Thursday, January 19

ud'uni

[ Bismillah Wal Hamdulillah ]

hari semalam . balik dari somewhere . naik teksi . dengan mereka . yup , sahabat-sahabat saya .
dalam teksi . borak-borak . okay , borak-borak sekali dengan pakcik teksi .
borak itu , borak ini . hoho

sambil berborak tentang macam menda entah [ aku tak berapa nak ingat ] , tetibe tercakap kat pak cik tue yang kitorang semua dalam fatrah imtihan sekarang . *motif?* haha . lantas aku terus berpesan pada pak cik teksi tue , "UD'UNI" (doakan kami) . pak cik tue jawab "AYWAH.INSYAALLAH.UD'UNI ASTAJIBLAKUM" balasnya sambil senyum menampakkan barisan giginya sambil tergelak tanda mahu bergurau . HAHA ! adehh . ingatkan nak bagi kata-kata semangat . sekali die sambung pulak ayat tue . hoho .

lantas terdetik kecil dalam hatiku . sekuat mana pun kita berusaha , segagah mana pun kita bekerja . tak kan ada nilai dan makna kejayaan kalau tak berdoa . pada siapa nak berdoa , kalau bukan pada Allah .

dan TuhanMu berfirman "Berdoalah kepadaKu , nescaya akanKu perkenankan bagimu . Sesungguhnya orang yang sombong tidak mahu menyembahKu akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina . " {40:60}

teringat pesan hamba itu tatkala aku mohon doa darinya sebab takut nak exam. "ye.ye.doa selalu.tapi usahanya pon kenalah jugak!" :)

doa . doa . doa . doa tanpa usaha sia-sia . usaha tanpa doa tiada makna .

suka nak ingatkan pada kawan-kawan lain yang dalam fatrah exam juga , mari jaga hati ! *peringatan buat diri sendiri jugak . hee *

p / s : masih dalam fatrah exam . satu paper berbaki sebelum bercuti . :)

Friday, January 6

adam anak soleh

[ Bismillah Wal Hamdulillah ]

sekadar renungan ~

Adam : Ustazah, doakan saya ustazah, saya nak dapat 5A dalam UPSR ni. Serius.
Ustazah : Ya, insyaAllah saya doakan.
Adam : Ustazah kata nak doakan, tapi ustazah tak mintak nama saya pun.
Ustazah : Ya, apa nama awak?
Adam : Adam ustazah.
Ustazah : Kenapa awak macam beria-ia sangat ni?
Adam : Saya kena dapatkan 5A jugak, sebab saya nak tuntut hadiah dari mak saya. Mak saya kata, kalau saya dapat 5A, saya boleh mintak apa saja. Mak saya tak tahu lagi apa saya nak.
Ustazah : Boleh ustazah tahu apa permintaan Adam?
Adam : Saya nak mak saya tutup aurat ustazah.

Ustazah terkejut dan terharu, lantas beliau mengangkat dua tangannya dan terus berdoa pada si pelajar tadi.Allahurobbi......