Tuesday, September 27

jangan la segan :)

[ Bismillah Wal Hamdulillah ]

tatkala aku menulis entry ini , aku sedang kekembungan . naseb baek ade minyak yuyee ! yeha

baru tadi ade orang ketuk pintu umah aku sambil tekan loceng . semerbak kuat bunyi loceng rumahku berbunyi . huu

kutelek di lubang intai . oh , ade orang datang la ! hee :)
pintu ku buka . ku kuak kan agar luas , mengajak tetamu masuk

junior baru rupenyer . pumpang . pumpang .
rupenyer die tanye kot kot nak order ape-ape sebab mereka mahu keluar sebentar . ouh ...

ringan mulut ku bertanya . "eeh , korang , sape masak untuk makan?"

"kitorang masak sendiri je kak . err . mula-mula je dulu ade musyrifah yang masak . hee"

alololo .

kesiannyer mereka . aku paham perasaan mereka . kerana aku pernah berada di tempat mereka . baru datang , nak sesuaikan diri ape bagai . aku paham . aku paham .

hence , aku offer . "kalo tak , akak boleh je masakkan untuk korang . cakap je la . jangan la segan-segan . okeh? "

sambil tersenyum . ^^, like this

"eeh, tak pe je kak" . jawabnya tersenyum sipu

aku paham maksudnyer . walopon mereka kata tak pe . tapi jauh di sudut hati mereka mengharapkan agar ada yang menghulurkan pertolongan . chill , babe . jangan malu-malu :)

p /s : saya masak tak de la sedap maner . boleh la setakat nak alas perut je ^^ . i'm not da great chef

~ modesty is the best policy ^^

Monday, September 26

013 ...

[ Bismillah Wal HaMdulillah ]

hye u olls ! *sumpah gedik greeting aku*
okeh , assalamualaikum

okeh , tadi punya siang . aku telah pergi recharge balek broadband . ye , broadband , bukan broadway apetah lagi broadcast . -.-

nak dijadikan cerita , alang-alang aku recharge broadband baik aku topup kredit aku sekali . so , bile aku cakap kat kakak kaunter tue aku nak topup kredit dan dia tanya nombor tepon aku "phone number please" . so dengan selambernyer aku jawab "oh , zero one three.. " . sambil aku jawab tue aku pandang la muka akak tu . alangkah peliknya muka beliau . eh , salah ke aku cakap . mula la aku gabai . opss . silap . aku tercakap nombor tepon celcom pulak . hoho . patutlah beliau rungsing bagai . haha .

p / s : nampaknyer aku masih dalam alam malaysia . arhh . rindu doe ! -.-

p / s " : arhh . boring nyer duk sorang kat rumah . bilelah bebudak nie nak balek ? haishh . -.-

aku yang keseorangan ~


Saturday, September 24

nak tak nak , kena jugak ...

[ Bismillah Wal Hamdulillah ]

esok balek mesir .
sangat malas .
boleh tak , tak nak balek lagi ? *kalo nak merase pelempang laju-laju , bole la try*

balek mesir . start semula kehidupan cam biasa . arhh *macam la kehidupan aku sebelum nie luar biasa . haha*

kepada sape yang semangat sangat nak balek mesir , baguslah . kalo ade seratus atau seribu orang macam korang , kompem malaysia mampu melahirkan generasi berwawasan menjelang 2020 *noob giler aku*

hidung aku selsema la pulak . asal balek mesir je selsema . alergik agaknya dengan mesir . hooo ~

dah la . malas dah nak mengarut . baik aku g pack barang . ade gak pekdahnyer . huishhh ~

btw , doakan perjalanan gua and kawan'' gua selamat dan dipermudahkan .

seriyesli . malas nak balek -_________-

Monday, September 19

eksaited terlampau -.-

[ Bismillah Wal HaMdulillaH ]


eksaited . obses . angau .
yeahh . itu diaa !

sampaikan background image google pon letak gambar dia . HAHA
haishh . ape la nak jadi . -.-

ini bukan kerja aku weh !

