Thursday, March 31

berterima kasihlah kepada Allah ^^

[ Bismillah Wal Hamdulillah ]

First of all , alhamdulillah ! segala puji bagi Allah atas setiap rezeki kurniaanNya . kadang2 tak sedar pon . ya Allah ! . memang manusia sentiasa membuat khilaf -___- .

Al kisah , balek dari kelas tadi , menaiki tramco . baru je naik dan bagi salam , then duduk . then , terus la korek2 beg nak ambil duit , nak bayar tambang . tiba – tiba disapa oleh penumpang sebelah . kedua – duanya perempuan arab . memakai niQab . tertutup seluruh auratnya . hanya nampak dua biji mata. Seketika sejuk mata memandang . pesan salah seorang dari mereka kepadaku , “tak payah keluarkan duit , tambang kamu , saya bayar ” . uih , mula – mula terkejut gak , cam tak caye pon ade . biar betol nie ! . “ simpan duit tue , tak pe ”. Pergh ! waktu tue satu perkataan terpacul keluar dari mulut aku . shukran ! . ucapan itu ku khabarkan padanya . lantas dia menjawab , “ berterima kasihlah kepada Allah “ , sambil jari telunjuknya menuding ke atas . merujuk kepada pengawas sekalian alam di atas sana . ya Allah , seketika aku terlupa nak berterima kasih kepada pemberi rezeki nun di atas sana . shukran ya Rabb :) . sepanjang perjalanan aku tersenyum seorang diri . terfikir betapa nikmat dan beruntungnya kurniaan dan nikmat Allah . di dalam hati , tak henti – henti aku ucapkan alhamdulillah ! ^^ . sebelom turun , sempat aku berikan sedikit kacang kepada kedua – dua wanita arab tersebut , kacang tue pemberian sahabat aku waktu on da way balek sama – sama ngan die tadi . mula – mula nak bagi kat budak rumah aku , tapi rasa cam nak gak bagi kat perempuan arab tue . huhu . ma3lesh la ye . huhu

p / s : esok bermain bowling . ouh ! good luck kepada member - member team gua ! haha . pastikan kita menang ! haha ^^

Sunday, March 20

off , bye :(

[ Bismillah Wal Hamdulillah ]

off to klia . :)
going back to egypt tonight .
pada mereka - mereka yang tak sempat nak jumpa baru - baru nie , insyaAllah summer nanti saya balek lagi . hoho .
doakan yang terbaik untuk diri gua . hehuu . ^^

dah nak balek mesir. haiyoo . moga selamat semuanya . dah la tak berapa nak sihat . haiseh .
robbuna yusahhil . amin . :)
for my family . i really love you all . aww ~ *statement betol - betol nie , susah nak dapat woo ! :)*

p / s : malas la nak balek . haihoo !

esok balek weh ! haduss -__-

[ Bismillah Wal Hamdulillah ]

hai . hoi . hei ! ^^
esok , diumumkan bahawasanya saya , ALYAA MAJID , akan berangkat pulang semula ke mesir . hoho .

aduh , malas seyh . tapi , tanggungjawab masih tak terlunas . belajar ! ya , itu die ! :)

insyaAllah esok will off to KLIA after zohor . singgah sebentar kat tempat angah , hantar barang . then gerak ke KLIA . abah nak gerak awal sikit , tamaw sesak waktu kat KL , sebab around 5 pm orang dah balek kerja , so , kompem sesak . huhu . insyaAllah akan naik egyptair . harap - harap tiada masalah . huhu

semoga akan semangat sikit ye cik alyaa ! hoho . so , tadi aku telah tag gambar flight egyptair yang aku amek menggunakan replika flight egyptair ( abah aku yang punyer ) . hehe . lpas siap snap - snap gambar , upload dalam fb then tag mereka - mereka yang berkenaan . haha ! memang tiada motif ! haha . fyi , aku nie memang jenis paling malas nak upload gambar - gambar dalam fb . tapi disebabkan untuk cuba menaikkan semangat pulang ke mesir aku try la letak gambar flight tersebut . tapi , still same . tak rase semangat berkobar sangat la nak balek mesir . haish . tolong pergi jauh - jauh rase malas itu ! . hoho

