Friday, December 31

........................

[Bismillah Wal Hamdulillah]

okay,skarang dah masuk bulan january tahun 2011..!aigoo. tak perasan plak. dah 2011 la.!haha. dah 2011 , rasa cam baru lagi 2010 . skang dah tambah lagi satu kat belakang . hehe. umur pon tambah la jugak satu kat belakang. hehe. aduss. biasela, susah btol nak jumpa orang yang mengaku diri dia dah tua. haha. 2011,umur 20. haha. no belas2 dah. kui3..~

2011 dah sampai, macam2 plak event aku dengar.
bulan 1 nie, sepupu2 ku kawen dan tunang. pergh, marbeles betol la!hoho. kompem seronok! tapi aku plak x dop.x dapat la nak join semua events tersebot. hoho. btw, kepada sepupuku (bro tam zaidi) selamat berkahwin . hehe. semoga bahagia hingga ke akhir hayat.hoho. kepada kak teh idaliza, selamat bertunang. hehe. cepat2 la kawen. haha. kak teh kata 4 taon lagi aku plak kawen. haha. tunggu kak teh kawen dulu laa..haha. aku nie blaja pon baru seciput, daa nak kawen..?haha~

dah masuk bulan 1!adoy, x lame lagi exam wOi.!haha. mule r cuak. bapak banyak x cover lagi. aduss. baru bace sikit dah hang dah.hoho. biase la tue. nama pon blaja .haha
stress punya pasal,muka aku dah tumbuh jerawat. haha. yang x ley bla ade plak kawan tegur . haduss. mungkin obvious sangat kot. lantak la!haha .

[ stress tahap dewa]

sebenarnyer, otak aku dah hang! haha. banyak sangat baca buku .hehe.. ouh, jangan percaya statement itu! ia hanya tipu2 sahaja!haha. tengah otak aku kacau bilau tadi, (ouh,apekah ayat ini?!) aku terjumpa plak gambar nie. haha .kat amazingnara . lawak !haha. xley bla btol .so , nak share r.haha

[ klik untuk gambar lebih besar ]

okay, malas da nak tulis.haha
till then ,salam.

p/s : baru tadi webcam ngan family. angah cerita something pasal along yang buat aku gelak guling2.kui3. tak lame lagi nak exam.doakan! :)

2011 !

[Bismillah Wal Hamdulillah]

entry ini ditulis pada pukul 12.00 a.m 1 januari 2011..~
sekian,terima kasih :)

Friday, December 24

PERUTUSAN HARI LAHIR :)

[Bismillah Wal Hamdulillah]

i'm 19!

perghh..tajuk cam gempak je!haha..
alhamdulillah .. hari selasa lepas (21 disember 2010).. 21122010..genap umurku 19 tahun.alhamdulillah..!hoyeh!..tatkala rakan2 sebaya aku (umur 19 taOn) dah nak masok 20 taon dah, aku terangkak-rangkak lagi nak masuk pintu gerbang 19..haha..tapi ade orang tue lagi lambat lahir dari aku..hehe...kan anak sedare kan..? *izhar kasim* [bukan nama sebenar ] huahuahua..

alhamdulillah..dah cukup 19..taon terakhir sebelum umurku akan berubah menjadi puluhan..hoho..!

*****
sebenarnyer, ade sorang hamba Allah nie haa suruh aku tulis dalam blog nie haa pasal besday aku..so aku buat laa sikit perutusan sempena birthday aku yang best nie haa..*best ke?*haha
btw, thankz a lot to semua yang wish! for the first person yang call aku..hehe..shukran to raan..raan suruh aku letak gambar die..!haha..but,sorry raan . x sempat la beb.len kali ea..?ma3lesh :). pada kawan2 yang wish, shukran sangat2..!hehe :)) pade yang bagi hadiah gak..!hoho...shukran sangat2 weh! :)

shukran pada abah,mama,along ngan angah..sebab wish yaa..!huahuahua..rindu2..!kamsahamnida..!saranghaeyoOoo.. :)

*****

bile sambut besday2 nie,kompem laa teringat kat family,kan?haha..maw nyer x ingat!haha..mule la sebak..haha..maklom laa..aku nie sensitip sikit..haha..biase la kan..?!haha
tetibe aku teringat dulu2..waktu aku form 3..waktu mama ngan abah g haji..huhu..tinggal la kitorang 3 beradik je..hoho..sedih whooOoaa...!
aku ingat lagi..time tue keluar result pmr 28 hb..besday aku 21 hb..waktu tue..kitorang sambut besday aku ala kadar je..memang simple giler..huhu..waktu tue angah ade cakap..kalo result pmr aku 9a baru angah aku nak belanje makan kek..kalo x, jangan harap!haha...waktu tue mula la cuak. haha!