HAHA ^^,

macam-macam untuk satu macam

[ Bismillah Wal Hamdulillah ]

hey ya ! *bajet eng-ge-lish*

okeh , dah dah .

bukan senang nak senang , bukan susah nak susah

thats my headline for this post . aww . sebab pe aku cakap macam tue ? okeh , bukan aku cakap . tue semua orang cakap . mak cik jenab seberang sungai pon setuju dengan ayat penyata di atas .

nak kahwin pon susah . okeh , nie statement aku . mak cik jenab seberang sungai sekali lagi bersetuju dengan penyataan tersebut . *angguknya sambil tersenyum*

sebab pe ? suka hati aku laa nak cakap ! -.-

tak dop lah . alkisahnya . seorang sepupu daku bakal berkahwin tidak lama lagi . tapi , aku tak sempat nak join kenduri die nanti . sobs . sobs . sobs . aku redha -.-
siapa kata nak kahwin tue senang ? huhh . aku tengok borang permohonan kebenaran kahwin . * bAru aku tahu nak kahwin pon kena ade kebenaran pihak berkuasa . noob sungguh aku* haha . berkenaan borang , silap sikit kang kena betolkan balek . okeh , itu biasa la kan . tapi memandangkan sepupu aku tue tinggal kat key el , dan bakal berkahwin kat kampung halaman sendiri , so cam agak susah la aku tengok die . disebabkan ada kesilapan sikit kat die punya borang waktu die isi , so die kena patah balek ke key el untuk betulkan kesilapan isi bagai dan patah balek semula ke raub untuk hantar pulang borang tue . naseb baek tak terpatah mahupun terbalek . -.-

nak kahwin kena buat saringan hiv . hoho . kena g kursus kahwin bagai . itu baru keperluan untuk borang belom lagi keperluan mental bagai . yang penting , make sure ade duit . zaman sekarang , duit ade , semua jalan . haha . ^^

p / s : sedang sedap lepak kat rumah . aduhh . padahal tak lama lagi dah nak balek mesir semula . aduhh !!

Sunday, September 11

mahasiswa selangor di mesir meninggal dunia

[ Bismillah Wal Hamdulillah ]

dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali .
*aku pon baru tahu pasal pemergian ni*

klik SINI untuk berita lanjut

semoga Allah menempatkannya dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh . amin ~

Thursday, September 8

6% tax for prepaid -.-

[ Bismillah Wal Hamdulillah ]

siap solat isya' , teros aku godam komputer abah aku jap . bukak twitter . bersepah tweet orang pasal 6% tax for each prepaid topup . fuhhh . asalnya siang tadi aku ade gak dengar dalam berita radio . tapi , aku buat tak endah je . lagipon aku dengar waktu pagi-pagi buta , jadi agak "mung" sikit la . baidewey , "mung" is korean word for blank . so jangan salah paham plak . hoho

dalam banyak-banyak tweet pasal 6% tax nie , macam-macam la reaksi hamba-hamba Allah kat dalam twitter tue . ade yang tak puas hati la , ade yang sokong , agree 101% laa . ade yang tak kisah la . haa . macam-macam ade .

[ dia setuju ]


[ dia tidak ]


[ dia bangkang ]

[ ....... ]

okeh , tue keputusan dan pendapat masing-masing . nak setuju ke nak bangkang ke nak tolak mentah-mentah ke ape ke . itu korang punya pasai laa .itu semua hak masing-masing . tapi , kita kena pikir gak pros and cons menda-menda macam nie . bukan semua manusia dalam malaysia nie kaye raye . lainlah kalo harga pisang naik melambung -lambung , sekilo seringgit ke tahan tak tahan gak . kaya gak orang jual pisang cam aku nie *eh , apsal pulak citer pasal pisang nie ?!
-.-*

okeh , cukai dinaikkan ke 6% . so , senang kira . kalo korang topup rm10.00 , nilai topup korang akan tinggal rm9.40 . so , sebanyak rm0.60 korang tue untuk cukai prepaid korang . for those yang guna postpaid , diorAng dah memang biasa dengan bayaran cukai . it have been included in their bills . but , for prepaid's users agak terasa sikit la kan . in malaysia , the facts is 43% of malaysia are prepaid's users .