esok balek . semoga dipermudahkan perjalanan kami semua ^^

***********************

p / s : siang tadi baru dapat berita pemergian salah seorang lecturer sewaktu di INTEC dulu . Sir Is . nama sebenar Sir Ishak , tapi biasa disapa dengan panggilan Sir Is . death due to Lymphoma Cancer . ingat lagi dulu , waktu sir is baru kena diagnose ade cancer nie , bila baca status - status beliau kat fb , nampak sangat beliau kuat semangat . namun , kekuatan manusia tak boleh nak lawan kuasa Allah . Allah lebih sayangkan arwah . semoga arwah Sir Is ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman . siriyes , aku memang terkejut bila dapat tahu berita tentang pemergian sir . yelah , mane taknyer , dalam usia semuda 27 tahun . beliau telah dijemput oleh sang khaliq , yang maha kuasa . teringat lagi waktu mula - mula kenal sir is . orangnyer happy-go-lucky , aku tak belajar ngan sir is sebab arwah dulu ajar budak - budak jordan . budak - budak jordan memang rapat ngan sir is . aku mula - mula kenal sir is waktu inpro . sebab die support volleyball team (perempuan) MEP waktu tue . sangat supportive !
well , may him rest in peace . moga beliau ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman . amin . *teringat kat liya -_-* . al - fatihah buat mereka ~~~~~~~~

Friday, March 18

i'll be back

[ Bismillah Wal Hamdulillah ]

*berjalan membawa penyapu sambil menyapu*

ouh , dah lame tak update blog . hoho . malas sungguh di situ . haishh . ma3lesh .

i'll be back ?ouh , itu tajok lagu 2 pm . hoho
ntah kenape skarang fall in love pulak dengan 2pm nie . haish . ape kejadahnyer ? tiada motif .

sebenarnyer ingat nak post pasal besday abah (10 mac ) . haduss , seminggu lebih dah . tapi tak sempat dek kerana banyak kerja lain . hoho . gambar pon tak rembat lagi dari henset abah . so , aku rase cam tak sempat je nak post pasal besday abah . hoho . ape2 pon . SANAH HELWA YA ABI! :) . aritue dah sambut (sesama famili) . hehe . rupa - rupanyer kat pejabat abah pon ade buat surprise parti . aww . haha . so sweet ~ :)))

i'll be back ? ouh , lupe nak cakap . insyaAllah dalam beberapa hari lagi aku akan berangkat pulang semula ke mesir , bumi anbiya' . semoga dipermudahkan semuanya . bersedialah jiwa raga dan semuanya untuk catch up pelbagai ilmu . uhh .

okay , ape2 pon . sedia ye ! hauishh . ouh , balek ke mesir nanti , aku tak maw bawak balek barang guna beg bagasi yang besar gedabak tue . haha . malas laa . nanti bertambah semak pulak bilik aku dengan beg bagasi je . so , aku ambil inisiatif dengan menggunakan beg lain yang bukanlah dari spesies beg bagasi . lagipon jimat kilo derr ! beg bagasi dah kompem makan empat ke lima kilo dAh . tak sanggup aku nak korbankan kilo2 itu . hoho . so gune cara lain laa . haha . semoga semuanya selamat . amin .

p / s : i'm your boy , you're my girl . errk ? ape motif ? -_-

Tuesday, March 8

selamat pulang rakan - rakan :)

[ Bismillah Wal Hamdulillah ]

selamat pulang rakan - rakan . khas aku ucapkan buat rakan - rakan jpa . hehe . okay , semoga perjalanan anda semua dilindungi dan dirahmati Allah . kami bakal menyusul kelak . insyaAllah 22 hb nanti . ala , 21 nak masok ke 22 hari bulan . hehe . tengah malam gitu . huhu . alhamdulillah , kitorang pon dah konfem tarikh waktu semua . so , tak lama lagi akan bermulalah kembali kehidupan di mesir . hehe . belaja jangan tak belaja !! :)))

p / s : ade gak harapan aku nak pergi kenduri - kenduri sebelom balek mesir . hehe . yang penting , kenduri kawen . aww ~ :)

Monday, March 7

balek mesir weh !

[ Bismillah Wal Hamdulillah ]

balek mesir ! bile ? tak taw lagi maa . okay , sekarang nie cuma perlu tunggu sahaja ye ! longgok - longgok la barang - barang tue . nanti senang nak packing . hoho . sekarang yang penting , hanya perlu sabar sahaja . semuanya sedang diuruskan . cuma perlu beri sedikit kerjasama , tunggu dan sabar . itu sahaja . insyaAllah tak susah . for those yang tak hantar passport ke YP (for those anak pahang ) , tolong la cakna dan ambil tindakan cepat - cepat . bimbang barangkali tindakan kita yang kurang efektif seperti itu akan merumitkan lagi keadaan . huhu . sekadar mengingatkan ~

sekarang banyak sangat rumours cakap pasal tarikh balek . apa - apa pon . tungguuuuuu ~

okay , dah tak de apa - apa nak cakap . huhu . till then , salam ~~~~ :)))

Thursday, March 3

cerita pedo'oh :)

[ Bismillah Wal Hamdulillah ]

Cerita ni berkesoh kat saloh sebuoh sekoloh kat Malaysia ni la. Berikut adalah rakaman perjalanan cerita antara Cikgu BM dengan anok-anok muridnyer.

Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab kami seorang yang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Kami dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)


dirembat secara asli dari I LOVE PAHANG

p / s : pedo'oh itu adalah TIPU . hehe . ( bahasa orang pahang )

Wednesday, March 2

passport kena hantar ye !

[ Bismillah Wal Hamdulillah ]

masalah ! huhu . aduss . guane aku nak anto passport daku ke yp nun ? hadoy . kalo la kuantan tue sejengkal je dari rumah aku nie tak pe gak . hadoyai . dah la paling lewat hari esok . hadoyai . kalo tak anta kang tak dapat tiket . nak anta cepat2 kang , aku bukannya free sangat . haduss . kuantan tue jauh laa ! hoho . sobs3 ~ malas dah nak susahkan orang lain . huuu ~

harap semuanya dipermudahkan . huuuuu ~

p / s : lepas nie nak kawen ngan orang raub je . mudah sikit semua urusan . haha *bapak gatal nyer ! *

matematik yang ditambah ~ hehuu ~

[ Bismillah Wal Hamdulillah ]

[ ouh matematik ~ ]

add math ? pernah dengar ? kompem la . mungkin antara sepuluh subjek yang korang amek dalam spm dulu . hoho . okay , tak maw citer panjang - panjang . pelik kan ? apsal la tetibe plak aku nak citer pasal add math nie . haish . tak paham . ouh , memang tak paham . sebenarnya , aku kena study balik add math nie . ade orang mintak aku ajar . aduss . so , kena la study . kalo tak , guane nak ajar orang . hoho . berbekalkan buku hikmat add math aku waktu sekolah dulu - dulu . aku belek - belek la balek . adoy . mula - mula berasap la jugak . ye la , maner tak nyer , lupa dah kot . ye la , amek medic maner ade subjek maths nie . aduss .

[ jangan jadi cam nie dah la . haha ]

rindu betol daa . okay , senang cakap . febret subjek aku dulu - dulu ialah MATHEMATICS ! hehe . so merangkap sekali la ADD MATHS nie . hehe . ada orang pelik , apsal la minat math . ye la , ade orang , minat subjek - subjek yang kena hafal - hafal cam sejarah . ouh , kalo aku memang tak minat la bab - bab sejarah nie . lingkup aku kalo bab sejarah nie . mintak maaf cikgu sejarah . anda semua tidak bersalah . hoho .


[ formula waktu belaja add math dulu - dulu ]

siriyes , memang rindu la nak blaja add math ! ouh , rindu sekolah ! haha .

disebabkan aku suka sangat ngan bab - bab nombor nie , aku sangat la meminati citer NUMB3RS . citer nie selalu ada kat AXN . pergh , citer nie memang best . aku jamin ! acececeh . citer nie berkisar pasal sorang nie , ape entah nama mamat tue . aku lupe daa . die sangat la hebat , die selesaikan masalah - masalah menggunakan mathematics ! pergh . terbaek dari ladang . so , kalo korang berminat boleh la korang search - search sikit pasal series nie . hehuuu ~

okay , jom belaja add math ! hoho :))

p / s : betol ke kena anta passport ke yp ? adoy . guane nie ? hadusssh !

Tuesday, March 1

kota bharu kat perak ea ? aik ? ~

[ Bismillah Wal Hamdulillah ]

kota bharu kat maner weh ? KELANTAN kan ? yeah , tepat sekali ! eeh , ye ke ? nie aku ada bukti untuk menggugat kesahihan jawapan mu itu . hoho . baru tadi aku dapat satu bukti bahawasanya KOTA BHARU bukan terletak di KELANTAN sebaliknya terletak di perak . ape kes ? haha . memang aku tak paham .

kisahnya , aku baru je blog walking tadi . tengah syok2 baca blog kawan aku sorang nie , sambil - sambil skrol ke bawah dan mata aku tertancap pada blog traffic die . hoho . dan , tetibe aku nampak nie . hoho
[ nama blog dirahsiakan ]

hoho . pelik kan ? seketika , otak aku ligat berfikir , ye la , maner la taw kot - kot aku punya pengetahuan geografi nie kureng sikit *bajet cam terror geografi je* haha . entah - entah betol ke ade kota bharu kat perak . hoho . oleh hal yang demikian , aku terus meng 'google' daerah - daerah di perak , maner la taw ada nama tempat KOTA BHARU ! hoho . hence, the result .. tak de pon . ouh , traffic feed nie tipu taw . aww , tipah tertipu bang . hoho . well , tak semestinya kecanggihan tu canggih bukan ? huhu

p / s : mungkin live traffic tue pening sebab ramai sangat yang walk kat blog tue , sebab tue die tersasul tulis kota bharu , perak . hoho . instead of kota bharu , kelantan . hehuuu ~