Tuesday, December 6

kerana kita peminjam ~

[ Bismillah Wal Hamdulillah ]

Tiba-tiba rasa ingin menulis .

Baru-baru nie , terkejut dengan pemergian seorang kenalan se-MEP waktu di INTEC dulu .

Perginya tiba-tiba . tak sampai 5 hari berita tentang penyakit dialaminya tersebar, terima pula berita pemergian arwah selama-lamanya . memilukan .

Tapi ,siapa tahu kuasa Allah . dia yang mengatur segalanya . pasrah sahaja .

Lantas bibit-bibit pemergian dua sahabatku sebelum ini berlegar di minda . Allah ! . siapa sangka .

Allah pinjamkan buat mereka 19 tahun dan 20 tahun untuk merasa indahnya dunia ciptaan Allah . tapi , kerana kita adalah peminjam , meminjam segala-galanya dari Allah . maka Allah lah yang lebih berhak menamatkan kontrak pinjaman tersebut bila tiba waktunya . Allahu Allah !

Wahai manusia , cukuplah mati itu sebagai peringatan !

al-fatihah buat mereka : Allahyarhamah Afdhaliyah Hilwa Ibrahim, Allahyarhamah Fatin Fasihah Hanafi, Allahyarham Ilham Ellani Jamal . moga syurga tempat mereka . amin ~