alhamdulillah,kluar je result ,angah aku blanje laa aku sebijik kek blueberry..sebab tue laa baru2 nie aku demand kat family aku nak kek blueberry..haha..! :)
btw,shukran angah :)
[angah yang ensem..hoho ]

to my family,shukran a lot! :)
pade mama dan abah,terima kasih tidak terhingga, terima kasih sebab besarkan yaa dari kecil sampai besar dan tak pernah lupe sekali pon birthday yaa dan tak pernah terlewat sikit pun wish yaa..terima kasih banyak2..hanya Allah yang mampu membalas segalanya. doakan yaa menjadi anak solehah dan selalu berbakti pada mama dan abah :))


[ mama + abah ]

*****

dan tadi kurang sejam waktu aku taip2 post nie..hehe..ahli2 beit aku..hehe (widad,aimi,izzah dan dilah)..hehe..sambut birthday aku..!haha..shukran for the surprise !haha..shukran sangat2..walaupun diorang kata maaf sebab sambut lambat, tapi pada aku , aku x kisah pun. aku faham, semua orang sibuk. hehe.. x pe..x pe..btw, shukran sangat2...!korang memang sweet laa..!aku sayang korang..! :)) diorang mintak maaf sebab x de kek blueberry..!haha..lawak2!..x pe la makchik2 semua..korang sambut birthday aku nie pon aku dah terharu weh!haha..shukran sangat2..sorry laa, gambar x sempat nak upload..haha

*****
ya Allah , ampunkanlah segala dosa2 ku selama ini , sama ada dalam sedar atau tidak. aku sedar ya Allah aku banyak berbuat dosa. ampunkanlah segala dosaku ya Allah. aku mohon ya Allah dekatkanlah diriku kepadamu ya Allah. berikanlah daku petunjuk mu ya Allah. aku sedar, semakin lama aku semakin tua dan tidak mungkin akan muda kembali. ya Allah tambahkanlah amalanku di saat bertmabah usiaku .ya Allah jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang, moga di akhirat kelak aku dapat mengutip hasilnya. ya Allah permudahkanlah segala urusan ku di dunia ini, hindarkanlah aku dari segala kejahatan dan kemungkaran ya Allah. jangan ya Allah engkau jadikan aku dari kalangan mereka yang bongkak,sombong dan angkuh dengan nikmat yang telah engkau kurniakan. ya Allah dalam umurku seusia ini, umur yang baru ingin mengenal dunia, kau tambahkanlah ilmu pengetahuanku ya Allah. kurniakanlah daku hafalan para nabi, ingatan para Rasul , kefahaman para anbiya' , dan ilham dari para malaikat Mu ya Allah .ya Allah ,bantulah aku dalam mencari haruman syurga ciptaanMu,tempat rehat dan nikmat abadi. panjangkanlah umurku dalam keadaan mentaati dan mengamalkan perintahMu ya Allah.sesungguhnya engkaulah yang maha mendengar lagi maha mengasihani ya Allah . ya Allah ,kurniakanlah kepada aku kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat..amin..~


p/s : tiada lagi ucapan "chemaaaaaaah,hepi besday" dari liya..ya Allah,aku rindukan dia!liya,aku dah genap 19! ya rabbi, tempatkanlah liya dalam kalangan yang beriman ..~

Friday, December 17

jOm undi!

[Bismillah Wal Hamdulillah]

mai2..nak promote sikit!yang jauh mai dekat,yang dekat mai rapat!mai2..!ni, nak promote calon untuk JPP..
[senarai calon2]
here they are..~~

calon pertama :
1 - NUR FARAHIN BINTI MAT TARMIZI

calon kedua :
2- NUR ADIBAH HUSNA BINTI ALADDIN

kedua-dua calon merupakan pelajar tahun dua universiti kaherah, bidang perubatan~

so,pilihan terletak di tangan anda,power in your hand!hoho..so,selamat mengundi!
buatlah pilihan yang tepat. ingat,UNDI ITU RAHSIA. jadi, x yah r risau, x de orang tahu korang undi sape2..haha!undi jangan x undi! ;D

tarikh mengundi telah ditetapkan pada...24 DISEMBER 2010..bukan 21 DISEMBER 2010..tue besday aku..!haha..oops,ter'promote' sudaa..~haha :)
okay laa,jangan lupa undi wokeyh!

till then,salam :)

p/s : esok jangan lupe ke rumah hawa (beit mumtaz)..ade makan2..jOm! :)



Tuesday, December 14

10 MUHARRAM

[BiSmillah Wal Hamdulillah]

hari nie dah 8 muharram..maknanya, hari khamis ni 10 muharram.
rasenyer,semua tahu 10 muharram kita digalakkan berpuasa,kan kan? yeah!
so, jom check it out kelebihan 10 muharram..

