Monday, August 29

happy eid


[ Bismillah Wal Hamdulillah ]

selamat hari raya . maaf zahir batin .

dari alyaa majid & suami . errkk . silaapp .

dari alyaa majid & keluarga .

maaf dipohon . duit raya ku minta . hoho

tahniah . tahniah . tahniah .
tahniah kerana berjaya melepasi ujian Ramadhan
semoga segala amalan kita diterima oleh Allah yang Esa .

okAy , till then . salam . have a blast everyone . may Allah bless .
semoga dipanjangkan umur , agar bisa jatuh cintA lagi dengan Ramadhan ;)

Monday, August 22

oh , nasib baik tak ! -.-

[ Bismillah Wal Hamdulillah ]

daesungggggggggggg !
nasib baik tak betul ! hoho *eksaited terlebih*
okeh . ada kenal kaa ? daesung ! daesung ! daesung !!


p / s : ape kejadahnyer la pulak aku tulis entry daesung nie ? cecececececehhhh :)


Wednesday, August 17

ho . ho . ho . HORLICKS !


[ Bismillah Wal HamdulillaH ]
[ tak de horlicks , tak maw bangun ] -.-
di suatu pagi . waktu sahur .

mak : alim bangun alim . sahur nak .

alim menarik selimut dan bertanya kepada emaknya

alim : mak buat HO .. HO.. HORLICKS ye ?!

mak : HO .. HO .. HOTAK KAU ! bangun cepat ! haishh !

p /s : hohohohohohohohohoho

Tuesday, August 16

tak perasan

[ Bismillah Wal Hamdulillah ]

eeh , dah separuh ramadhan dah . tak perasan . sekejap je dah nak abes puase . uishh .
amalan kumpul tak banyak . hari puasa dah nak habes . aishh .
nak khatam quran la , nak zikir la , nak sedekah la . cakap je lebih . buat tak jugak . haishh
sepatotnya makin dah nak dekat habes raya (nak dekat akhir puasa) makin banyak amalan , tapinya , makin liat pulak nak beribadat . haish .
mudahnya , lihat saja di masjid . awalnya ramai orang , nak letak selipar pon bertindih-tindih .
tapi , bila dah akhir-akhir . makin kurang pulak . susut dimamah nafsu . oh !

ya Allah kuatkanlah fizikal kami dalam istiqamah menjalankan ibadat lillahita'ala untukmu ~

eh , nak cakap . lupa pulak . selamat menyambut nuzul quran . jom hayati nuzul quran . okeh ! ;) selamat puasa ~

Friday, August 12

sejadah

[ Bismillah Wal HamdulillaH ]

“assalamualaikum” . perlahan sahaja salam diberi . langkah Sarip diatur penuh sopan tatkala memasuki ruangan solat . langkah disusun terus menuju ke rak sejadah . penuh lipatan sejadah tersusun kemas di situ . matanya ligat bergerak ke atas ke bawah . mencari di mana sejadah yang satu . sejadah yang sudah kerap digunanya semenjak dua menjak berterawih di rumah Allah itu . sejadah ‘made in turkey’ itu memang menjadi pilihannya . walaupun itu adalah sejadah wakaf , namun semenjak dua menjak berterawih di masjid itu memang sejadah itu yang ditujunya buat pengalas dahi bersujud di hadapan sang Khaliq yang satu . pada hematnya , itulah sejadah paling sedap , paling selesa , paling best dia pernah gunakan . sejadah berwarna hijau tua bercorak bentuk kubah . tenang jika melihatnya . ditambah pula dengan kelembutan sejadah tersebut . uih , kalau disembabkan muka sujud di atas sejadah tersebut , terasa keselesaan yang amat . sesekali terasa sedang sujud di atas permaidani mewah . uihh , selesa tak terkata . silap-silap kalau mengantuk sangat waktu terawih , mahu tertidur sejenak . tak sempat nak witir ! . namun , hari ini sejadah itu tiada ! “alamak , mana pulak hilang sejadah ni ! aiseh !” , tiba-tiba hatinya mengeluh . namun Sarip tak putus asa . kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya . ala-ala ‘spy baba’ , terus dicarinya sejadah ‘made in turkey’ itu . badannya sedikit dipusing , memerhati penuh teliti dua baris saf yang tak berapa nak penuh lagi . masjid kecil , biasa la . satu saf pon hanya mampu memuatkan 15 ke 16 orang . matanya tetap tajam bak mata helang . di”scan”nya satu persatu sejadah yang sudah terhampar di hadapan beberapa makmum yang sedang setia menanti azan berkumandang . Berahim Ketum yang sedang berzikir ditenung tajam . terkejut juga Berahim Ketum dibuatnya . namun , cepat-cepat Sarip melemparkan senyuman . senyuman dibalas Berahim . Berahim , dulu dikenali sebagai Berahim Ketum dek kerana dia pernah menjual daun ketum .namun demikian , sesetengah pembelinya salah menggunakan ketum tersebut . tapi sekarang dia sudah insaf . tiada lagi daun ketum yang dijualnya , namun nama Ketum masih lagi lekat padanya . kini , rumah Allah yang kecil itu sering menjadi rumah keduanya . arghh , berbalik semula kepada Sarip tadi . jauh benar aku menyimpang . puas matanya melilau mencari sejadah itu malangnya , sejadah itu tiada ! . padahal semalam dialah yang menggunakan sejadah tersebut dan melipatnya . malah dia jugalah yang meletakkannya semula di rak tersebut . diletaknya sejadah itu sedikit bawah berbanding sejadah lain . dihempapnya beberapa sejadah yang lain di atas sejadah ‘kesayangan’ tersebut . ala-ala camouflage gitu , kononnya nak menghidarkan sejadah lembut itu dari pandangan jemaah lain . aleh-aleh hari ini , tatkala ini , sejadah tu pulak yang lesap ! alahai kesiannya dia .

