[Bismillah Wal Hamdulillah]
Kelmarin abah saya telefon dari Malaysia . beberapa jam
sebelum itu saya telah menghantar mesej mengatakan besar kemungkinan flight
saya terpaksa ditangguhkan memandangkan peperiksaan saya terpaksa ditangguh .
tak banyak paper yang tinggal . tinggal satu sahaja lagi . last payyperr
Jujur saya katakan , mental dan fizikal benar-benar teruji
tatkala tenggelam dalam situasi sebegini . sebelum ini , kami pernah diuji .
tapi kali ini , ujian di Mesir ini benar-benar menguji bukan setakat kesabaran
tetapi kematangan dalam berfikir . berfikir akan hikmah aturan Allah , sang
khaliq
Asalnya seperti yang dijadualkan kami perlu menduduki
peperiksaan pada 8 hb . tapi , ditangguhkan ke tarikh 11 hb . mula-mula dapat
tahu berita kena tangguh peperiksaan ke 11hb , hati saya dah bergelora . “alamak
, tiket aku balik 11hb kot ! ahh, sudahh!”. Saya terangkan segala-galanya pada
keluarga di Malaysia . saya yakinkan mereka insyaAllah , usai habis peperiksaan
saya terus pulang . “oral pun
budak-budak yang balik 11hb boleh ambil lepas periksa” , terang saya . Yakin
sekali !.
Tak lama lepas perkhabaran itu , muncul berita baru . “EXAM
TUNDA 13HB!” gulppp .
“Alamak , habis lah !”
ikutkan hati , nak exam cepat-cepat,habis cepat dan pulang
ke Malaysia cepat !
Ahli geng yang balik 11hb terus buat syura’ . berbincang
mengenai status masing-masing. luls
tiba-tiba pulak budak-budak arab mintak exam tangguh pulak
dah !ahhh,sudahh ! . sekali lagi teruji .
nak je jari saya menaip comment di fb , meminta rasionalnya
mereka berbuat demikian . ahh , tapi
kekuatan tu tiada .
doktor dan pihak universiti pula waktu itu masih belum lagi
memberikan kata putus yang sebenar-benar putus
saya duduk tenang-tenang , tarik nafas dalam-dalam . “ape
pasal pulak nak tangguh exam ,lagi lambat lagi susah kot !”
orang kata, bila ada masalah sebegini , cuba letakkan diri
anda di tempat mereka .
saya cuba selam . meletakkan diri di tempat mereka . cari
rasionalnya permintaan mereka.
saya cuba fahami keadaan para doktor ketika ini , negara
mereka bergolak . tapi permintaan pelajar macam-macam . patutkah semuanya
dipenuhi ? permintaan dia sebagai doktor pula bagaimana ?
kita mungkin tak tahu , betapa para doktor tatkala ini
mungkin perlu bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan di hospital .
merawat mereka yang luka , menyelamatkan nyawa . dalam hati masih lagi gundah ,
peperiksaan masih tak sudah . tapi ada yang lebih meminta , merawat nyawa yang
tercedera .
budak-budak arab mungkin lebih faham kondisi keselamatan
negara mereka ketika ini berbanding kita yang hanya dengar,baca dari cerita
orang lain . mungkin juga mereka berasa takut untuk melangkah keluar rumah
menuju ke universiti , menghadirkan diri menjawab peperiksaan . dalam kalangan
mereka ada yang turut turun menyertai perhimpunan . mungkin tugas mereka di
sana . mempertahankan yang haq menjadi keutamaan . mungkin juga ada yang telah
pulang ke kampung halaman luar dari Kaherah , tinggal bersama keluarga mereka .
kan ?
dalam keadaan sebegini , masing-masing mempunyai rasional
mereka yang tersendiri . bukan cuba untuk mementingkan diri sendiri dan tidak
memikirkan soal orang lain , cuma mungkin apa yang mereka rasakan itu tidak
dirasai oleh orang lain . dan keputusan yang mereka fikir adalah yang terbaik
buat mereka .
rasional saya . "dah beli tiket 11hb" . luls
mari , kita tenangkan hati , lapangkan dada . semua berlaku
ada hikmah .
abah pesan , “itulah mehnah dalam belajar . semua yang
berlaku ada hikmah . yang penting fokus study . kalau nak kena tambah duit
untuk urusan tiket , bagitahu abah , nanti abah bank-in kan ”
tipulah kalau saya kata hati tak terusik terlonjak-lonjak
nak balik Malaysia . tambah-tambah pula dalam keadaan sebegini . mohon doa dari
kalian semua . agar keamanan kembali semula di bumi Mesir ini .moga yang haq
kembali tertegak di tempatnya , moga yang batil dijatuh dan dimusnahkan .
yakinlah Allah tidak menjadikan sesuatu itu sesuka hati ,
pasti ada hikmah terselindung .
salam ramadhan juga !
اللهم أنصر الإسلام والمسلمين
jom baca buku ! exam weh ! last payyperrr >.<