KELEBIHAN BERPUASA 10 MUHARRAM
Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda: "Barangsiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka".

PERISTIWA-PERISTIWA YANG TERJADI PADA HARI TERSEBUT

Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W: "Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W: "Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura!

so,jom ramai2 pakat puasa khamis ni! ;D

p/s : tiba2 saya teringat kat bestfriend saya dulu2, nama dia Nur Amirul Asyura :) ,tyme hari asyura semua orang ejek die bubur!sebab bubur 'asyura!haha ..rindu ko babe :)

Monday, December 13

~al Quran~

[Bismillah Wal Hamdulillah]


من قرأ حرفاً من القرآن فله به حسنة ، والحسنة بعشر أمثالها
"Barangsiapa membaca satu huruf dari al-Quran maka keatasnya satu kebajikan (hasanah), dan ahsanah ini akan digandakan 10" [Hadith Riwayatal-Tirmudzi dan dl-Daarimi dengan Isnad Sahih].


al Quran,kitab suci yang diturnkan Allah kepada rasul tercinta,Rasulullah S.A.W. sudah terang lagi bersuluh, dan umum mengetahui bahawasanya begitu banyak fadilat dan ganjaran yang Allah kurniakan sekiranya kita membaca ayat suci al Quran. membaca satu huruf daripadanya diberikan ganjaran kebaikan (hasanah) dan hasanah atau kebaikan ini akan digandakan 10.

tapi adalah lebih bagus sekiranya kita membaca al-Quran dan memahami maksudnya. kalo x faham, better rujuk al-Quran yang ada terjemahan. semakin kita memahami ayat tersebut,semakin kita mendalami maksudnya. malah kita akan semakin mencintai ayat2 itu.

*****

satu pagi, sewaktu sedang menunggu pensyarah masuk ke kelas untuk mengajar, Alwan (bukan nama sebenar) membuka beg galas yang dibawanya lantas mengambil senaskah al-Quran. lalu membuka dan membacanya. dimulakan dengan ummul kitab lantas menyambung bacaannya di sofhah yang lain. Alwan membaca dan terus membaca. kekadang dia berhenti sebentar. mengambil nafas.dan menyambung kembali bacaannya. agak lama dia to'maninah untuk menyambung semula bacaan yang seterusnya. rupa2nya dia sedang meneliti maksud ayat yang baru dibacanya. kekadang dahinya berkerut dan jari telunjuknya pantas meneliti maksud ayat tersebut. akhirnya,dia mengangguk faham. sedang dia khusyuk membaca ayat2 suci Allah itu masuk seorang pelajar lain , pelajar Arab degus hatinya. kebetulan pelajar Arab tersebut duduk betul2 di barisan hadapannya, betul2 di hadapannya. Alwan membaca dan terus membaca.

tiba2, "excuse me", tegur pelajar Arab tadi kepada Alwan. awalnya Alwan menyangka bukan dia yang ditegur, tetapi diangkatnya juga muka berpaling ke arah teguran suara tersebut. satu senyuman manis dihulur. alwan lantas menyambutnya dan tersenyum. pantas sahaja Alwan menjawab "aywah,leeh?" (ya,kenapa?). "do you always recite Quran? "sapa pelajar Arab tadi dalam bahasa Inggeris. mungkin dia terdengar bacaan yang dialunkan Alwan bacaannya perlahan sahaja tapi mungkin keadaan kelas yang tidak terlalu bising memungkinkan pelajar Arab di depannya mendengar bacaan tersebut. "yeah" ringkas jawapan Alwan sambil menganggukkan kepala. "do you understand them? " tanya pelajar itu lagi."hrmm.. syuwayyah2 (sikit),but i always read their translation here. my Quran has the translation so i read the translation too. moreover the translation is in my languange,Malay Languange. so it help me to understand the meaning",jawab Alwan sedikit panjang,tapi masih lagi mampu melemparkan senyuman. "ouh" ringkas sahaja respons pelajar Arab tadi sambil tersenyum mengangguk faham. "are you hafiz?" soal pelajar Arab tadi . mungkin sekadar ingin mengetahui. "ouh.no.i'm not hafiz.hehe.(sambil tergelak.but i just hafaz some surah . but mumkin insyaallah kan yaam kan (one day).hehe. i'm on the way to there." ,terang Alwan. "ouh,thats good!insyaAllah..ma'lesh for disturbing you."balas pelajar Arab tadi..

