Friday, October 21

menipu dosa , nanti masok api neraka :)

[ Bismillah Wal Hamdulillah ]

“ siakap senohong gelama ikan duri , bercakap bohong lama-lama mencuri "

Al-kisah . maka , tersebutlah kisah . satu hari aku ke kelas . menaiki tramco berganti metro . mungkin perjalananku agak jauh , tapi itulah pengorbanan ilmu . acecececehhh .

Maka , nak dijadikan cerita , waktu aku naik metro tue , kebetulan agak sesak sedikit . harapan untuk duduk senang lenang di tempat duduk agak tipis . tapi tak pe . aku redha je . dah biasa . kebetulan aku berdiri di hadapan seorang budak lelaki , umurnya mungkin dalam lingkungan 5-6 tahun . kalau tak silap . dia duduk bersebelahan dengan mak die . tebal mata maknya bercelak . sekali senyum manis gayanya . entah macam mana , aku saja je jelir lidah kat budak laki tu . ala , tapi tak de la aku jelir beriya sangat ke apa . aku jelir sikit je sambil buat muka separa comel . salah ke ? hee . biasa la kan . niat nak bergurau . sekali budak tue boleh pulak report kat mak die . cisdel betol ! . boleh pulak dia report kat mak die tue . ngeng ! . sambil bercakap dalam bahasa arab agak laju dan susah nak didengari dek hingar bingarnya suasana sekeliling , aku hanya memahami mimik muka dan gaya jelirnya sahaja . haha ! . waktu mak dia pandang aku , terus aku senyum lebar , memaniskan muka lebih manis dari gula apatah lagi susu krimer pekat f&n . dalam hati aku mengutuk keras tindakan budak tue . cisdel betol ! naseb baik la mak die senyum sambil gelak-gelak . paham akan niatku yang sebenar . sekadar mengusik dan bergurau . but , I admit it . salah aku jugak . jelir-jelir . cubalah gurau cara lain ke apa ke . nie jelir . haishh . khilaf . hee J

But , one thing yang aku sedar , budak-budak takkan menipu . mereka akan cerita perkara sebenar . kerana mereka budak-budak . masih kecil . tapi , harus diingat , tak semestinya mereka akan terus menerus jujur . sebab tue , mak ayah kena pastikan , anak-anak mereka tidak pandai menipu sedari kecil lagi . kelak bakal menjadi pencuri . biar tak pandai menipu , tapi pandai berilmu J #justsaying

p /s : teringat zaman budak-budak dulu . kawan-kawan selalu cakap "tak baek la menipu , nanti masok api neraka ! " . hee . ^^,