Wednesday, February 9

cerita pasal mesir ~

[Bismillah Wal Hamdulillah]

Orang kata sabar itu manis . orang kata sabar itu separuh daripada iman . memang betul . tapi , apa yang terjadi sepanjang waktu rusuhan haritu memang betul – betul menguji keimanan dan kesabaran . habis je paper biochem , malam tue dah dengar rumors pasal rusuhan . sebenarnyer sebelum habis exam lagi rusuhan dah berlaku , sampaikan ade yang meniggal dunia dek kerana rusuhan tue , mungkin bergaduh kot . Cuma malam hari habis exam biochem tue aku keluar ke area sabi’e teman kawan aku sorang nie nak pergi makan - makan dengan sedara die yang lain , senang kata family gathering la , so aku temankan lah die nak pergi makan – makan tue . naik je teksi waktu nak pergi tue , ustaz yang jadi mushrif kitorang merangkap sedara kawan aku nie , die berborak laa dengan pak cik teksi tue . borak – borak , Tanya laa kenape nak buat rusuhan apa semua . hrmm , dengar je la diorang berborak nak menyampuk memang tak reti tak pasal – pasal pulak tersampuk nanti . so , it is better to keep quiet and shut your mouth . just listen , listen and listen . asalnya rakyat mesir bengang dengan kenaikan harga barang yang sangat mendadak . maw tak nyer , ade sesetengah kedai menjual gula seberat sekilo dengan harga 7 genih ! pergh , maw tak berapi rakyat mesir . bukan setakat rakyat mesir , rakyat lain pon bising jugak . how come nak survive hidop weh , tuan presiden husni mubarak weh ? ingat semua orang ade kilang cop duit ke , haa ? ditanya juga , manalah taw dek kerana semangat orang Tunisia yang berjaya menggulingkan kerajaan turut mendorong rakyat mesir untuk menjatuhkan husni si keparat . pak cik tue berkata , mungkin juga semangat Tunisia itu mendorong . Cuma waktu tue tak ambil pusing sangat . malas nak layan . mula – mula ingatkan benda biasa je , yela rusuhan biasa – biasa je . tup2 , malam tue dapat mesej katanya ada demonstrasi kat area ‘asyir . dekat masjid salam . haa, mula ketar ! . haish , lebih teruk dan sadis lagi , bila line telefon dengan internet terputus . pergh , rasa cam ape je ! mula – mula memang rasa cam nak hempas je henset . lebih pelik lagi bila hari tue , first time aku tengok orang arab tak pegang enset . kalo tak duduk bergayut je la . haha . ye la , line tak de , buat ape nak guna enset . dah la nak talipon family tak lepas , haish ! balik rumah , jumpa sorang jiran aku nie , budak medic gak la , die kata harga sayur naik mendadak ! die beli sayur tiga jenis jer tapi harga die , mak aiihh ! 59 genih ! padahal setiap satu sayur tue die beli sekilo je pun .so, total up semua baru 3 kilo . tapi harganya , mak aiihh kalah harga beras ! . pergh . sabar je la . nak tak nak die kate kena la beli gak , kalo tak , nak makan ape . dalam keterpaksaan melayang duit 59 genih tue . huissh . tak cukup dengan tue , perintah berkurung pulak keluar . nak keluar rumah dari pukul berapa sampai pukul berapa je . haish .terseksa jap hidup . senang cerita , sepanjang tempoh rusuhan dan perintah berkurung nie keluar , kitorang (ahli –ahli beet) terpaksa duduk dalam rumah . bosan , memang bosan . absolutely ! .tapi nak buat macam maner , kalo nak keluar rasa cam cari nahas je . haish . so , terpaksa laa kami ucapkan “jumpa lagi” pada si matahari . only after beberapa hari kitorang keluar rumah , itupun nak ke pejabat pahang untuk ambil elaun . itupun sekejap je . jakun sekejap dibuatnyer , sebab lama tak nampak pemandangan kat luar . hoho . selepas beberapa hari , kitorang dapat berita yang keadaan jadi lebih teruk . tak de ape yang bermain dalam kepala otak aku , selain BALIK MALAYSIA ! yeah ! haha . waktu tue baru laa sedar dan terbit sekejap rasa syukur . rasa syukur kerana dikurniakan sebuah negara yang aman dan damai . wee ~ . setiap hari yang dilalui sepanjang tempoh perintah berkurung , aku rasa cam lambat je . hari – hari yang berlalu dihabiskan dengan membuat