Friday, January 7

belajar itu berjuang :)

[Bismillah Wal Hamdulillah]

" mengharap senang dalam berjuang,
bagai merindu rembulan di tengah siang,
jalannya tak seindah sentuhan mata,
pangkalnya jauh hujungnya belum tiba "

pernah dengar lagu ini? yup, lagu kumpulan saujana , sebuah kumpulan nasyid yang sangat popular dengan lagu sepohon kayu . lagu yang sangat memberi kesan . berkali2 dengar pon tak bosan. okay, berbalik pada lagu kat atas. bertajuk suci sekeping hati. pernah dengar tak? kalo tak pernah dengar pergi search ! haha.

tak tahu sebab apa, semenjak dua menjak ni lirik ni asyik berlegar kat kepala aku. haha. sebabnya, tak lama lagi nak exam la! haduss! so , skarang agak stress sedikit. huhu. maw x stress nyer, buku berlembang lagi x baca. hadoy! buat ape aku pon tak taw la. nak kata busy cam perdana menteri tak de la. tapi, buku pon tak habis telaah lagi. haishh.

subjek 4 . buku lebih dari empat . sehari ade doploh empat jam . so, ottoke ? [what should i do ?] . so , so , so , manage la your time precisely cik alyaa woi ! . hadOyy

******

belajar, bukan mudah. hatta, bagi seorang kanak2 yang baru mahu mengenal abjad . " dalam dunia ni tak de benda yang senang ! ". terngiang kata2 seorang ustaz waktu sekolah dulu2.
yup, some people say life is easy, but the others say life is difficult. well, everybody ada diorang punya definisi tersendiri . konklusinya, life is something subjective !

******

belajar . satu tanggungjawab yang perlu dipikul bagi seorang pelajar. dah nama pon pelajar, so kerjanya belajar la! . bagi seorang pelajar, belajar merupakan sesuatu yang membosankan .tak caye tanya je la sapa2 yang bergelar pelajar .tanya diri sendiri la senang (kalau anda seorang pelajar). tapi bagi seorang pengajar , mereka menganggap belajar adalah suatu tanggungjawab yang sangat penting .ye la, kalo tak belajar macam mana nak jadi pandai. ye tak?

belajar itu amanah. amanah terhadap diri sendiri, amanah terhadap mak ayah. amanah tehadap Allah ! harus diingat. semat rapat2 dalam kepala. jangan sekadar disemat di rambut. kelak gugur entah ke mana.

so, berlapang dada lah ketika menuntut ilmu. insyaAllah dipermudahkan segalanya. belajar itu berjuang . berjuang kerana siapa ? . kerana Allah ta'ala . bila rasa susah amalkan baca surah al - insyirah . peganglah prinsip ini ketika belajar." don't ask for a lighter load , but ask for a stronger back ". :)

sekadar mengingat , takut disengat .

till then , salam . malas da nak ngarut panjang2 .~
*exam dah dekat , tapi jari ni gatal lagi nak taip2 . haishh. ~.~ *

p/s : tak lame lagi dah nak exam. doakan yang terbaik ! amin .