Thursday, September 9

haRi raYa haRi mULiA :)


"Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri"

e s o k r a y a !
itulah perkataan yang sering terngiang kat telinga aku skang nie.
hoho..pejam celik pejam celik..sekejap je ramadhan berlalu..
sebulan ia datang..mengunjungi dan melimpahkan rahmatnya..
namun dalam tidak sedar..ianya sudah meninggalkan kita..

aku teringat ceramah yang aku dengar siang tadi..ketika asyik mengacau rendang ..~~
kata ustaz penceramah tersebut..bagi mereka yang sangat mencintai ramadhan..mereka akan berasa sangat kehilangan akan ramadhan itu..sedihnya hanya Allah yang tahu..bagi mereka kedatangan ramadhan sangat bermakna..setahun sekali ia datang..ibarat menunggu kedatangan dan kepulangan kekasih hati yang dicintai yang tinggal merantau..bila ia datang..huh..!rasa rindu sangat2..gembira yang amat..tak terungkap..setiap masa ingin bersama..namun tatkala ia ingin pergi meninggalkan kita..masyaAllah sedih yang amat kepalang!dah laa jarang2 jumpa..tetiba dah nak pulang..!nak tinggalkan kita..entah sempat atau tidak nak jumpa lagi ..hrm..bagi mereka yang sangat menghargai ramadhan..mereka berasa tidak sanggup untuk berpisah dengan bulan mulia ini..rasa sedih..sayang..tak sanggup berjauhan..

namun realitinya sekarang..kedatangan syawal lebih jauh dinantikan..memang betul..syawal adalah waktu kita meraikan kemenangan setelah sebulan menjalani ujian dan syariat serta perintah Allah yang mulia..namun..sambutan yang berlebihan..hingga lalai ..sedangkan islam mensyariatkan agar sambutan itu sekadar yang mampu..kadang2 syok sangat sambut raya sampai lupa nak sembahyang lima waktu..syawal juga satu cubaan dan dugaan..sebagai contoh..pabila ramadhan kita sangat menjaga 'amal 'ibadah..sembahyang awal..tidak mengumpat ..banyak berzikir dan sebagainya..namun ketika mana syawal menjelma..kadang2 sampai lambat sembahyang..duduk borak2 benda lagha..mengumpat.!masyaAllah..sebab tue kita kena beringat..ye laa..dah sebulan kumpul 'amal..tetiba hilang begitu sahaja dek kerana kesilapan kecil..oleh itu jagalah adab2 ketika beraya..(peringatan buat diri sendiri juga)..

hrmm..semoga kita dijauhkan dari perbuatan2 yang mampu meringankan imbalan berat amal kita..semoga syawal kali ini lebih memberi makna kepada kita semua..jazakallahu khairan kathiran :)))

p/s : SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI pada semua kawan2.SKPK,SMK SERI RAUB,SMS TENGKU ABDULLAH,INTEC UiTM..sedara mara..pade yang raye kat oversea..huhu..jangan sedih! :)
MAAF ZAHIR BATIN :)