ekceli , selama nie syarikat gergasi telekomunikasi (celcom,maxis,digi) telah mensubsidi para pengguna mereka hanya untuk menyerap kos cukai yang dikenakan kerajaan . namun demikian , setelah cukai tersebut dinaikkan 1% peratus lagi , maka syarikat telekomunikasi dah tak mampu nak menanggung kos subsidi . so , sekarang , beban subsidi tersebut telah diletakkan di bahu pengguna-pengguna sendiri . hoho .

for me . aku pon tak berapa setuju dengan kenaikan cukai nie . bukan apa , kalo aku nie tinggal kat kilang cop duit , tak pe la gak . semua orang bukan orang senang . ingat tue bro ! . nie kang dah la semua tarif nak naik . semua harga barang nak naik . haisehh .

tapi !!

harus diingat , kalo kita yang tak bayar cukai nie , syarikat telekomunikasi pon tak mampu nak tanggung subsidi pengguna diorang , which means kita . so nak tak nak , users sendiri la yang bayar tax .

but , ekceli , senang kata la kan . kalo nak kena cukai pon , jangan la tinggi sangat wahai kerajaan . hoho . okeh , thats my opinion . :)

well , ade gak sesetengah yang mengutuk kerajaaan . bn = barang naik .
hoho . well , everyone have their own opinion .

chill . peace . till then , salam :))

p / s : kalo nak jimat hantar mesej atau tepon , lepas nie guna la khidmat merpati atau pun burung hantu cam dalam harry potter . yAww !! ^^,




Wednesday, September 7

i want to reborn as tree ,
because a tree can put its roots down next to their one true love ,
so that I never have to be separated from anyone again

wish.wish.wish
xoxo

tak kenal maka tak cinta

[ Bismillah Wal Hamdulillah ]

hari ini hari rabu . so , dah jadi rutin mingguan aku kalo hari rabu aku akan pergi ke pekan rabu , atau bahasa bandarnyer PASAR TANI HARI RABU . awww . panjang betol nama . okeh , bukan pekan rabu yang kat kedah sana nun . maksod aku , pekan sehari . orang city panggil pasar tani . *bajet bandar la* . orang kat tempat aku nie biasanya panggil 'pekan' je . so , kalo orang tanya , " nak gi mana weh ?" . "aku nak gi pekan" . maksodnyer nak pergi ke pekan sehari la tue . ada paham ? . kalo aku citer-citer ngan kengkawan aku , diorang pelik kenape aku panggil pasar tani tue pekan . pada diorang , pekan tue merujuk kepada daerah PEKAN . miahahaha . masalah betol .

okeh , aku pendekkan citer . sejurus sampai aku ke pekan . aku terus ke kedai suratkhabar berhampiran . beli suratkhabar . orang kampung aku panggil 'newspaper' . siap je rembat dua jenis akhbar yang berlainan nama dan berlainan warna , maka aku terus ke kaunter meja tuan punya kedai . nak bayar . sedang blank-blank ketika aku nak ke kaunter tue , tetiba ade sorang mAk cik nie . okay , bukan makcik . wan (nenek) la senang kate . agak berumur . sape die , aku pon tak kenal . "haaa , aok reti kan ?!" *sila baca dalam loghat raub yang pekat* katanya sambil melambai memanggil aku . pakcik kaunter newspaper pon pandang . sekali imbas aku tengok cam ade masalah besar je makcik tue . rupa-rupanyer die mintak tolong aku top up kan henset die . type nombor kod kad top up . adeh

