Tuesday, September 10
Monday, July 8
of last paper
[Bismillah Wal Hamdulillah]
Kelmarin abah saya telefon dari Malaysia . beberapa jam
sebelum itu saya telah menghantar mesej mengatakan besar kemungkinan flight
saya terpaksa ditangguhkan memandangkan peperiksaan saya terpaksa ditangguh .
tak banyak paper yang tinggal . tinggal satu sahaja lagi . last payyperr
Jujur saya katakan , mental dan fizikal benar-benar teruji
tatkala tenggelam dalam situasi sebegini . sebelum ini , kami pernah diuji .
tapi kali ini , ujian di Mesir ini benar-benar menguji bukan setakat kesabaran
tetapi kematangan dalam berfikir . berfikir akan hikmah aturan Allah , sang
khaliq
Asalnya seperti yang dijadualkan kami perlu menduduki
peperiksaan pada 8 hb . tapi , ditangguhkan ke tarikh 11 hb . mula-mula dapat
tahu berita kena tangguh peperiksaan ke 11hb , hati saya dah bergelora . “alamak
, tiket aku balik 11hb kot ! ahh, sudahh!”. Saya terangkan segala-galanya pada
keluarga di Malaysia . saya yakinkan mereka insyaAllah , usai habis peperiksaan
saya terus pulang . “oral pun
budak-budak yang balik 11hb boleh ambil lepas periksa” , terang saya . Yakin
sekali !.
Tak lama lepas perkhabaran itu , muncul berita baru . “EXAM
TUNDA 13HB!” gulppp .
“Alamak , habis lah !”
ikutkan hati , nak exam cepat-cepat,habis cepat dan pulang
ke Malaysia cepat !
Ahli geng yang balik 11hb terus buat syura’ . berbincang
mengenai status masing-masing. luls
tiba-tiba pulak budak-budak arab mintak exam tangguh pulak
dah !ahhh,sudahh ! . sekali lagi teruji .
nak je jari saya menaip comment di fb , meminta rasionalnya
mereka berbuat demikian . ahh , tapi
kekuatan tu tiada .
doktor dan pihak universiti pula waktu itu masih belum lagi
memberikan kata putus yang sebenar-benar putus
saya duduk tenang-tenang , tarik nafas dalam-dalam . “ape
pasal pulak nak tangguh exam ,lagi lambat lagi susah kot !”
orang kata, bila ada masalah sebegini , cuba letakkan diri
anda di tempat mereka .
saya cuba selam . meletakkan diri di tempat mereka . cari
rasionalnya permintaan mereka.
saya cuba fahami keadaan para doktor ketika ini , negara
mereka bergolak . tapi permintaan pelajar macam-macam . patutkah semuanya
dipenuhi ? permintaan dia sebagai doktor pula bagaimana ?
kita mungkin tak tahu , betapa para doktor tatkala ini
mungkin perlu bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan di hospital .
merawat mereka yang luka , menyelamatkan nyawa . dalam hati masih lagi gundah ,
peperiksaan masih tak sudah . tapi ada yang lebih meminta , merawat nyawa yang
tercedera .
budak-budak arab mungkin lebih faham kondisi keselamatan
negara mereka ketika ini berbanding kita yang hanya dengar,baca dari cerita
orang lain . mungkin juga mereka berasa takut untuk melangkah keluar rumah
menuju ke universiti , menghadirkan diri menjawab peperiksaan . dalam kalangan
mereka ada yang turut turun menyertai perhimpunan . mungkin tugas mereka di
sana . mempertahankan yang haq menjadi keutamaan . mungkin juga ada yang telah
pulang ke kampung halaman luar dari Kaherah , tinggal bersama keluarga mereka .
kan ?
dalam keadaan sebegini , masing-masing mempunyai rasional
mereka yang tersendiri . bukan cuba untuk mementingkan diri sendiri dan tidak
memikirkan soal orang lain , cuma mungkin apa yang mereka rasakan itu tidak
dirasai oleh orang lain . dan keputusan yang mereka fikir adalah yang terbaik
buat mereka .
rasional saya . "dah beli tiket 11hb" . luls
rasional saya . "dah beli tiket 11hb" . luls
mari , kita tenangkan hati , lapangkan dada . semua berlaku
ada hikmah .
abah pesan , “itulah mehnah dalam belajar . semua yang
berlaku ada hikmah . yang penting fokus study . kalau nak kena tambah duit
untuk urusan tiket , bagitahu abah , nanti abah bank-in kan ”
tipulah kalau saya kata hati tak terusik terlonjak-lonjak
nak balik Malaysia . tambah-tambah pula dalam keadaan sebegini . mohon doa dari
kalian semua . agar keamanan kembali semula di bumi Mesir ini .moga yang haq
kembali tertegak di tempatnya , moga yang batil dijatuh dan dimusnahkan .
yakinlah Allah tidak menjadikan sesuatu itu sesuka hati ,
pasti ada hikmah terselindung .
salam ramadhan juga !