[this is true story! ;D]

*****
daripada apa yang aku lihat , budaya masyarakat mesir yang aku kagum dan jarang aku lihat di malaysia (agak kejam jika aku kata mungkin tidak pernah dilihat..haha) ialah membaca Al Quran di mana sahaja mereka berada .bukanlah maksud aku dalam toilet pon diorang mengaji,tidak. tapi maksud aku waktu cam dalam bas, dalam metro (ala2 lrt or ktm kat malaysia), tengah duduk tunggu bas dan bila2 masa lagi laa..!yang paling kagum, budaya nie meliputi semua umur.fuh!x kira tua , muda , remaja , kanak2 , laki , pompuan , pakcik , makcik. semua ada!cakap saja!huhu..




for them , being a hafiz adalah sangat bagus. (semua orang kata bagus) hehe..banyak kelebihan jadi hafiz nie! sering saja aku dan rakan2 ku ditanya oleh orang2 Arab di luar sana "enti hafizah?"..haa,mula laa nganga!huhu..ye la, sebab pada mereka dalam usia seperti kami seharusnya dah hafal Quran. siap tanya lagi tue berapa juzuk! :D

pernah sekali tue, aku dan kawan2 aku naik bas nak g somewhere. dalam bas pulak pasang bacaan ayat Quran ..alhamdulillah..sejuk rasa hati naik bas tue. sampai kat satu jalan ni, ade seorang mamat Arab ni naik sekali bas tu. mamat Arab nie, kalo mengikut firasat aku,hrmm, x sampai umur 20 lagi ,dalam belas2 gitu laa. dress up jangan cakap r, stylo kot!lepas siap dia bayar tambang bas apa semua, dia still berdiri laa (sebab x de tempat duduk). tiba2 aku dengar ada satu suara yang mengikut bacaan ayat Quran yang dipasang dalam bas tu. cari punya cari tuan punya suara, sekali mamat Arab tu da. dia bole ikut bacaan orang mengaji dalam bas tu. meaning that, dia tahu dan hafal surah tersebut. sedangkan kami yang naik bas ni x dapat detect lagi surah tu surah apa dan ayat ke berapa~ haisshh..~
moral of the story first, don't judge a book by its cover~haha

sebenarnya , nak cakap yang amalan menghafal Quran ni sangat la bagus. so apa lagi ..?
jom jadi generasi hafiz hafizah ;D !
[generasi hafiz]

Friday, December 10

buat baik berpada2,buat jahat jangan sekali..!haha :)


buat baik biar ikhlas..jangan depan orang lain je beriya!haha..
nanti rugi je..~

lawak kampus,komik lawak yang mampu buat aku gelak guling2..!haha..memang best.. :)

source : lawak kampus

jogging di weekend hari (apakah tajuk ini?)

[Bismillah Wal Hamdulillah]

yeah..cuti weekend!!!!!!
*weekend je pon*..haha..
alhamdulillah,cuti jugak . at least dpat gak relax2 kan pikiran setelah penat memerah otak belajar..hehe :)

so,weekend buat ape..?!haha..yeah..pagi tadi..hehe..JOGGING ngan budak2 umah..hehe..
target kluar pkul 6.30 pagi..aleh2 kluar pkul 7.10 pagi..haish..~haha..~

x de mende pon nak citer..abes je jogging,kitorang pekena 'asir !haha..terbaek r..!
at least dapat laa gak menghirup udara segar .huuu. dah laa pagi2 kat 'asyir nie sejuk tahap dewa..!hoho..subhanallah..!sejuk betul..!huhu..tapi segar r..~


[baru siap jogging :)]

[ photogenic ke photogedik..?aww..!haha]
[ gaye apekah?]

[sebelum diminum]
[selepas diminum..dalam masa beberapa minit..fuhh..licin..blurrpp..! :)]

p/s : sepupu aku nak kawen bulan depan!mabrOuk yakhi!tapi aku jugak laa yang x dpat attend..sob3.. :((

menyibuk ke prihatin?

