengih 
tutup jawapan dalam hati 

tunggu tunggu sahajalah
pesan aku tak mahu berbalah
tapi mereka tak mengalah 
menanti bagai angan tak sudah 

Tuesday, August 7

baitul 'atiq

[ Bismillah Wal Hamdulillah ]


baru ku tahu bagaimana rasanya seronok kunjungan itu . Allahu Akbar !

segala puji bagi Allah yang mempermudahkan segala urusan kami . :)

Friday, July 20

ramadhan is here !

[Bismillah Wal Hamdulillah ]

Salam ramadhan kareem ~
Ahlan ya ramadhan . segala puji dan syukur untuk Allah yang masih lagi memanjangkan usia untuk sampai ke ramadhan kali ini .

Panjang umur insyaAllah aku bakal berangkat ke haramain ahad ini . amin .moga Allah mudahkan semuanya . usai buat umrah , insyaAllah baru aku balik malaysia . yeahh ! nantikan kepulangan dakuuuuu . *bajet jerit satu malaya dengar.heh*

Mesir start puasa hari ni (jumaat 20hb) . balik terawih malam tadi aku terus mesej abah . ucap selamat sambut ramadhan . tengah nak taip tu , sayu je rasa hati . alahai . nyaris tak mengalir air mata . sungguh , aku tak kebal . rindu weh . tambah-tambah pulak bulan puasa ni . alahai .

Semalam tengah-tengah syok terawih , tiba-tiba blackout ! Allah . Allah baru tarik sikit je nikmat . alahai . nasib baik semangat aku kebal . walaupun tahap panas kat Mesir ni tak kira pagi , petang , siang , malam : maintain PANAS . *tapi neraka lagi panas :)* walaupun dah berpeluh habis satu badan . tapi semangat terawih nak sambut ramadhan tu lagi kuat . Alhamdulillah ;)

Dulu waktu kecik-kecik , kalau ada antara aku atau abang-abang aku yang tak puasa , waktu orang lain bukak puasa , yang tak puasa kena duduk bawah meja . tu kira amaran la pada kitorang adik beradik sebagai hukuman kalau tak puasa . itu didikan abah mama aku supaya anak diorang ni puasa . haa ,ambik kau ! korang rasa aku pernah kena tak bukak puasa bawah meja tu ? haha . dulu waktu aku kecik-kecik aku ni takde lah jahat mana , nakal tu mungkinlah kot . haha . but , still maintain cute . errk ? euuwwww ~.~’’ .

Dah la , tak maw dah citer pasal kenangan puasa bagai . aku homesick ni . kang aku nanges kang baru tahu . huuuuuuuu . sobss T.T

Nothing to say , nothing to tell , just want to wish pada semua umat Islam : SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN KAREEM . moga Allah limpahkan barakahNya . jom sama-sama tambah amalan banyak-banyak . jom !

Sungguh bulan Ramadhan itu bulan kebajikan . pahala berganda . bulan kemapunan , doa diterima :)

till then , tata ^.^

hey , see this video . nampak rock tapi sungguh mesejnya sampai . guitarist dia pakai baju tshirt gambar Tok Guru Nik Aziz ! cool ! :)