Sunday, January 23

paderi cetus semula kontroversi

[ Bismillah Wal Hamdulillah ]

PADERI CETUS SEMULA KONTROVERSI . klik untuk link .

Dan kamu akan melihat kebanyakan dari mereka (orang-orang Yahudi) bersegera membuat dosa, permusuhan dan memakan yang haram. Sesungguhnya amat buruk apa yang mereka telah kerjakan itu. (QS. 5:62)

Al – Ma’idah : ayat 62

Masih ingatkah kalian pada seorang paderi yang pernah mencetuskan kontroversi pada 11 september tahun lepas ? yang pernah merancang untuk membakar al Quran pada 11 sseptember . kebetulan pula tarikh tersebut jatuh pada hari nuzul Quran .bernama Terry Jones . terbaru , paderi ini telah merancang untuk mengadakan “hari menghakimi al Quran sedunia” . mungkin rasa tidak puas hati dan benci akan agama Allah mempengaruhi paderi ini . mungkin juga hasratnya untuk membakar al Quran tahun lalu yang terpaksa dibatalkan pada saat – saat akhir membuatkan dia kini tekad untuk mencabar kitab Allah ini .

Kami cabar dunia Islam untuk mempertahankan al-Quran. Mereka kata al-Quran adalah buku keamanan dan agama yang memperjuangkan keamanan. Kami mahu mereka membawa orang yang boleh mempertahankan al-Quran .

ini adalah antara ayat yang telah dikeluarkan oleh paderi tersebut .selain itu , paderi tersebut turut menuduh bahawa Al Quran merupakan punca kepada pembunuhan , perogolan dan penipuan . tidak cukup dengan itu , mereka menuduh kitab suci tersebut merupakan punca kepada kegiatan pengganas di seluruh dunia . mungkin pemikiran mereka yang menganggap bahawa agama islam adalah agama keganasan membuatkan mereka menuduh bahawa Al Quran yang menjadi panduan umat islam ini sebagai punca kepada keganasan yang berlaku . hrmm , mungkin paderi ini terlepas pandang akan ayat Allah di dalam kitab kalamullah .

Ali ‘Imraan : Ayat 111

Mereka sekali-kali tidak akan dapat membuat mudharat kepada kamu, selain dari gangguan-gangguan celaan saja, dan jika mereka berperang dengan kamu, pastilah mereka berbalik melarikan diri ke belakang (kalah). Kemudian mereka tidak mendapat pertolongan. (QS. 3:111)

Al Maa’idah : Ayat 33

Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya dan membuat kerusakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib, atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik, atau dibuang dari negeri (tempat kediamannya). Yang demikian itu (sebagai) suatu penghinaan untuk mereka didunia, dan di akhirat mereka beroleh siksaan yang besar (QS. 5:33)

*****

Ingatlah bahawasanya janji Allah itu pasti . jangan diragui . jangan sesekali cuba untuk mencabar agamaNya . padahal kamu hanyalah hamba yang diciptakan dariNya . mana mungkin hamba mampu melawan kehendak dan suruhan tuannya , sedangkan tuannya itulah yang menyaranya . mudah sahaja analoginya kan . kita , manusia , hanyalah hamba Allah . mana mungkin kita sebagai hamba Allah ini mampu untuk melawan kuasa Allah yang maha kuat .

An Nisaa’ : Ayat 84

Maka berperanglah kamu pada jalan Allah, tidaklah kamu dibebani melainkan dengan kewajiban kamu sendiri. Kobarkanlah semangat para mukmin (untuk berperang). Mudah-mudahan Allah menolak serangan orang-orang yang kafir itu. Allah amat besar kekuatan dan amat keras siksaan(Nya). (QS. 3:151)

Ayuh , umat islam sekalian . bangkitlah ! musuh – musuh islam di luar sana sedang enak merancang menjatuhkan agama Allah ini . janganlah lena diulit nikmat dunia yang kelihatan indah di mata kasar . mari , semarakkan semangat jihad dalam diri . tak kan kita nak senyap je ! . Musuh islam berani menjentik lengan , tak kan kita sekadar mengusap lengan yang dijentik dan mengaduh sakit ! .

Sekadar renungan ,

Al Maa’idah : Ayat 64

Orang-orang Yahudi berkata: “Tangan Allah terbelenggu”, sebenarnya tangan merekalah yang dibelenggu dan merekalah yang dila’nat disebabkan apa yang telah mereka katakan itu. (Tidak demikian), tetapi kedua-dua tangan Allah terbuka; Dia menafkahkan sebagaimana Dia kehendaki. Dan Al Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu sungguh-sungguh akan menambah kedurhakaan dan kekafiran bagi kebanyakan di antara mereka. Dan Kami telah timbulkan permusuhan dan kebencian di antara mereka sampai hari kiamat. Setiap mereka menyalakan api peperangan Allah memadamkannya dan mereka berbuat kerusakan dimuka bumi dan Allah tidak menyukai orang-orang yang membuat kerusakan. (QS. 5:64)

Ingatlah , bahawasanya Allah sentiasa memelihara agamanya ! dan kita sebagai hambanya wajib untuk kita untuk turut sama – sama memelihara agama Allah .