[Bismillah Wal Hamdulillah]

"Tidak beriman seseorang itu sehinggalah ia mengasihi saudaranya seperti mana ia mengasihi dirinya."
(Hadis Riwayat Muslim)


menyibuk ke prihatin ke busy body..?grr..
harus diingat..semua tue berbeza..busy body dan prihatin..

sebenarnyer, sikap busy body..ouh,rse x sedap pulak..okay2..tukar2..sikap prihatin nie bagus sebenarnyer.
sikap prihatin nie mampu meningkatkan persaudaraan. x caye..?cuba try..hehe..nanti kompem korang akan lebih mesra dan rapat ngan orang tersebut,walaupun pada dasarnya korang memang x kenal pon hamba Allah tu.

as a Muslim,kita seharusnya bersyukur dan berterima kasih, kerana masih lagi ada yang nak prihatin dengan kita,Ya,mungkin kita akan rasa cam annoying bila ada orang asyik dan selalu tanya macam2..but,could u just imagine ,apa akan jadi kalau x de orang pon yang peduli dan rasa nak ambil berat pasal korang?ouh,bosan sungguh kan?rasa cam tak penting je ,right?. Harus diingat, kita digolongkan sebagai manusia yang tidak beriman jika kita bersikap tidak mempedulikan dan prihatin terhadap orang di sekeliling kita (famili,kawan,jiran etc). x cayer,refer balek kat ayat atas tadi tu. sedar atau tidak, sebenarnyer sikap prihatin atau ambil berat (bukan menyibuk) merupakan sebahagian daripada aktiviti 'amar makruf nahi munkar serta berupaya menyelamatkan nyawa, akhlak dan emosi manusia.

*****
"sorang je ke dik?"
"ala nanti dalam kubur pon sorang2 gak!.sibuk je.haishh!"

M.Y.O.B (mind your own bussiness)

perlu ke sikap cam nie?ingat, kalau masing2 x pernah nak rasa prihatin dengan orang lain..ermm..alamatnya tunggang terbalek laa hidup nie..

adalah lebih bagus sekiranya kita tidak membiarkan orang lain susah atau sedih atau terkapai2 dalam mengharapkan pertolongan. kalau kita mengambil berat atau prihatin (dengan cara bertanya itu dan ini) apakah ia suatu kesalahan hanya kerana prihatin? .

*****
ada sesetengah orang yang mahu mereka diberi perhatian (diambil berat) ,but in such a "sweet" and good ways.[ hOi,ingat semua orang nie jenis sweet2 ke haaa..?! ]..kalau macam nie, habis laa semua manusia dalam dunia nie sweeeet..!haha..

apa2 pon, bersyukurlah selagi masih ada yang selalu prihatin dengan anda semua,sebelum mereka pergi dan tinggalkan anda selamanya..~

p/s : mood : sedang dengar lagu sepi (6ixth sense)..tiba2 teringat liya..~ :)..liya IMY..! ~

Friday, December 3

jangan laa malas sangat..!haha :D

[Bismillah Wal Hamdulillah]

pada zaman dahulu,tersebutlah suatu kisah..
ada seorang raja yang bakal menyambut ulang tahun kelahirannya
oleh hal yang demikian, baginda pon mengadakan satu pertandingan
pertandingan tersebut digelar "SAPA PALING PEMALAS"

syarat2 nak masuk pertandingan tue senang je..pastikan anda adalah orang yang paling pemalas..
memandangkan hadiah yang ditawarkan agak lumayan,maka berduyun2 lah manusia dari pelosok dunia datang ke negara sultan tersebut untuk menyertai pertandingan malas tersebut..

maka masuklah peserta pertama menghadap sultan tersebut..
baginda bertanya," pemalas tahap mana kamu nie?"..peserta tersebut terus menjawab.."saya malas sampaikan saya nak makan pon kena orang lain suap tuanku"..baginda menjawab "ouh,nie x cukup malas lagi..beta mahu yang lebih malas!. maka tersingkirlah peserta pertama tadi. masuk pula peserta kedua..lantas terus sultan bertanya.."kamu nie malas tahap apa pulak..?. peserta tadi lantas menjawab,"patik nie malas tahap, kalau nak mandi pon orang jiruskan tuanku"..baginda terus me'reject' peserta kedua tersebut mentah2.."ouh,ini pon tidak cukup malas lagi,beta mahu yang lagi malas!".
masuklah peserta ketiga,baginda terus bertanya "haa,kamu nie pulak,malas tahap apa..tahap dewa..?!"..peserta ketiga tersebut agak nak x nak je jawab soalan tersebut.tetapi memandangkan soalan tersebut keluar dari mulut sultan sendiri,maka dia pon menjawab.."haish,tuanku,patik nie malas tahap...haishh..malas la nak cerita!"

otomatikally,peserta tadi telah memenangi pertandingan pemalas nie..!haha

kesimpulannya,jangan jadi malas..!rajin la sikit..! :D