p / s : tak kisahlah sejadah tue sedap ke tak sedap ke , bukan itu yang menjadi ukuran penting solat . tapi khusyu’ . pada dia , sabar ye . esok ada la balik sejadah tu . heee ~

Monday, August 8

talam bukan sebarang talam ^^,

[ Bismillah Wal HamdulillaH ]

talam bukan sebarang talam . talam ini boleh dimakan . ini dia . kuih talam durian . hehe
nak kasi fresh-fresh tak boleh . aku kasi korang tatap gambar je la ye . hehe . enjOy ~ :))






p . s : kuih talam doyan susah weh nak dapat kat bazar rAmadhan . HAHA ! :)

Friday, August 5

tease ~

[ Bismillah Wal Hamdulillah ]

hey , yOu ! want to hear some kindergarten's story ?

one day , a lion want to do a competition between itself and a tortoise . yes , tortoise .
before the competition begin , the tortoise say something to the lion . as a reminder . or may be the tortoise try to tease the lion ~

"hey liOn , tie up your hair first . it messy all around "

lion replied to tortoise .

" hey little tortoise ! put down your bag first ya ! "

erkk ... ~

oh , kecelaruan menyebabkan kita mengarut ~

Monday, August 1

kau pergi ~

[ Bismillah Wal HaMdulillah ]

setiap yang bernyawa pasti akan mati ~

al-fatihah buat mu sahabat , Fatin Fasihah binti Hanafi . tiada lain yang mampu ku sedekahkan , hanya fatihah menjadi iringan . tatkala manusia lain menyambut kehadiran Ramadhan , kau hembuskan nafasmu yang terakhir . perit , sedih , semua berlaga .

masih lagi aku terkenang . hari di mana kau dikhabarkan koma . hari oral biochemistry . dari hari itu sehingga hari kau tinggalkan kami semua , tidak putus-putus doa dan harapan kami panjatkan , agar kau sedar kembali seperti semula . namun , kuasa Allah , tak mampu dilawan . Allah lebih menyayangimu . pemergianmu mengingatkan kami yang masih hidup akan mati .

kau pergi tatkala kau masih bergelar pelajar . sedang berjihad di jalan Allah .
fatin , tenanglah di sana . ya Allah , tempatkanlah sahabatku ini dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh . amin ya Rabb ~

this quote , i grabbed it from fb . one of the status yang ade kat news feed . :
‎"Andai dia pergi dulu sebelum mu, sepuhlah air mata dan teguhkanlah jiwa. Kita yang masih hidup perlu menyambung perjuangannya. Tidak mengapa bersedihlah seketika. Itu fitrah jiwa. Namun sederhanalah kerana esok kau mesti bangkit semula. Katakan pada diri, ya… kau telah pergi, pergi bersama doa ku. Kau tunggu di sana, pasti aku akan menyusul nanti!"