Bukankah telah Allah nyatakan :

"wahai orang – orang yang beriman ! jika kamu menolong agama Allah , nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu .”
Muhammad : 7

“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”.

Al - hajj : 40

sekian , wassalam .

p/s : tinggal satu lagi paper . biokimia ! huhu .then , hello winter break :)

Friday, January 21

manifestasi cinta

[Bismilllah Wal Hamdulillah ]

لا تَقْلُقُواْ وَلا تَحْزَنُواْ فَإِنَّ حُبَّ الله دَوْمًا مَعَكُمْ حُبُّهُ هُوَ الأَعْلَى وَالأَجْمَل إِنَّهُ حُبٌّ حَقِيْقِيٌّ لِلْجَمِيْع

(Ertinya:) Usah kau resah usah kau gelisah Kerna sesungguhnya cinta Allah tetap bersama kamu semua CintaNya adalah cinta yang tertinggi dan yang terindah Sesungguhnya Dia lah cinta yang hakiki untuk semua

*****

Manifestasi cinta . pergh ,tajuk cam glamer je . padahal rembat tajuk lagu . haha ! . okay ,nak tanye nie . pernah tak dengar lagu nie ? . sape nyanyi ? . okay2 , let me tell you *amboi,speaking plak * haha . okay , sebenarnyer lagu nie lagu fiQ (mentor) featuring dengan mirwana . tajuk die manifestasi cinta . aku pon tak berapa pasti nie lagu baru atau dah lame ke . rasenyer baru lagi kot . ke , aku yang baru tahu ? haha .lantak la ! ape2 je la . okay berbalik pada ayat di atas . part nie termasuk dalam lagu nie . part nie , kalo tak silap naim mirwana kot yang nyanyi . entah , tak berapa nak pasti plak . pergh, suara die . wOw ! . sedap ! merdu gitu ! memang sedap la bile die tarik part nie ! J . okay , back to basic , sebenarnyer nak cakap yang aku tertarik ngan part nie . mula2 memang tak dapat tangkap ayat die . then , ape lagi ! cari la ! haha . aku pon tak berapa sure nie ayat dari al Quran atau hadis .so , sape2 yang taw , nanti bagitaw la ye ! huhu .

Okay , dah baca ayat di atas ?

Pandangan peribadi ~

Cinta Allah memang tiada tandingan . even korang bercinta la dengan sape pon . ensem tahap amiir khan ke tahap jun pyo ke .argh , sape2 je la. Belom tentu cinta korang tue boleh lawan cinta Allah . cinta Allah tetap bersama kamu . betapa pemurahnya Allah . setiap masa dia cintakan kita. Tapi kita ? . erm .. cinta Allah adalah cinta yang tertinggi dan yang terindah . tapi , manusia belakangan ini lebih mengutamakan cinta duniawi . cinta manusia dianggap indah . ouh ! tidak .

Sebenarnyer , banyak lagi nak tulis . tapi cukup dah la kot membebel . hoho . len kali la pulak .ouh , agak pelik tetiba pulak aku tulis pasal cinta2 nie. Haishh ~

p/s : kenduri kahwin ! ouh , seronoknya ! aku jugak laa yang tak dapat join L

Thursday, January 20

plastik wangi ! ajaib bukan ? !..haha *wink*wink*

[Bismillah Wal Hamdulillah ]

PLASTIK . taw kan ? bukan SPASTIK mahupun LASTIK ! PE-LAS-TIK ! rasenyer semua kenal je plastik . muka plastik , plastik sampah , gelas plastik , pinggan plastik , getah lastik , selipar getah . ouh, ape kes selipar getah plak nie ! hadoy. celaru2 ! haha

[ plastik biasa , berwarna - warni gitu . haha ]

Tak de pape . cuma nak cakap , korang percaya tak ade plastik yang wangi? HAHA . sumpah tak percaya kan! Haha . mereng betol aku nie ! aduss. haha. Tapi serius , aku nak cakap . plastik yang satu nie , memang wangi ! aku banyak kali dah cium . wangi betol ! . padahal plastik bubuh barang je pon . aiseh ! . okay , tak kisah la korang nak cakap aku mereng ke ape ke . bhahaha ! . yang pasti , plastik nie memang betol2 wangi . tarak tipu maa! haha . sebenarnya , orang yang tolong pass kan plastik nie kat aku telah memakai minyak wangi yang sangat wangi pada tangan , terutama sekali mungkin pada area jari jemari nyer . hoho . sehingga kan bau wangian tersebut telah melekat pada pemegang plastik nie . haha . nah , amek gambar plastik tue .