marathon menonton berbagai – bagai cerita . cerita hantu , lawak , haishh macam – macam lagi la . nak bukak buku memang tak de perasaan la waktu tue . ye la , baru habis exam , so mind set memang tak yah bukak buku la .haish , ape punya mind set daa . haha . jujur aku cakap , sepanjang tempoh benda nie berlaku , aku memang dah tak up-to-date dengan hari dan tarikh . sampai kan satu masa aku lupa hari tu hari apa . yang aku fikir , Cuma balik , balik ,balik , balik Malaysia je . waktu nie , macam- macam rumors keluar . kata pelajar Malaysia akan dihantar balik naik kapal tudm la ,naik kapal laut la . hadoyy , dan lah berkulat dulu naik kapal laut nak sampai Malaysia . teringat pulak kata –kata pegawai YP , ustaz fareed . “semua orang nak jadi hero , nak keluarkan kenyataan masing – masing”. Ye la , mana tak nyer , macam – macam cerita keluar . pelajar – pelajar akan dihantar ke negara jiran dulu la sebelum balik Malaysia . pelajar – pelajar kena guna duit sendiri la . ape la . entah macam- macam lagi la . sampaikan tak taw nak percaya berita yang mana satu . waktu tu aku rasa cam nak lempang je semua orang . tetiba je kan ? ! . haha . ye la semua nak keluarkan statement . cam die taw semua . haish ! pas tue bagi janji dan harapan palsu je .bengang doe ! last – last nasib baik balek Malaysia . hehe . tambang free kot . hoho . but , at last . Kitorang balik Malaysia . hehe . bersyukur sangat – sangat . tapi sebelum pulang ke malaysia , kitorang perlu dievakuasi dulu ke Jeddah , after that baru akan dibawa pulang ke Malaysia . bayangkan kitorang tersekat berapa lama entah kat airport Jeddah tue . ye la , tak pernah – pernah dibuat orang dapat arrival visa . tapi dah terdesak sangat sampaikan PM sendiri terpaksa berhubung dengan Raja Abdullah untuk kasi pelepasan masuk rakyat Malaysia nie . aku antara orang last yang dapat passport semula walaupun aku adalah antara yang pertama yang menghantar passport . haishh , nasib , nasib . duduk di Jeddah agak mendera perasaan . bukan tak selesa atau apa , layanan memang best , makan memang cukup , Cuma hati ini nak sangat pulang . risaukan family yang risaukan diri ini . alhamdulillah , aku tergolong dalam kalangan group atau trip first . so , antara yang agak awal jugak laa sampai ke Jeddah dan Malaysia . well, first in first out ! hehe . sape yang dievakuasi ke Jeddah dulu , maka mereka akan dihantar pulang ke Malaysia dulu . naik first flight balek Malaysia ! . wow , seronok betol ! sumpah gua cakap ! dah la duduk kat aras atas (airbus dua tingkat) , sebentar cuma aku jakun sekejap . duduk di kawasan belakang sahaja dari kokpit pilot . wow ! teruja sekejap . jakun dibuatnyer ! . tambah pula PM dan TPM yang menyambut , tapi aku lagi gembira waktu balik haritue sebab FAMILY aku yang sambut dan jemput . hehe . tanpa mereka siapalah saya .wee ~ . landing pula kat arrival hall kalangan v.i.p . wow ! beruntung diri ini kurasakan . bagai perwira pulang dari medan berperang . disambut diarak bagai gemilang . pergh ! haha . btw , di kesempatan ini , di laman blog yang biasa dan tak seberapa ini , ingin aku rakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang bekerja keras dalam proses evakuasi ini . tiada langsung unsur politik di sini , kerana ini adalah misi kemanusiaan . terima kasih banyak – banyak . semoga Allah merhamati kalian semua . may Allah bless and rewards you all . sebenarnyer macam – macam lagi nak cerita dan coretkan , tapi rasanya semua orang tahu apa cerita sebenar . malas nak ulang panjang berjela . yang penting , alhamdulillah sudah selamat sampai . kepada rakan – rakan (gen 9 , warga pahang dan semuanye lah) dan yang lain yang masih lagi terkandas di Jeddah , sabarlah . kerana sabar itu manis . wait your turn , and you will fly back to Malaysia . sebentar , aku ingin meminjam tagline airasia , NOW EVERYONE CAN FLY . hoho . J

p / s : ouh , indahnya MALAYSIA ! J