اللهم أنصر الإسلام والمسلمين
Tuesday, June 11
buruk siku
Musim panas memang musim yang agak mencabar .
Atas meja study Din sentiasa ada sebotol air besar dan
sebotol krim kulit .
Air untuk mengelakkan dehidrasi ,krim pulak untuk
mengelakkan kulit kering .
Suatu petang , Sani duduk melepak di bilik Din , dibeleknya
botol krim tersebut .
“ Amboi , menjaga kulit betul kau” , usik Sani
Bukan menjaga kulit , tapi musim panas di sini memang agak
mencabar . Panas bukan main . Baru panas dunia beb ! . Dehidrasi , kulit kering
, macam-macam .
Laju tangan Sani mencapai botol krim kulit tersebut .
Dipicitnya sedikit , tapi tak tahu nak disapu ke mana . pantas dicalit krim
tersebut ke siku Din .
“Nah , kasi putih sikit siku tu , takde la buruk siku” ,kata Sani.
“Memang tak buruk . Tapi kalau aku siku muka kau, mahu buruk”
“Kasar naa” .
Saturday, May 4
selamat mengundi !
[ Bismillah Wal Hamdulillah ]
Esok 5 mei , tarikh mengundi .
Terpanggil saya untuk menulis berkaitan politik . ini
gara-gara setelah saya melihat video flashmob berdarah di Ipoh. Isk isk . perasaan
untuk menulis itu makin membuak-buak . tinggal beberapa minit sahaja lagi
tempoh berkempen akan berakhir dan esok bakal menjadi penentu pentadbiran baru
Malaysia .
PRU kali ini saya lihat , media sosial lebih memainkan
peranan berbanding media massa seperti tv 1,2,3,3suku mahupun 10 suku . :p .
belum kira utusan meloya , berita hairan dan yang seangkatan dengannya . terasa
terbakar hati , jiwa dan raga membaca berita dan cerita di dalamnya . sungguh
auta !
Saya tak mahu mengulas panjang . saya pun bukanlah layak
mengundi . ya , siapalah saya . saya redha bila ada orang yang lantang bersuara
“alahh,cakap lebat je buat apa ! . bila tanya , tak layak mengundi . senyap dah
lah !” . ya , anda benar . siapalah saya . tetapi setidak-tidaknya ,sebagai
rakyat , saya ada pilihan saya juga . dan saya rasa pada umur sebegini , saya
mampu untuk menilai yang mana hak dan yang batil . sayang seribu kali sayang ,
kalau dah ada hak mengundi , tapi masih dibutakan dengan berita dan cerita yang sememangnya terbukti fitnah . menolak parti Islam , seolah-olah agama itu tiada hak dalam politik negara .malah lebih bahaya bila mana ada yang merasa jika kerajaan sekarang kalah , maka akan kebulurlah anak beranak mereka nanti . heh , kebodohan apakah ini ? alamak , ter’emo’ pulak sudahh . luls .
saya lebih cenderung dengan kempen yang komited dan istiqamah dengan akhlak dan cara berkempen yang matang.oh ya , saya hormati pilihan dan stand anda sebagai pengundi bagi pihak yang berlainan dengan pilihan saya . no harm , no foul . :D
saya lebih cenderung dengan kempen yang komited dan istiqamah dengan akhlak dan cara berkempen yang matang.oh ya , saya hormati pilihan dan stand anda sebagai pengundi bagi pihak yang berlainan dengan pilihan saya . no harm , no foul . :D
Sebagai rakyat yang tidak punyai kuasa undi, saya hanya
mampu berdoa , agar undi-undi rakyat yang tulus ikhlas inginkan perubahan
kepada kerajaan yang lebih berkebajikan dan tidak menindas rakyat tidak dimanipulasi
oleh tangan-tangan sang penganiaya .
Sungguh , setiap kali berdoa , seakan hati ini merintih dan
sayu mengharapkan agar Allah memberikan kemenangan kepada yang hak , dan
jatuhkan yang batil . saya yakin pada kekuasaan Allah melebihi segalanya . moga Allah suburkan Malaysia dengan Islam , dan Allah memberi kemenangan kepada Islam !
Cukuplah Allah untuk menolong kami, dan Allah sebaik-baik Pengurus
(yang terserah kepadaNya segala urusan kami).