[ inilah plastiknya . nampak biasa . tapi ia WANGI ! siriyes maa ! haha :) ]

but , siriyes , ini adalah cerita benar . tiada yang benar melainkan ianya benar2 belaka J

p/s : esok sepupu saya kawen ! tahniah kepada bro tam idi ! . kawen ngan oghe kelate . huhu . jaoh bebenor ye .hehe . mabrOuk ! semoga bahagia hingga ke akhir hayat J . aku jugak laa yang tak dapat join L . huhu .

Wednesday, January 19

dah lame tak tulis - tulis ~

[Bismillah Wal Hamdulillah]

Fuhh ! okay , saya sedang menyapu nie! Penat ! sawang banyak ! haha

Aduss , dah lama x menaip . nasib baik ade orang ingatkan saya . “alyaa , apsal tak update blog?” peeerghh! siriyes, saya terharu sebab ade jugak orang concern ngan saya ! bhahahahaha . btw, saya tengah dalam fatrah exam skarang . sbab tue saya tak update blog saya . ma3lesh J. hehe . btw , shukran banyak2 J . you make me smile , sebab awak sangat concern ! haha . ayat saya malam nie memang x bley bla! Bhahaha ~

p/s : esok paper histo . all the best untuk diri saya sendiri . bhahaha ! :D

Friday, January 7

belajar itu berjuang :)

[Bismillah Wal Hamdulillah]

" mengharap senang dalam berjuang,
bagai merindu rembulan di tengah siang,
jalannya tak seindah sentuhan mata,
pangkalnya jauh hujungnya belum tiba "

pernah dengar lagu ini? yup, lagu kumpulan saujana , sebuah kumpulan nasyid yang sangat popular dengan lagu sepohon kayu . lagu yang sangat memberi kesan . berkali2 dengar pon tak bosan. okay, berbalik pada lagu kat atas. bertajuk suci sekeping hati. pernah dengar tak? kalo tak pernah dengar pergi search ! haha.

tak tahu sebab apa, semenjak dua menjak ni lirik ni asyik berlegar kat kepala aku. haha. sebabnya, tak lama lagi nak exam la! haduss! so , skarang agak stress sedikit. huhu. maw x stress nyer, buku berlembang lagi x baca. hadoy! buat ape aku pon tak taw la. nak kata busy cam perdana menteri tak de la. tapi, buku pon tak habis telaah lagi. haishh.

subjek 4 . buku lebih dari empat . sehari ade doploh empat jam . so, ottoke ? [what should i do ?] . so , so , so , manage la your time precisely cik alyaa woi ! . hadOyy

******

belajar, bukan mudah. hatta, bagi seorang kanak2 yang baru mahu mengenal abjad . " dalam dunia ni tak de benda yang senang ! ". terngiang kata2 seorang ustaz waktu sekolah dulu2.
yup, some people say life is easy, but the others say life is difficult. well, everybody ada diorang punya definisi tersendiri . konklusinya, life is something subjective !

******

belajar . satu tanggungjawab yang perlu dipikul bagi seorang pelajar. dah nama pon pelajar, so kerjanya belajar la! . bagi seorang pelajar, belajar merupakan sesuatu yang membosankan .tak caye tanya je la sapa2 yang bergelar pelajar .tanya diri sendiri la senang (kalau anda seorang pelajar). tapi bagi seorang pengajar , mereka menganggap belajar adalah suatu tanggungjawab yang sangat penting .ye la, kalo tak belajar macam mana nak jadi pandai. ye tak?

belajar itu amanah. amanah terhadap diri sendiri, amanah terhadap mak ayah. amanah tehadap Allah ! harus diingat. semat rapat2 dalam kepala. jangan sekadar disemat di rambut. kelak gugur entah ke mana.

so, berlapang dada lah ketika menuntut ilmu. insyaAllah dipermudahkan segalanya. belajar itu berjuang . berjuang kerana siapa ? . kerana Allah ta'ala . bila rasa susah amalkan baca surah al - insyirah . peganglah prinsip ini ketika belajar." don't ask for a lighter load , but ask for a stronger back ". :)

sekadar mengingat , takut disengat .

till then , salam . malas da nak ngarut panjang2 .~
*exam dah dekat , tapi jari ni gatal lagi nak taip2 . haishh. ~.~ *

p/s : tak lame lagi dah nak exam. doakan yang terbaik ! amin .