Monday, July 8

of last paper


[Bismillah Wal Hamdulillah]


Kelmarin abah saya telefon dari Malaysia . beberapa jam sebelum itu saya telah menghantar mesej mengatakan besar kemungkinan flight saya terpaksa ditangguhkan memandangkan peperiksaan saya terpaksa ditangguh . tak banyak paper yang tinggal . tinggal satu sahaja lagi . last payyperr

Jujur saya katakan , mental dan fizikal benar-benar teruji tatkala tenggelam dalam situasi sebegini . sebelum ini , kami pernah diuji . tapi kali ini , ujian di Mesir ini benar-benar menguji bukan setakat kesabaran tetapi kematangan dalam berfikir . berfikir akan hikmah aturan Allah , sang khaliq

Asalnya seperti yang dijadualkan kami perlu menduduki peperiksaan pada 8 hb . tapi , ditangguhkan ke tarikh 11 hb . mula-mula dapat tahu berita kena tangguh peperiksaan ke 11hb , hati saya dah bergelora . “alamak , tiket aku balik 11hb kot ! ahh, sudahh!”. Saya terangkan segala-galanya pada keluarga di Malaysia . saya yakinkan mereka insyaAllah , usai habis peperiksaan saya terus pulang .  “oral pun budak-budak yang balik 11hb boleh ambil lepas periksa” , terang saya . Yakin sekali !.

Tak lama lepas perkhabaran itu , muncul berita baru . “EXAM TUNDA 13HB!”  gulppp .
“Alamak , habis lah !”

ikutkan hati , nak exam cepat-cepat,habis cepat dan pulang ke Malaysia cepat !

Ahli geng yang balik 11hb terus buat syura’ . berbincang mengenai status masing-masing. luls

tiba-tiba pulak budak-budak arab mintak exam tangguh pulak dah !ahhh,sudahh ! . sekali lagi teruji .

nak je jari saya menaip comment di fb , meminta rasionalnya mereka berbuat demikian . ahh , tapi  kekuatan tu tiada .

doktor dan pihak universiti pula waktu itu masih belum lagi memberikan kata putus yang sebenar-benar putus

saya duduk tenang-tenang , tarik nafas dalam-dalam . “ape pasal pulak nak tangguh exam ,lagi lambat lagi susah kot !”

orang kata, bila ada masalah sebegini , cuba letakkan diri anda di tempat mereka .

saya cuba selam . meletakkan diri di tempat mereka . cari rasionalnya permintaan mereka.

saya cuba fahami keadaan para doktor ketika ini , negara mereka bergolak . tapi permintaan pelajar macam-macam . patutkah semuanya dipenuhi ? permintaan dia sebagai doktor pula bagaimana ?

kita mungkin tak tahu , betapa para doktor tatkala ini mungkin perlu bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan di hospital . merawat mereka yang luka , menyelamatkan nyawa . dalam hati masih lagi gundah , peperiksaan masih tak sudah . tapi ada yang lebih meminta , merawat nyawa yang tercedera .

budak-budak arab mungkin lebih faham kondisi keselamatan negara mereka ketika ini berbanding kita yang hanya dengar,baca dari cerita orang lain . mungkin juga mereka berasa takut untuk melangkah keluar rumah menuju ke universiti , menghadirkan diri menjawab peperiksaan . dalam kalangan mereka ada yang turut turun menyertai perhimpunan . mungkin tugas mereka di sana . mempertahankan yang haq menjadi keutamaan . mungkin juga ada yang telah pulang ke kampung halaman luar dari Kaherah , tinggal bersama keluarga mereka . kan ?

dalam keadaan sebegini , masing-masing mempunyai rasional mereka yang tersendiri . bukan cuba untuk mementingkan diri sendiri dan tidak memikirkan soal orang lain , cuma mungkin apa yang mereka rasakan itu tidak dirasai oleh orang lain . dan keputusan yang mereka fikir adalah yang terbaik buat mereka .

rasional saya . "dah beli tiket 11hb" . luls

mari , kita tenangkan hati , lapangkan dada . semua berlaku ada hikmah .

abah pesan , “itulah mehnah dalam belajar . semua yang berlaku ada hikmah . yang penting fokus study . kalau nak kena tambah duit untuk urusan tiket , bagitahu abah , nanti abah bank-in kan ”

tipulah kalau saya kata hati tak terusik terlonjak-lonjak nak balik Malaysia . tambah-tambah pula dalam keadaan sebegini . mohon doa dari kalian semua . agar keamanan kembali semula di bumi Mesir ini .moga yang haq kembali tertegak di tempatnya , moga yang batil dijatuh dan dimusnahkan .

yakinlah Allah tidak menjadikan sesuatu itu sesuka hati , pasti ada hikmah terselindung .

salam ramadhan juga  !
اللهم أنصر الإسلام والمسلمين

jom baca buku ! exam weh ! last payyperrr  >.<