Selamat mengundi rakyat Malaysia !
*no worries kalau anda mahu katakan saya pembangkang tak
reti bersyukur dengan apa kerajaan dah bagi atau apa . sebab saya tahu , rezeki
itu di tangan Allah . kepada Allah saja layak diberi pujian syukur .
Alhamdulillah !
Saturday, April 13
.
[ Bismillah
Wal Hamdulillah ]
Masa sekolah
rendah , selalu tengok berita . dan mesti ada berita ekonomi . indeks jatuh,naik , tunggang terbalik . satu frasa
pun saya tak faham . itu zaman dulu , zaman tengok berita dan percaya 100
peratus pada berita tersebut . zaman sekarang tak dah (terutama berita tv3) .
luls .
Saya tak
minat sangat bab ekonomi . mata wang negara-negara lain pun saya tak tahu .
waktu kecil dahulu abah selalu buat kuiz cepu cemas . tanya saya dan
abang-abang .
Memang cemas
, sebab soalan yang abah tanya semuanya soalan ilmu pengetahuan am . dan saya
memang fail. Ibu negara , perdana menteri dan juga mata wang . biasanya saya
akan mengelak untuk menjawab dengan alasan “yaa tak belajar lagi” . luls .
Terbaru ,
dalam SC kami berbincang perihal ekonomi . segala sudut ekonomi kami bongkarkan.segala kisah kami ceritakan . masing-masing tambah pengetahuan .
KHALIFAH
UMAR
Kagum dengan
pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz , cicit kepada Saidina Umar Al-Khattab
Sistem ekonomi
zaman pemerintahannya sangat mantap ! harta rakyat tidak digunakan
sewenang-wenangnya . Hatta ketika anaknya datang untuk berbincang perihal
keluarga sekalipun , ditutupnya lampu pejabat ketika itu . kerana beliau tahu
lampu yang menyala itu dibiaya dengan wang rakyat sendiri.
Sistem ekonomi
zaman Khalifah Umar diterapkan unsur Islam sehingga ke akar umbi . Dan ketika zaman pemerintahan beliau , sungguh
tiada seorang pun yang layak menerima bantuan zakat .Gaji beliau sendiri hanya
sekadar 200 dinar . Gaji pekerjanya pula 500 dinar .
Nampak tak
beza kat situ ?
Kita juga
boleh jadi ahli ekonomi yang berjaya . Individu seperti anda juga mempunyai
empayar ekonomi sendiri bukan ? Maksud saya , duit sendiri lah . Uruskan
kewangan perbelanjaan sendiri .
HARTA –
ORANG MISKIN DAN ANAK YATIM
Kisah ni
mentor saya yang kongsi dalam SC .
Seorang pemilik
syarikat terkemuka hampir dilanda bankrupsi . Perniagaan terjejas . tiada siapa
yang membeli barangan syarikat . Ada satu cadangan diutarakan agar duit yang
ada dalam syarikat mereka sekarang diberikan kepada orang-orang miskin .
Eh , dah nak
bankrupt pon nak bagi lagi duit kat orang lain ? pffftt . double bankrupt la
macam tu !
Magisnya ,
setelah diberikan kepada orang-orang miskin sungguh perniagaan mereka kembali
maju .
Duit yang
diberikan kepada orang miskin tersebut digunakan mereka untuk membeli
barang-barang keluaran syarikat mereka . secara mudahnya , perniagaan mereka
kembali maju dengan larisnya barangan produk .
Hikmah .
HARTA KITA ,
EKONOMI KITA
“ Harta kita
yang sebenar adalah harta yang kita infakkan “
Berlubang kejap
jantung dengar statement ni .Malu
sendiri . Nampak sangat saya tak berharta .
Saya tak
cakap kat orang lain . Saya cakap kat cermin depan saya ni .
Hebat kawal
perbelanjaan sampai duit berbukit-bukit pun tak jadi jugak , kalau tak pernah
sedekah . ye dak ?
Sedekah
semua duit sampai memudaratkan diri pon tak kena juga .
“Dan orang-orang yang
apabila membelanjakan harta mereka tidak berlebih-lebihan dan tidak pula bakhil
dan adalah perbelanjaan itu di tengah-tengah antara yang demikian.”
(al-Furqaan 67)
Harus ada
imbangan . Baru nampak ideal . gitewww !
Nak kuasai
ekonomi dunia , kawal dulu ekonomi sendiri
“aku tengok kau ni tak de lah jenis shopping
sangat pon . makan pun masak sendiri je . tapi duit tak pernah jugak cukup nak
simpan”
“aku sedekah
banyak bro!”