selesai je adegan beli suratkhabar , aku terus blah dari kedai tersebut . nak g beli makanan untuk sarapan . waktu aku nak beli kuih muih *sebagai pencuci mulut* , aku usha-usha la kuih benda yang sedap . tapi waktu tue aku tetiba teringin nak beli kuih cucur . taw kuih cucur tue kuih ape ? tak tahu ? =.= . okay , try la google ke ape ke . tapi yang pasti cucur yang aku nak beli tue bukanlah cucur udang mahupun cucur kodok apatah lagi cucur badak atau yang seangkatan dengan mereka . tapi kuih yang aku nak beli tue adalah kuih CUCUR . okay , bagi yang tak mengenali atau mungkin tak berapa nak perasan kuih nie , kuih nie agak tradisional . sesetengah orang panggil kuih penyaram . bukan penyerang . penyerang tue yang cam pengganas bawak parang . okeh , ada paham ? . okay , dah kenal dah ? . kalo nak tengok rupe macam mane , pergi la google .

[ kuih cucur ]

sedang aku nak cari kuih nie , sambil merayap-rayap . aku berenti la jap kat satu meja mak cik jual kuih nie . kebetulan ada sorang lagi akak tengah tercari-cari makanan untuk dilahap . tetibe akak nie tanye mak cik tue . "mak cik , nie mee kari ke ?" . humanngg aiih kataku . padahal menatang yang die pegang tue ROJAK . okeh , saya ulangi ROJAK . okeh . sumpah akak tue buat aku tergelak di pagi hari . mak cik yang menjual tue pon tergelak , menampakkan barisan gigi atasnya . gayanya cuba menahan gelak . HAHAHA . "bukan dik , tue ROJAK " . hehehe .
aku cuba ber 'husnuzon' . mungkin akak nie dok obersi lama sangat . mungkin die tak cam sangat kot . atau mungkin die tak cam kuah kacang ngan kuah kari . maklom la , baru lepas raya . macam-macam dah ditibai agaknya . hoho .

hence , kenal-kenal la dengan makanan malaysia . terutamanya kuih muih atau makanan tradisional . jangan la nak buat 'bandar sangat' . malu weh !

peace . till then , salam ;)

Tuesday, September 6

makhluk tak mahu padam .

[ Bismillah Wal Hamdulillah ]

arghh . ade benda entah stuck kat aku punyer monitor laptop nie haa . aduhh . FLIP TOAST ! . huu . aku dah uninstall dah program-program tak berapa bagi manfaat kat aku nie . aduhh . tAk paham -.-

[ makhluk asing tak mahu padam -.- ]

nampak benda dalam kotak hitam tue ? haa . itulah bendanya . berpuluh kali dah aku tekan butang pangkah die , tak terpangkah-pangkah gak . aduhh . sudahnyer , maleh aku nak layan dah . lantak p dia laa .

kewujudan benda nie agak annoying and disgusting . *sila sebut dalam nada gedik sikit* haha
susah woo aku nak baca or tengok benda-benda yang terselindung di balik tirai kotak itu . arhh . sasteranya daku . xO .

so , kalo nak senang . sila lah restart balik laptop itu . arrhh . malehnyer ! :l

p / s : abah aku sedang gumbira bermain angry birds . nak jugak semua stage dapat bintang full . hoho :))

Monday, September 5

saja

[ Bismillah Wal Hamdulillah ]

lama tak tulis karangan dalam blog . *tetibe*
alhamdulillah , masih diberi kesempatan bernafas , menaip dan merapu dalam blog sendiri .

mungkin ada yang perasan . maka , ada yang bertanya . "weh , mana hilang fb kau ? off ke ape ? kau ingat kau hot ke ape ?" .

ngeng ! haha .

nak taw sebab pe ? okay , meh sini aku bagitaw . SAJA je ! saja ke sahaja ? ahh , ape - ape je la .

mungkin ada hikmahnya . kalau sekalipun aku ada sebab untuk deactivate akaun fb aku , aku rasa tak perlu aku bagitahu pasai apa . tak perlu press conference bagai*bajet hot*

mungkin nak bagi laluan kepada kehidupan twitter pulak . haha *gedik*

okay , dah seminggu beraya . jom puasa enam pulak . haha .
pinjam kata-kata from one of my senior :
"puasa sebulan baru turun 2 kilo , raya 2 hari dah naik 5 kilo"

bhahahaha . okay , till then . salam . :)))