Friday, August 12

sejadah

[ Bismillah Wal HamdulillaH ]

“assalamualaikum” . perlahan sahaja salam diberi . langkah Sarip diatur penuh sopan tatkala memasuki ruangan solat . langkah disusun terus menuju ke rak sejadah . penuh lipatan sejadah tersusun kemas di situ . matanya ligat bergerak ke atas ke bawah . mencari di mana sejadah yang satu . sejadah yang sudah kerap digunanya semenjak dua menjak berterawih di rumah Allah itu . sejadah ‘made in turkey’ itu memang menjadi pilihannya . walaupun itu adalah sejadah wakaf , namun semenjak dua menjak berterawih di masjid itu memang sejadah itu yang ditujunya buat pengalas dahi bersujud di hadapan sang Khaliq yang satu . pada hematnya , itulah sejadah paling sedap , paling selesa , paling best dia pernah gunakan . sejadah berwarna hijau tua bercorak bentuk kubah . tenang jika melihatnya . ditambah pula dengan kelembutan sejadah tersebut . uih , kalau disembabkan muka sujud di atas sejadah tersebut , terasa keselesaan yang amat . sesekali terasa sedang sujud di atas permaidani mewah . uihh , selesa tak terkata . silap-silap kalau mengantuk sangat waktu terawih , mahu tertidur sejenak . tak sempat nak witir ! . namun , hari ini sejadah itu tiada ! “alamak , mana pulak hilang sejadah ni ! aiseh !” , tiba-tiba hatinya mengeluh . namun Sarip tak putus asa . kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya . ala-ala ‘spy baba’ , terus dicarinya sejadah ‘made in turkey’ itu . badannya sedikit dipusing , memerhati penuh teliti dua baris saf yang tak berapa nak penuh lagi . masjid kecil , biasa la . satu saf pon hanya mampu memuatkan 15 ke 16 orang . matanya tetap tajam bak mata helang . di”scan”nya satu persatu sejadah yang sudah terhampar di hadapan beberapa makmum yang sedang setia menanti azan berkumandang . Berahim Ketum yang sedang berzikir ditenung tajam . terkejut juga Berahim Ketum dibuatnya . namun , cepat-cepat Sarip melemparkan senyuman . senyuman dibalas Berahim . Berahim , dulu dikenali sebagai Berahim Ketum dek kerana dia pernah menjual daun ketum .namun demikian , sesetengah pembelinya salah menggunakan ketum tersebut . tapi sekarang dia sudah insaf . tiada lagi daun ketum yang dijualnya , namun nama Ketum masih lagi lekat padanya . kini , rumah Allah yang kecil itu sering menjadi rumah keduanya . arghh , berbalik semula kepada Sarip tadi . jauh benar aku menyimpang . puas matanya melilau mencari sejadah itu malangnya , sejadah itu tiada ! . padahal semalam dialah yang menggunakan sejadah tersebut dan melipatnya . malah dia jugalah yang meletakkannya semula di rak tersebut . diletaknya sejadah itu sedikit bawah berbanding sejadah lain . dihempapnya beberapa sejadah yang lain di atas sejadah ‘kesayangan’ tersebut . ala-ala camouflage gitu , kononnya nak menghidarkan sejadah lembut itu dari pandangan jemaah lain . aleh-aleh hari ini , tatkala ini , sejadah tu pulak yang lesap ! alahai kesiannya dia .

p / s : tak kisahlah sejadah tue sedap ke tak sedap ke , bukan itu yang menjadi ukuran penting solat . tapi khusyu’ . pada dia , sabar ye . esok ada la balik sejadah tu . heee ~