Pehhh .
Lejen !
Thursday, January 31
tilam lama tukar baru
[ Bismillah Wal Hamdulillah ]
“Tilam , tilam . Tilam lama tukar baru”
Mendengar bunyi lori tilam tersebut . bergegas mak Jemah
mengangkut tilam lama dari dalam rumahnya ke luar .
Ditahannya lori tilam ‘Tilam Lama Tukar Baru’ tersebut .
“Mak cik nak tukor tilam ni buleh ?”
“Boleh maa , tapi mak cik kena tambah sikit maa duit kalau maw
tilam balu”
“lorh , mat pulok ? . kata tilam lama tukor baru . tukor je
la , mat pulok kena bayor duit pulok ?”
Oh , mak cik !
*mat = kenapa (raub language)
Wednesday, November 14
jalan
[Bismillah Wal Hamdulillah ]
“Kita tumpang diorang balik sekali je lah . Nanti kita
berhenti lah kat area yang dekat-dekat tempat yang kita nak pergi ni” ajak
sahabat saya . “Rasanya diorang ikut jalan yang sama jugak kan menghala ke situ ?” tambah beliau lagi .
“Hrmm . okay jugak tu . alang-alang dah jalan sama” . idea
beliau saya terima .
Hasrat menumpang kenderaan mereka kami suarakan kepada salah
seorang kakak yang menguruskan kenderaan tersebut .
Setelah diberitahu kepada pak cik arab pemandu coaster ,
lega sedikit rasa hati . “Masyi” ucapnya setuju .
Keluar sahaja dari area parking di airport , coaster
bergerak menuju susur keluar . Tol sudah dibayar . Lepas sahaja dari tol , ada
tiga cabang jalan ,kiri satu , kanan satu , jalan lurus satu. biasanya jalan
lurus di hadapan yang bakal kami lalui kalau mahu ke Madinat Nasr – destinasi yang
dituju .
Entah macam mana pulak , jalan lurus dihadapan kami ditutup
separuh . kren besar menghalang lebih separuh jalan . kerja mencuci lampu jalan
sedang giat dilakukan .
Hampir 30 saat juga coaster berhenti di tengah jalan . mungkin
pak cik coaster memikirkan kemampuan coaster beliau untuk melepasi jalan
tersebut . tidak mahu mengambil risiko , niat melalui jalan lurus dihadapan
dilupakan . walaupun jalan tersebut nyata lebih dekat dan cepat menuju ke
destinasi , tetapi dek kerana halangan di hadapan , niat dimatikan .
Coaster berundur sedikit . stering coaster dipusing beberapa
kali . perlahan-lahan coaster bergerak menyusur masuk ke simpang kiri . jalan
yang bakal kami lalui ini agak jauh . dan kami perlu ikut jalan lain untuk
sampai ke destinasi . dan , jalan yang bakal kami tempuh ini juga , tidak akan
melalui tempat di mana kami ingin berhenti tadi . hrmm .
Nasib kami . nak buat macam mana . Lain yang kami harap ,
lain pulak yang jadi .
Dan , buat seketika , saya terfikir . hidup kita pun macam
tu juga .
Banyak jalan yang ada , banyak pilihan depan mata . Kita ada
pilihan jalan masing-masing . tapi , siapa yang tahu rintangan dan dugaan
sepanjang dalam jalan tu ?
Kita dah pilih jalan yang paling mudah,cepat dan selamat untuk
sampai ke destinasi masing-masing , tapi siapa tahu kalau-kalau jalan yang
dipilih itu bukan jalan yang paling dan TERselamat untuk sampai ke destinasi
yang dituju . siapa yang tahu ?
Awalnya saya pun rasa tak puas hati juga . waktu-waktu macam
itulah ada orang nak halang jalanlah , nak buat kerjalah apa semua . dan , nak
tak nak , jalan lain pula yang perlu kami ambil . jalan bukan dari pilihan kami
. tapi ternyata perancangan Allah itu Maha bijaksana . Dia saja bagi kita ikut
jalan jauh , luas pemandangan . lebih masa untuk berzikir memuji Sang Pencipta
melihat agungnya bumi dicipta .
Tapi , akhirnya , destinasi dituju tetap sama . jalannya
sahaja berbeza . tapi ,akhirnya semua selamat sampai . hrmm , siapa tahu kan ?
Btw , selamat menyambut tahun baru Hijrah . salam awal
muharram
Masuk tahun baru , umur bertambah , tahun bertambah , tinggi
menambah tak ? erkk :)
Subscribe to:
Posts (Atom)





